Contoh Soalan Psikometrik SPA Dan Jawapan Tahun 2024

Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik SPA dan jawapan? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik

Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik? Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.

Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon. Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.

Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang, jadi ramailah yang patut lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Pasti jawapannya Anwar Ibrahim. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.

Tujuan Ujian Psikometrik

Tujuan ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Objektif utamanya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Dua bulan? Setahun?

Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.

“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

Ya betul tu. Jika ada 200 kekosongan jawatan, pihak SPA hanya akan meluluskan 2,000 orang calon sahaja. Itu kalau jawatan tu ada banyak kekosongan. Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 2 kekosongan? Itu bermaksud hanya 20 calon sahaja akan diluluskan oleh pihak SPA. Calon yang selebihnya itu akan digagalkan di atas alasan tidak menepati ciri-ciri penilaian sesuatu jawatan.

Ujian Psikometrik 199 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Kalau ketua jabatan nak uji banyak sikap, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, ada masanya jumlah 117 soalan, ada 199 soalan, dan yang paling banyak 413 soalan. Anda boleh periksa jumlah soalan ini dekat emel yang dihantar oleh pihak SPA. Dalam emel tu dinyatakan berapa jumlah soalan dan berapa lama tempoh masa diperuntukan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Ini?

Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, ujian psikometrik selalunya dinilai berdasarkan kepada skop tugas jawatan itu sendiri. Jika jawatan tu memerlukan penjawatnya melakukan penyelidikan tentang sesuatu perkara, sikap yang cuba dicungkil melalui ujian ini ialah sikap analitikal.

Jika sesuatu jawatan itu memerlukan penjawatnya bertindak dalam satu pasukan, sikap yang mungkin dicungkil ialah sikap kerjasama ataupun sikap keterbukaan. Jadi, sikap yang diuji ini berbeza-beza mengikut jawatan. Selain daripada sikap analitikal dan sikap kerjasama, sikap-sikap lain yang cuba diuji melalui ujian psikometrik ini ialah:

  • Daya tahan
  • Kepatuhan
  • Yakin diri
  • Keberanian
  • Kebersetujuan
  • Kehematan
  • Amanah
  • Tanggungjawab
  • Disiplin
  • Keadilan
  • Ikhlas

Agak-agak anda ada tak elemen ini dalam diri anda? Jika ada peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tinggi kerana perwatakan diri anda menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik & Jawapan

Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan psikometrik akan ditanyakan kepada anda. Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.

30 Soalan & Huraian Jawapan

Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya memastikan semua keadaan di dalam rumah kemas sebelum meninggalkan rumah.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan hubungan romantik anda?

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 7: Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 12: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 17: Saya selalu bertimbang rasa apabila tanggungjawab kerja membawa kepada kesakitan fizikal atau emosi atau kesusahan orang lain (contohnya, semasa terapi fizikal, suntikan, memberi notis berhenti dan lain-lain).

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini

Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 19: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 21: Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini

Soalan 22: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini

Soalan 23: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini

Soalan 24: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini

Soalan 25: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 26: Saya boleh bekerja secara berkesan dan dengan tekun, dengan sedikit ataupun tanpa selian

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini

Soalan 27: Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkannya sahaja.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 28: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 29: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini

Soalan 30: Saya merasakan orang bercerita tentang saya di belakang saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Soalan 31. Saya selalu berusaha memantapkan kedudukan dan memenuhi tarikh akhir peribadi untuk laporan atau hasil kerja.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Pss.. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Kuiz Psikometrik

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawat awam.

Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.

Tips Lulus Ujian Psikometrik

Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.

Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2
= sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang

Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2
= bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak berapa gemar bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

kategori sikap manusia pembantu arkib
Dua golongan perwatakan manusia.

“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni. Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik dan paling positif. Sebenarnya salah pemahaman macam tu.

Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain. Dan tak akan ada sesuatu jabatan kerajaan itu dipenuhi dengan semua staf berperwatakan extravertion. Tak percaya? Anda boleh check sendiri dekat pejabat kerajaan.

“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”

Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan dipilih. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mesra yang wujud dalam diri mereka.

Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia jabatan, sepastinya individu introvertion akan dilantik. Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi perkara yang mereka tahu dengan orang lain.

Memang Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon. Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

Mesti baca: Bagaimana Ujian Psikometrik Berfungsi Meluluskan & Menggagalkan Calon

Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?

Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini

Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

Telegram Rasmi Psikometrik 2023

Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.


Rekemendasi Daripada Cikgu

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik SPA ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).

“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik SPA.

Buku Psikometrik Versi 2024

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Apa yang saya perasan, ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.

Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu sokong. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

Bonus Untuk Anda.

Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim tujuh bonus percuma daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya disentuh sedikit sahaja.

Dalam ebook bonus, saya sediakan case study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.

Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik SPA dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

Pss… Anda dah tahu tujuh perkara wajib tahu dalam ujian psikometrik? Kalau belum, sila klik butang di bawah untuk baca.

24 thoughts on “Contoh Soalan Psikometrik SPA Dan Jawapan Tahun 2024”

    1. Cikgu Khairul

      Soalan ini sebenarnya nak uji sama ada anda ini ada sikap bekerjasama dalam kumpulan ataupun tidak.

      Sebab tak boleh terima pendapat orang lain tu bermaksud tak ada semangat kerja secara berkumpulan.

      Adakalanya kita rasa pendapat kita betul. Tapi tak bermaksud rakan-rakan yang lain pun bersetuju dengan pendapat kita.

      Pernyataan ini bersifat negatif. Jadi, kita kenalah bangkang dengan jawapan TIDAK PERNAH.

  1. Kalau soalan “saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri”.. nak jawab macam mana ya cikgu?

  2. assalamualaikum cikgu andai soalan mcm ni ?Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

  3. Salam cikgu, kalau soalan “saya suka menggunakan mesin perniagaan” untuk jawatan separa perubatan. Jawapannya macam mana cikgu

    1. Minat menggunakan mesin perniagaan ni bermaksud seseorang tu ada kecenderungan minat kpd pekerjaan yang melibatkan penyusunan data dan maklumat, seperti bekerja dengan nombor, menyediakan laporan dan dokumen, atau menyimpan fail.

      Mereka juga biasanya lebih suka pekerjaan yang memerlukan ketepatan dan consistency, seperti pekerjaan dalam perakaunan, kewangan atau pentadbiran.

      Beberapa contoh pekerjaan yang sesuai dengan minat ini ialah akauntan, juruaudit, pustakawan, juruteknik makmal, pengendali komputer dan pembantu pentadbiran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.