Huraian Jawapan.

Soalan 1: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Kalau anda nak tahu, soalan ini kerap ditanyakan dalam ujian psikometrik. Tak kira jawatan apa pun, daripada gred 11 sehinggalah gred 41. Jadi, soalan ini menjadi topik perbahasan hangat setiap kali ujian psikometrik.

Ada yang bersetuju, ada calon pilih tak setuju. Setiap jawapan mereka ada alasan yang masuk akal, susah nak pilih jawapan mana yang paling positif.

Penjual yang salah tu cikgu, sepatutnya penjual tu tahu tugas dia memang mengorengkan pisang. Tak perlu tunggu pelanggan nak minta gorengkan. Bila penjual tu tunggu, tu seolah-olah bagi gambaran seseorang yang hanya buat kerja apabila disuruh saja. Kalau tak ada orang suruh, memang tak siap lah kerja tu..“, – calon psikometrik 1.

Nampak sangat pelanggan tu yang salah. Pelanggan tak perlu suruh pun penjual tu goreng. Dah tahu penjual tu jual goreng pisang, kenapa pelanggan tu nak suruh lagi kan.. Saya rasa soalan ni nak uji tahap kefahaman seseorang tu terhadap maklumat yang dia terima.. betul tak cikgu?“, – calon psikometrik 2.

[bersambung di bawah…]

Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?

Jom jawab koleksi kuiz psikometrik ini secara percuma. Klik butang di bawah untuk jawab kuiz.

[…sambungan]

“Bagi saya, dua-dua pun tak salah. Sebab tu saya pilih jawapan tak pasti cikgu.. Orang kata, tak pasti jangan kongsi. Jawapan selamat.. hihi”, – calon psikometrik 3.

“Soalan tu nak uji kita ni boleh buat sesuatu tugas diluar bidang kita ataupun tak je tu. Kalau pilih setuju, tu bermaksud kita ni jenis individu yang boleh buat buat tugasan diluar bidang kita.. rasanya lah.. macam dah betul tu..”, – calon psikometrik 4.

Bermacam-macam alasan calon beri. Jika difikirkan, semuanya masuk akal. Nak kata salah pun tak, nak kata betul pun tak.

Inilah situasi sebenar dalam ujian psikometrik. Setiap calon ada pendapat mereka masing-masing. Lain perwatakan, maka lain lah jawapan mereka.

Penilaian Konsisten.

Apa pun jawapan anda pada soalan 1 tu, itu semua terpulang kepada anda sendiri. Setiap orang ada alasan mereka sendiri, bergantung kepada pendirian mereka masing-masing. Tapi, adakah pendirian itu sejujurnya mencerminkan diri anda? Ataupun jawapan itu hanyalah berpura-pura untuk menunjukkan sikap positif semata-mata?

Ketika ini, soalan 2, 3, 4 dan soalan 5 digunakan untuk mengesahkan jawapan anda itu. Jika adanya percanggahan jawapan, itu bermaksud adanya unsur penipuan ketika menjawab soalan.

Soalan 2: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Soalan 4: Sekali-sekala saya menangguhkan kerja hari ini untuk esok.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Soalan 5: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Untuk makluman anda, kelima-lima soalan ini mempunyai EMPAT SIKAP yang cuba dinilai. Soalan 1 mempunyai empat sikap, manakala soalan 2, 3, 4 dan 5 mempunyai dua sikap. Sila pastikan jawapan anda pada soalan 1 tidak bercanggah dengan jawapan pada soalan 2, 3, 4 dan 5. Jika wujudnya percanggahan jawapan, peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tipis.

Anda dapat teka tak empat sikap yang cuba dicungkil tu? Jom klik butang di bawah ini untuk membaca huraian jawapan lengkap dan cara untuk memilih jawapan yang konsisten.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392