Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1 – Anda bakal menduduki ujian psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1 pada bulan ini? Sekiranya ya, anda berada di blog yang tepat kerana saya akan kongsikan tips dan soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1 kepada anda.
Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1?
Sebelum cikgu kongsikan tips menjawab dan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik? Bukan apa, cikgu tengok masih ramai calon yang pertama kali ambil ujian ni dan mereka masih kurang faham apa itu ujian ini sebenarnya.
Asal Usul Ujian Psikometrik
Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik. Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mencungkil sikap sebenar seseorang calon.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif. Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
- Betul atau salah
- Ya atau betul atau tidak pasti
- Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?” Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
Tujuan Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan. Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, macam itu lah nampaknya. Lulus dan gagal ujian ini banyak dipengaruhi oleh berapa banyak kekosongan jawatan. Ada sesetengah jawatan ada 400 kekosongan, maka jumlah calon diluluskan akan menjadi 4,000 orang. Ada sesetengah jawatan hanya ada 5 kekosongan, maka calon yang diluluskan menjadi 50 orang. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.
Ujian Psikometrik 199 Soalan
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Ada jawatan hanya ada 117 soalan, ada jawatan 199 soalan dan ada jawatan 413 soalan. Anda boleh periksa jumlah soalan ini dekat emel yang dihantar oleh pihak SPA. Dalam emel tu dinyatakan berapakah jumlah soalan dan masa diperuntukan untuk ujian kali ini.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1
Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1 sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan pembantu tadbir itu sendiri.
Antara skop tugas seorang pembantu tadbir dari aspek perkeranian ialah menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan. Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seorang yang teliti.
Sikap teliti ini sangat penting dalam tugas-tugas menaip dan menyediakan dokumen rasmi. Seorang pembantu tadbir perlu memastikan semua dokumen yang dihasilkan bebas dari kesalahan dan mengandungi maklumat yang tepat dan lengkap.
Daripada aspek operasi pula, seorang pembantu tadbir perlu menguruskan utiliti meter air termasuk menyelenggara akaun serta memastikan penyelenggaraan meter dan paip air dilakukan dengan sempurna. Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seorang yang responsif.
Sikap responsif ini penting kerana masalah atau aduan pelanggan boleh timbul pada bila-bila masa. Apabila seorang pekerja yang terlibat dalam pengurusan meter air mempunyai sikap responsif, mereka dapat menangani aduan pelanggan dengan cepat dan efektif.
Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu tadbir itu perlu ada personaliti teliti dan juga responsif dalam diri mereka. Sekiranya sikap-sikap ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
“Jadi ujian ni nak uji sikap teliti dan responsif je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah dua daripada skop tugasan sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1, iaitu bertanggungjawab dalam:
- Pengurusan personel dalam penjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia.
- Pengurusan gaji, elaun dan faedah persaraan.
- Pengurusan rekod, kewangan dan fail.
- Pengurusan keselamatan dan ketenteraman bangunan, kawasan pejabat, kuarters kerajaan dan kemudah awam.
- Pengurusan kebersihan kawasan pejabat dan kuarters kerajaan.
- Pengurusan data dan maklumat seperti bancian dan soal selidik.
- Penguatkuasaan seperti menghantar bil cukai, waran mahkamah dan waran tahanan.
- Pengurusan aktiviti setempat seperti aktiviti kemasyarakatan.
Berdasarkan skop tugasan ini, adakah anda mempunyai sifat-sifat untuk melaksanakan skop tugas ini? Jika anda mempunyai sifat-sifat ini, peluang anda untuk lulus ujian akan lebih tinggi. Ketua jabatan akan memilih individu yang mempunyai sifat-sifat yang diingini untuk melaksanakan tugas dalam jabatan tersebut.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1
Dalam ujian psikometrik pembantu tadbir, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan. Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini. Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.
30 Soalan & Huraian Jawapan
Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.
Soalan 1: Saya memastikan semua keadaan di dalam rumah kemas sebelum meninggalkan rumah.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 3: Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan hubungan romantik anda?
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 7: Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 12: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 17: Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 19: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 21: Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini
Soalan 22: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 23: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 24: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 25: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 26: Saya boleh bekerja secara berkesan dan dengan tekun, dengan sedikit ataupun tanpa selian
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 27: Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkannya sahaja.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 28: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 29: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini
Soalan 30: Saya merasakan orang bercerita tentang saya di belakang saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Kuiz Psikometrik
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajib ada dalam diri seorang penjawat awam.
Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 28 soalan ini.
Macam Mana Nak Lulus?
Ujian psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja kerajaan. Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Kunci paling utama untuk lulus ujian psikometrik ialah:
“Tonjolan Personaliti Anda”
Sebagai seorang penjawat awam, antara perwatakan yang perlu ada dalam diri anda ialah kestabilan emosi. Majikan mana yang suka pekerjanya mempunyai emosi yang tak stabil kan? Setuju tak?
Atas sebab itulah kenapa seorang penjawat awam perlu mempunyai kestabilan emosi bagi mengelakkan kesilapan ketika mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Jadi, pihak SPA lebih menekankan calon yang stabil emosinya dalam menjawat jawatan ini. Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sama ada anda mempunyai sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.
“Teguhkan Pendirian Anda”
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda menjawab ‘Tidak Setuju’, ini menunjukkan anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu. Satu ciri yang penting dalam bidang kerja yang memerlukan ketenangan dan kawalan diri.
Telegram Rasmi Psikometrik 2025
Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan berkaitan emosi tapi bersifat perangkap. Boleh join telegram di bawah.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1 ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Cikgu kerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1.
Semoga Bermanfaat.
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N1 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu tadbir kelak. Amin…