Adakah anda mencari contoh soalan Pegawai Arkib Gred S41 dan jawapan? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik Pegawai Arkib Gred S41 dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Itu Ujian Psikometrik
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik Pegawai Arkib Gred S41, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik? Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.
Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon. Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.
Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
- Betul atau salah
- Ya atau betul atau tidak pasti
- Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.
“Kalau senang, jadi ramailah yang patut lulus kan cikgu?”
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Pasti jawapannya Anwar Ibrahim. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik pegawai arkib. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.
Tujuan Ujian Psikometrik
Tujuan ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Objektif utamanya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Dua bulan? Setahun?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya betul tu. Jika ada 200 kekosongan jawatan, pihak SPA hanya akan meluluskan 2,000 orang calon sahaja. Itu kalau jawatan tu ada banyak kekosongan. Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 2 kekosongan? Itu bermaksud hanya 20 calon sahaja akan diluluskan oleh pihak SPA. Calon yang selebihnya itu akan digagalkan di atas alasan tidak menepati ciri-ciri penilaian sesuatu jawatan.
Ujian Psikometrik 199 Soalan
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya. Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, dalam setiap 4 minit anda perlu jawab 10 soalan.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Pegawai Arkib S41?
Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan Pegawai Arkib Gred S41 sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan pegawai arkib itu sendiri.
Antara skop tugas seorang pegawai arkib ialah bertanggungjawab dalam memproses bahan arkib, termasuk pengelompokan, pengelasan dan terjemahan jika perlu. Daripada skop tugas ini, perwatakan dan minat yang mungkin diperlukan ialah seorang yang teliti dan seorang yang ada kebolehan dalam pengurusan rekod.
Ketelitian amat penting dalam memproses bahan arkib kerana bahan arkib selalunya mempunyai nilai sejarah, budaya dan akademik yang tinggi. Kesilapan dalam pengelompokan, pengkelasan dan terjemahan bahan arkib boleh mengakibatkan kehilangan maklumat penting malah merosakkan integriti bahan arkib itu sendiri.
Daripada sudut kebolehan pula, pengurusan rekod yang baik dapat memastikan bahan-bahan arkib disimpan selama yang diperlukan dan dihapuskan dengan cara yang sesuai pada masa yang sesuai. Mahir dalam pengurusan rekod juga memastikan prosedur-prosedur yang tepat dan teratur diikuti dalam pengurusan bahan-bahan arkib yang diterima dan disemak.
Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang calon itu perlu mempunyai sikap teliti dan juga ada kebolehan dalam menguruskan rekod. Sekiranya sikap dan minat ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
“Jadi ujian ni nak uji sikap teliti dan kebolehan menguruskan rekod je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugas sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan Pegawai Arkib Gred S41 perlu laksanakan.
Persoalannya sekarang, adakah dalam diri anda ada sikap dan minat seperti ini? Jika ada, peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tinggi kerana perwatakan diri anda menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Arkib Gred S41
Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan psikometrik pegawai arkib akan ditanyakan kepada anda. Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.
30 Soalan & Huraian Jawapan
Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya memastikan semua keadaan di dalam rumah kemas sebelum meninggalkan rumah.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 3: Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan hubungan romantik anda?
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 7: Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 12: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 17: Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 19: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 21: Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini
Soalan 22: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 23: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 24: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 25: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 26: Saya boleh bekerja secara berkesan dan dengan tekun, dengan sedikit ataupun tanpa selian
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 27: Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkannya sahaja.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 28: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 29: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini
Soalan 30: Saya merasakan orang bercerita tentang saya di belakang saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Kuiz Psikometrik
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawat awam.
Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.
Tips Lulus Ujian Psikometrik Pegawai Arkib S41
Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.
Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.
Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.
Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.
Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.
Tetapkan Pendirian Anda.
Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.
Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.
Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2 = sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang
Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong
Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.
Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak berapa suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.
“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”
Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni. Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik. Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain.
“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”
Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan dipilih. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mesra yang wujud dalam diri mereka.
Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik
Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia jabatan, sepastinya individu introvertion akan dilantik. Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi perkara yang mereka tahu dengan orang lain.
Memang Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.
Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon. Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.
Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.
Telegram Rasmi Psikometrik 2023
Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik SPA ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik pegawai arkib. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik Pegawai Arkib Gred S41.
Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Apa yang saya perasan, ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.
Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu sokong. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.
Bonus Untuk Anda.
Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim tujuh bonus percuma daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.
Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya disentuh sedikit sahaja.
Dalam ebook bonus, saya sediakan case study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.
Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.
Penutup.
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Arkib Gred S41 ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik Pegawai Arkib Gred S41 yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.
Pss… Pss… Anda dah tahu tujuh perkara wajib tahu dalam ujian psikometrik? Kalau belum, sila klik butang di bawah untuk baca.