Tempoh Panggilan Temuduga SPA Selepas Ujian Psikometrik

Berapa lama tempoh panggilan temuduga spa selepas ujian psikometrik? Saya pasti mesti ramai tertanya-tanya soalan ini. Terutamanya apabila anda pertama kali mengambil ujian psikometrik.

Jadi, berapa lama tempoh panggilan temuduga tu? Jawapan yang paling tepat untuk soalan ini bergantung kepada jabatan. Ada sesetengah jabatan hanya memerlukan tempoh sebulan selepas tarikh keputusan diumumkan.

Jika tempoh panggilan temuduga itu dalam masa sebulan, itu bermaksud jabatan itu terdapat kekosongan jawatan yang perlu diisi dalam tempoh segera.

Dan ada juga sesetengah jabatan memerlukan tempoh masa tiga bulan selepas keputusan ujian psikometrik diumumkan untuk menjalankan sesi temuduga.

Bagi tempoh panggilan temuduga tiga bulan dan ke atas ini, itu memberi maksud masih terdapat calon simpanan untuk sesuatu jawatan. Jadi tempoh panggilan temuduga akan dilengahkan sedikit disebabkan masih terdapat calon simpan yang masih berbaki.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah buat persediaan yang cukup untuk sesi temuduga yang akan datang. Pastikan anda tahu apakah soalan-soalan popular kerap ditanya oleh panel temuduga.

Contohnya soalan yang kerap ditanya ialah “sila perkenalkan diri anda”.

Soalan mudah seperti ini kerap kali menggagalkan ramai calon temuduga kerana mereka tidak tahu cara yang betul untuk menjawab.

Anda boleh baca skrip jawapan penuh soalan ini dekat sini: Skrip jawapan soalan sila perkenalkan diri anda.

Saya harap perkongsian ini dapat menjawab persoalan tempoh panggilan temuduga selepas ujian psikometrik. Saya doakan anda berjaya lulus ujian psikometrik dan temuduga nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda tahu tak kenapa ramai calon digagalkan di sesi temuduga? Panel temuduga ini kongsikan pengalamannya. Sila klik butang di bawah untuk baca.

2 thoughts on “Tempoh Panggilan Temuduga SPA Selepas Ujian Psikometrik”

  1. Noor azarina binti zamree

    Saya lulus ujian spikometrik pada 14/2/2023 . Tapi sehingga sekarang saya masih belum mendapat tarikh temuduga . Adakah saya masih berpeluang untuk temuduga seterusnya ?

    1. Cikgu Khairul

      Ya masih ada peluang. Kena check dekat portal rasmi SPA. Kadang-kadang, sesuatu jawatan tu tak ada keperluan untuk pengambilan pekerja dalam masa terdekat. Jadi perkara biasa perlu tunggu 3-6 bulan selepas lulus ujian psikometrik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *