Boleh Ke Jawab Soalan Temuduga English Dalam Bahasa Melayu

Kalau panel temuduga tanya soalan dalam bahasa inggeris, boleh tak saya nak jawab dalam bahasa melayu?

Ini merupakan soalan yang kerap ditanyakan kepada saya. Ianya disebabkan ada sesetengah calon temuduga tidak lancar berbahasa inggeris.

“Boleh tak saya nak jawab dalam bahasa melayu, cikgu?”

Pertama sekali, anda perlu tahu bukan saja-saja panel temuduga itu bertanya soalan dalam bahasa inggeris. Mereka bertanya dalam bahasa inggeris itu bermaksud mereka mengharapkan anda menjawabnya dengan bahasa inggeris juga.

Tujuan utama mereka adalah ingin menguji sejauh mana kebolehan anda dalam berbahasa inggeris. Adakah anda ini lancar dalam berbahasa inggeris.

Ada sesetengah jawatan memerlukan penjawatnya menguasai bahasa inggeris. Contohnya seperti pegawai imigresen, kerana jawatan ini memerlukan penjawatnya berinteraksi dengan warga asing.

“Habis tu takkan saya nak diam je cikgu?”

Anda boleh meminta izin dahulu dengan panel temuduga untuk jawab dalam bahasa melayu. Katakan hal sebenar bahawa anda ini tidak berapa menguasai bahasa inggeris.

Artikel berkaitan: Cara Perkenalkan Diri Semasa Sesi Temuduga

“Kalau saya jawab dalam bahasa melayu, adakah akan menyebabkan saya gagal temuduga tu?”

Sebenarnya bergantung kepada sejauh mana keperluan berbahasa inggeris dalam skop kerja jawatan tu. Seandainya skop jawatan memerlukan penjawatnya lancar bertutur dalam bahasa inggeris, peluang untuk anda lulus temuduga adalah tipis.

Apa yang pasti, markah temuduga anda akan dikurangkan. Tambahan pula anda bukanlah satu-satunya calon untuk jawatan itu.

Kenapa panel temuduga nak pilih anda yang tak lancar berbahasa inggeris sedangkan terdapat ramai lagi calon-calon yang ada kebolehan macam tu.

Anda tidak boleh menganggap bahasa inggeris ini satu kelemahan bagi anda. Sewajarnya anda perlu memperbaiki penguasaan bahasa inggeris anda.

Saya harap dengan perkongsian persoalan “boleh kah jawab soalan temuduga bahasa inggeris dalam bahasa melayu” ini boleh memperkemaskan persediaan temuduga anda nanti.

Anda dah baca perkongsian daripada Puan Jud Jamil, iaitu Ketua Unit Sumber Manusia di salah satu jabatan kerajaan? Beliau ada kongsikan pengalaman beliau sendiri, punca kenapa ramai calon gagal temuduga.

Sila klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *