Langkah Seterusnya Selepas Lulus Ujian Psikometrik

Kongsi Artikel

Apa langkah seterusnya selepas lulus ujian psikometrik? Saya yakin mesti ini yang menjadi pertanyaan kepada anda. Jadi, apa langkah yang perlu dilakukan selepas lulus ujian ini?

Apabila anda mendapat keputusan ujian online, akan ada dua kemungkinan sama ada anda lulus ataupun anda gagal. Sekiranya anda mendapat keputusan lulus, tahniah saya ucapkan dan jangan sia-siakan peluang yang diberikan ini.

Apabila anda sudah mendapat keputusan lulus dalam ujian psikometrik, perkara yang seterusnya perlu anda lakukan ialah membuat persediaan sama ada persiapan untuk ujian fizikal ataupun persediaan untuk menghadapi temuduga.

Artikel berkaitan: Tempoh Panggilan Temuduga SPA Selepas Ujian Psikometrik

Sekiranya jawatan yang anda pohon itu melibatkan jawatan badan beruniform, anda perlu melepasi ujian fizikal terlebih dahulu sebelum dipanggil untuk sesi temuduga.

Sekiranya jawatan itu bukan badan beruniform, anda hanya perlu membuat persediaan untuk menghadapi temuduga sahaja.

Untuk badan beruniform, syarat-syarat yang wajid anda patuhi untuk melepasi tapisan ujian fizikal ialah:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

Sekiranya anda tidak melepasi salah satu daripada syarat-syarat di atas, kemungkinan besar anda akan gagal untuk tapisan ujian fizikal ini. Apabila anda gagal ujian fizikal, maka anda tidak akan mendapat panggilan temuduga.

Bagi persediaan untuk temuduga pula, anda perlu bersedia dalam menjawab soalan-soalan yang popular ditanya oleh panel temuduga. Contohnya seperti soalan di bawah ini.

“Sila perkenalkan diri anda”, tanya panel temuduga.

Apakah jawapan yang sepatutnya anda berikan jika ditanyakan soalan seperti ini? Ramai calon terperangkap dengan soalan mudah ini. Saya ada kongsikan skrip jawapan untuk menjawab soalan ‘sila perkenalkan diri anda’ ini.

Sila klik link ini untuk baca: Skrip jawapan soalan perkenalkan diri.

Saya harap perkongsian saya ini dapat menjawab persoalan apakah langkah seterusnya selepas lulus ujian psikometrik. Saya doakan agar anda akan lulus ujian fizikal dan temuduga nanti. Aamiinn…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *