Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 – Adakah anda salah seorang calon ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
- Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41?
- Penilaian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
- 20 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
- Jawapan Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
- Tips Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
- Telegram Psikometrik
- Kuiz Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
- Rekemendasi Daripada Cikgu
- Penutup
Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41?
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik? Bukan apa, cikgu tengok masih ramai yang pertama kali ambil ujian ni.
Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik. Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mencungkil sikap sebenar seseorang calon.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.
Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif. Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
- Betul atau salah
- Ya atau betul atau tidak pasti
- Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.
“Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?” Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, Jabatan Peguam Negara di bawah kementerian apa? Jawapannya pasti di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.
Tujuan Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan. Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, macam itu lah nampaknya. Lulus dan gagal ujian ini banyak dipengaruhi oleh berapa banyak kekosongan jawatan. Ada sesetengah jawatan ada 400 kekosongan, maka jumlah calon diluluskan akan menjadi 4,000 orang. Ada sesetengah jawatan hanya ada 5 kekosongan, maka calon yang diluluskan menjadi 50 orang. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.
Ujian Psikometrik 199 Soalan
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya. Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, dalam setiap 4 minit anda perlu jawab 10 soalan.
Penilaian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, jawatan Pegawai Undang-Undang L41 selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian. Antara elemen yang cuba dicungkil melalui ujian psikometrik untuk jawatan pegawai undang-undang ialah:
- Cara bersosial
- Kerjasama
- Kestabilan emosi
- Tahap disiplin diri
- Menepati masa
- Bertanggungjawab
- Kejujuran
- Amanah
- Ketekunan
- Berdedikasi
Agak-agak anda ada tak elemen ini dalam diri anda? Jika ada peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tinggi kerana perwatakan diri anda menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
20 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan psikometrik akan ditanyakan kepada anda. Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.
Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.
Soalan 1: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk tidak mudah berputus asa.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti
Soalan 2: Konsep ‘bagai aur dan tebing’ mudah diterapkan dalam suasana berkerja secara berkumpulan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 3: Walaupun saya tahu pejabat pos tutup pada cuti umum, saya tetap akan pergi ke sana untuk mendapatkan kepastian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 5: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Rasa rasa tercabar apabila ada pekerja bawahan saya mempertikaikan keputusan yang telah saya buat.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 7: Idea saya selalunya datang apabila saya termenung sendirian.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 8: Saya kerap merasa lemau apabila cuti dihujung minggu berbanding dengan bercuti di pusat peranginan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 9: Memaafkan seseorang terhadap kesalahan yang berulang adalah perbuatan sia-sia.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 10: Saya suka mengumpul semua pakaian kotor sebelum dicucikan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 11: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 13: Saya akan meminta rakan sekerja untuk menyiapkan tugasan saya sekiranya saya sedang sibuk.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 14: Apabila lagu Negaraku dimainkan, saya akan tengok orang sekeliling dahulu sebelum saya berdiri tegak tanda memberi kehormatan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 15: Lewat masuk ke pejabat disebabkan berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas boleh dimaafkan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti
Soalan 17: Kerja secara berkumpulan selalunya banyak perkara yang tidak bersependapat.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Soalan 18: Saya akan memasang radio apabila menunggu lampu isyarat merah bagi mengelakkan kebosanan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 19: Saya selalu menghadiri majlis hari jadi kawan saya.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 20: Saya mempunyai rakan kawan rapat yang suka mengumpat.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan Soalan Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
Soalan psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41, pihak yang menilai ialah SPA.
Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik Pegawai Undang-Undang L41.
Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Kalau tengok pada soalan ini, jelas menunjukkan pernyataan dalam soalan ini bersifat negatif kan? Sebab melakukan aktiviti yang membuang masa. Maka jawapan yang perlu anda pilih ialah TIDAK PERNAH.
Tapi…
Kalau anda fikir soalan ini hanyalah sekadar untuk tahu pasal kepompong rama-rama, itu kesilapan pertama anda. Hati-hati. Kerana soalan psikometrik bukanlah straight forward macam tu.
Soalan psikometrik ianya bersifat berkaitan antara satu sama lain. Ataupun ia bersifat secara tidak langsung. Anda fikir soalan bertanya pasal topik A, rupanya soalan bertanya pasal topik Z.
Dalam soalan kepompong rama-rama ini, sikap yang ingin dicungkil ialah sikap ingin tahu. Siapa je yang ada minat nak tahu pasal apa yang terjadi dekat kepompong rama-rama kan? Dah macam tak ada kerja lain dah nak buat kan.
Itulah trick soalan psikometrik.
Soalan ini bukanlah nak tahu sama ada anda ni suka ambil tahu pasal rama-rama ataupun tidak. Tapi nak mencungkil sama ada anda ini mempunyai sikap ingin tahu atau tidak. Dalam skop kerja pegawai undang-undang, anda bertanggungjawab untuk menjalankan tugas perundangan. Apa akan jadi jika seorang pegawai undang-undang tak suka ambil tahu secara terperinci sesuatu perkara?
Bila anda tak ada sikap ingin tahu, maka jadilah anda seperti katak di bawah tempurung. Cuba anda letakkan diri anda sebagai majikan, sanggup ke anda nak ambil pekerja yang ada sikap macam ni? Mesti tak kan? Itulah perkara yang sama pihak SPA tak mahu.
Kalau anda pilih jawapan TIDAK PERNAH, peluang untuk anda gagal semakin besar. Jawapan yang sepatutnya anda pilih ialah SANGAT KERAP. Itu cukup membuktikan anda ini seorang yang bersikap positif dan peluang untuk lulus pun makin cerah.
Tips Ujian Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
Satu tips daripada cikgu untuk lulus ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 ialah anda perlu sentiasa memilih jawapan yang positif. Kunci paling utama untuk lulus ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 ialah
Tonjolkan Perwatakan Positif, Tetapkan Pendirian Anda
Soalan 1: Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pastinya mereka akan bersetuju dengan kenyataan ini. Lagipun ini merupakan penyataan daripada sebuah kajian. Kalau dah ada kajian mesti ada data untuk menyokong penyataan ini kan?
Kalau anda berfikir macam tu, anda sebenarnya dah jatuh ke dalam perangkap psikologi. Tujuan soalan ini bukanlah nak bertanyakan pasal stress ataupun tak. Tapi ianya nak mengesan sama ada anda ini seorang perokok ataupun tidak.
“Tapi saya tak merokok pun cikgu..”
Walaupun anda bukan perokok sekali pun, bila anda bersetuju, jelas menunjukkan anda menyokong tabiat merokok ini. Opss.. Perokok dan penyokong perokok dah dikesan. Dah kantoi!
Anda perlu ingat, aktiviti merokok adalah dilarang di tempat awam Malaysia. Ianya dah jadi amalan negatif. Hati-hati. Ada ‘jerangkap samar’ yang anda tak sedar.
Anda perlu tahu, soalan psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 ini bukanlah soalan matematik ataupun soalan bahasa inggeris yang mempunyai jawapan yang tetap. Anda fikir jawapan anda dah betul, tapi belum menjamin anda pasti akan lulus. Tahu kenapa? Sebabnya soalan ujian ini perlu dijawab melalui psikologi.
Di bawah ini merupakan soalan yang pernah masuk dalam ujian psikometrik. Ramai calon terkeliru dengan soalan ini.
Soalan 2: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Apa elemen penilaian disebalik pernyataan ini?
Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.
Telegram Psikometrik
Saya ada kongsikan banyak lagi tips dan contoh soalan dalam channel telegram. Soalan pasal pisang goreng di atas pun saya kongsikan dalam channel ini. Sila klik butang di bawah untuk join.
Kuiz Psikometrik Pegawai Undang-Undang L41
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat 20/20 okey. Itu cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Infokerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.
Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai. Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.
Bonus Untuk Anda
Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.


Penutup
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.