Soalan Temuduga Pembantu Syariah LS19 Dan Skrip Jawapan

oleh Cikgu Khairul

Soalan Temuduga Pembantu Syariah LS19 – Tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya melepasi ujian psikometrik yang dijalankan beberapa bulan yang lalu. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara menjawab soalan temuduga Pembantu Syariah LS19 mengikut format terkini temuduga SPA pada tahun ini.

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga Pembantu Syariah LS19 ni? Secara asasnya, antara soalan yang popular ditanyakan ialah soalan berkaitan dengan diri sendiri, berkaitan dengan urus setia penyediaan makanan dan juga soalan kemahiran berfikir.

Soalan Temuduga Perkenalkan Diri Pembantu Syariah LS19

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, kerana semua maklumat tentang diri anda sudahpun tercatat dalam resume.

Tujuan soalan ini ditanyakan kepada anda adalah hendak melihat cara anda bercakap dan tahap keyakinan anda. Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.

Tambahan lagi, kebolehan berkomunikasi dengan efektif ini penting di mana skop tugasan memerlukan anda berinteraksi dengan masyarakat yang mempunyai berbilang kaum dan umur.

“Sila perkenalkan diri anda”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalammualaikum dan selamat petang tuan. Saya Khairul bin Ismail berasal dari Temerloh, Pahang. Saya merupakan lepasan sijil kemahiran mekanikal dari TESDEC. Saya mempunyai pengalaman menjalani latihan industri di sebuah syarikat swasta yang menjalankan perkhidmatan membaik pulih kenderaan berat.

Banyak perkara saya belajar semasa latihan industri seperti pengurusan dokumen, penyediaan pelan-pelan tindakan kecemasan, dan juga kebolehan saya dalam berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan.

Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja pembantu syariah ini.

Ada juga calon bertanya kepada saya, “Cikgu! Macam saya, tak ada pengalaman industri, macam mana saya nak jawab soalan memperkenalkan diri ini?”, tanya calon temuduga tu kepada saya.

Walaupun anda tak ada pengalaman industri sekalipun, anda masih lagi boleh menggunakan pengalaman kerja part-time anda untuk menjawab soalan ini.

Contohnya, anda bekerja part-time sebagai grabfood. Anda boleh ceritakan bagaimana pengalaman menghantar makanan ini boleh membantu anda untuk menjalankan tugasan pembantu syariah. Di bawah ini contoh skrip jawapan yang boleh anda gunakan.

Saya tidak ada pengalaman kerja tetap sepanjang menunggu panggilan temuduga ini. Atas alasan tidak mahu mensia-siakan masa yang ada, saya telah bekerja secara part-time sebagai penghantar makanan grabfood.

Sepanjang saya menjalankan kerja-kerja menghantar makanan ini, pelbagai jenis perangai pelanggan yang saya jumpai dalam masyarakat. Saya percaya dengan pengalaman saya berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan ini, dapat membantu saya dalam berinteraksi dengan masyarakat berbilang kaum nanti.

“Kalau saya tak ada pengalaman kerja langsung, kerja part-time pun tak pernah, macam mana pulak tu cikgu?”

Pengalaman kerja ini hanyalah ingin membuktikan adakah anda ini boleh bergaul dengan masyarakat sahaja. Jika anda tidak ada langsung pengalaman kerja sekalipun, anda masih boleh menggunakan hobi anda. Cuba ceritakan bagaimana hobi anda ini boleh membantu anda menjalankan tugas jika terpilih dalam kerja pembantu syariah nanti.

Hobi saya ialah membaca buku. Banyak ilmu yang berjaya saya peroleh daripada hasil bacaan saya. Buku yang menjadi kegemaran saya ialah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah. Saya yakin dengan ilmu motivasi yang saya ada ini boleh membantu saya untuk memotivasikan diri sepanjang menjadi pembantu syariah.

Kerana saya tahu bekerja dalam bidang syariah ini mempunyai pelbagai orang yang berbeza perangai dan idealisasi. Dan itu sangat penting bagi saya untuk mengekalkan momentum saya agar tak mudah berputus asa.

Soalan Temuduga Urus Setia Pembantu Syariah LS19

Jika dibincangkan tentang soalan berkaitan bidang syariah, banyak aspek yang boleh panel temuduga bertanyakan kepada anda. Contohnya soalan berkaitan dengan aspek kementerian.

“Jabatan Kehakiman Syariah ini di bawah jabatan apa?”, tanya panel temuduga.

Tujuan soalan ini ditanyakan adalah untuk mengetahui sejauh mana minat seorang calon itu terhadap jawatan yang dipohonnya itu. Jika anda mampu menjawab dengan baik, itu cukup memberi signal kepada panel temuduga bahawa anda ini sudah cukup mengenali jawatan yang ingin anda jawat itu.

Di bawah ni merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk membalas pertanyaan itu.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merupakan salah satu jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Jabatan ini diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dan ketua pengarah Jabatan Kehakiman Syariah pula YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar

Rekomendasi Dari Cikgu

Tiga soalan di atas yang saya kongsikan ini merupakan soalan yang mungkin ditanya dalam sesi temuduga Pembantu Syariah LS19. Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca rujukan temuduga ini.

Penutup

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga Pembantu Syariah LS19 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti. Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda nak tahu lagi soalan temuduga yang kerap ditanya dalam jawatan pembantu syariah? Baca dekat link di bawah.

Senarai Soalan Dan Jawapan Temuduga Pembantu Syariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *