Soalan Temuduga Pembantu Antidadah Gred S19 Dan Skrip Jawapan

Adakah anda mencari soalan temuduga Pembantu Antidadah Gred S19? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara menjawab soalan temuduga Pembantu Antidadah Gred S19 mengikut format terkini temuduga SPA pada tahun ini.

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi. Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mendapat panggilan temuduga ini.

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga Pembantu Antidadah Gred S19 ni? Secara asasnya, antara soalan yang popular ditanyakan ialah soalan berkaitan dengan diri sendiri, berkaitan dengan urus setia AADK, soalan kemahiran berfikir dan juga soalan psikologi.

Soalan Temuduga Perkenalkan Diri Pembantu Antidadah Gred S19

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang pertama dan paling popular panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, sebab segala detail pasal diri anda sudah ada dalam resume. Tujuan soalan ini lebih kepada hendak melihat tahap keyakinan anda ketika bercakap.

Daripada cara anda bercakap pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan. Tambahan lagi, kebolehan berkomunikasi dengan efektif ini penting dalam memastikan segala urusan kerja dapat dilaksana dengan baik.

“Sila perkenalkan diri anda”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalammualaikum dan selamat petang tuan. Saya Khairul bin Ismail berasal dari Temerloh, Pahang. Saya merupakan lepasan sijil kemahiran mekanikal dari TESDEC. Saya mempunyai pengalaman menjalani latihan industri di sebuah syarikat swasta yang menjalankan perkhidmatan membaik pulih kenderaan berat.

Banyak perkara saya belajar semasa latihan industri seperti pengurusan dokumen, penyediaan pelan-pelan tindakan kecemasan, dan juga kebolehan saya dalam berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan.

Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya dilantik sebagai pembantu antidadah nanti.

Ada juga calon bertanya kepada saya, “Cikgu! Macam saya, tak ada pengalaman industri, macam mana saya nak jawab soalan memperkenalkan diri ini?”, tanya calon temuduga tu kepada saya.

Walaupun anda tak ada pengalaman industri sekalipun, anda masih lagi boleh menggunakan pengalaman kerja part-time anda untuk menjawab soalan ini.

Contohnya, anda bekerja part-time sebagai grabfood. Anda boleh ceritakan bagaimana pengalaman menghantar makanan ini boleh membantu anda untuk menjalankan tugasan pembantu antidadah. Di bawah ini contoh skrip jawapan yang boleh anda gunakan.

Saya tidak ada pengalaman kerja tetap sepanjang menunggu panggilan temuduga ini. Atas alasan tidak mahu mensia-siakan masa yang ada, saya telah bekerja secara part-time sebagai penghantar makanan grabfood.

Sepanjang saya menjalankan kerja-kerja menghantar makanan ini, pelbagai jenis perangai pelanggan yang saya jumpai dalam masyarakat. Saya percaya dengan pengalaman saya berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan ini, dapat membantu saya dalam berinteraksi dengan masyarakat berbilang kaum nanti.

“Kalau saya tak ada pengalaman kerja langsung, kerja part-time pun tak pernah, macam mana pulak tu cikgu?”

Pengalaman kerja ini hanyalah ingin membuktikan keupayaan seseorang untuk mengendalikan tugas. Jika anda tidak ada langsung pengalaman kerja sekalipun, anda masih boleh menggunakan hobi anda. Cuba ceritakan bagaimana hobi anda ini boleh membantu anda menjalankan tugas jika terpilih dalam tugasan pembantu antidadah nanti.

Hobi saya ialah membaca buku. Banyak ilmu yang berjaya saya peroleh daripada hasil bacaan saya. Buku yang menjadi kegemaran saya ialah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah. Saya yakin dengan ilmu motivasi yang saya ada ini boleh membantu saya untuk memotivasikan diri sepanjang menjadi pembantu antidadah.

Kerana saya tahu bekerja dalam jabatan antidadah ini mempunyai pelbagai orang yang berbeza perangai dan idealisasi. Dan itu sangat penting bagi saya untuk mengekalkan momentum saya agar tak mudah berputus asa.

Soalan Temuduga Urus Setia Pembantu Antidadah Gred S19

Jika dibincangkan tentang soalan berkaitan dengan antidadah, banyak aspek yang boleh panel temuduga bertanyakan kepada anda. Contohnya soalan berkaitan dengan aspek kementerian.

“Agensi Antidadah Kebangsaan berada dalam kementerian apa?”, tanya panel temuduga.

Tujuan soalan ini ditanyakan adalah untuk mengetahui sejauh mana minat seorang calon itu terhadap jawatan yang dipohonnya itu. Jika anda tak mampu berikan jawapan yang memuaskan, panel temuduga akan memberikan impression yang buruk terhadap diri anda. Contohnya akan memberitahu secara tak langsung kepada panel temuduga bahawa anda tidak serius berminat dengan jawatan pembantu antidadah.

Di bawah ni merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk membalas pertanyaan itu.

AADK merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia. Kementerian ini diketuai oleh Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail dan Ketua Pengrah AADK pula Sutekno Ahmad Belon.

Visi jabatan ini ialah menjadi masyarakat Malaysia bebas daripada penyalahgunaan dadah. Bagi menjayakan visi ini, ada beberapa perkara perlu direalisasikan seperti mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih dadah, mencegah penagihan semula dan membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Senaraikan skop tugas pembantu antidadah”, tanya panel temuduga.

Sebagai pembantu antidadah, antara tugas yang perlu saya laksanakan ialah membantu dalam program pencegahan dan pendidikan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Saya juga perlu menganjurkan program pemulihan untuk individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Selain daripada itu, seorang pembantu antidadah juga perlu memantau dan mengawasi individu yang berisiko atau telah terbukti terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Mereka juga perlu memberi bantuan dan sokongan kepada individu dan keluarga yang terjejas akibat penyalahgunaan dadah.

Tugas-tugas lain pembantu antidadah ialah perlu menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang untuk mencegah dan menangani penyalahgunaan dadah dalam masyarakat. Akhir sekali, pembantu antidadah perlu menganjurkan program penjagaan dan pemulihan untuk pesakit yang menerima rawatan di pusat pemulihan dadah.

“Apa yang ada pada logo AADK?”, tanya panel temuduga.

Daripada pemerhatian saya, ada empat elemen utama yang cuba diterapkan dalam logo AADK. Empat elemen ini ialah burung merpati, bunga padi, bintang empat belas, dan tiga warna.

Burung merpati berwarna putih ini cuba menggambarkan kebebasan, kebersihan kerajaan dalam menangani masalah dadah.

Perkara kedua pula ialah bunga padi. Elemen bunga padi digunakan untuk menggambarkan rakyat Malaysia yang hidup dalam kemakmuran tanpa masalah dan belenggu dadah.

Perkara ketiga ialah bintang. Empat belas bintang di atas bunga padi menggambarkan kesediaan dan kesepakatan rakyat di 14 buah negeri dalam membantu kerajaan membasmi dadah.

Perkara terakhir ialah warna. Tiga warna dalam logo AADK ialah putih, biru dan merah. Warna putih melambangkan aktiviti-aktiviti pencegahan. Warna biru melambangkan aktiviti-aktiviti penguatkuasa. Dan warna merah pula melambangkan program rawatan.

Selain daripada soalan-soalan di atas, panel temuduga juga mungkin akan bertanya tentang soalan di bawah ini:

  • Sebutkan motto AADK dan apakah warna rasmi bagi AADK?
  • Siapa pengarah AADK? Menteri bertanggungjawab?
  • Terangkan misi dan visi AADK yang anda tahu.
  • Selain AADK, agensi apa lagi di bawah naungan kementerian tu?

Soalan Temuduga Kemahiran Berfikir Pembantu Antidadah Gred S19

Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jabatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan kemahiran berfikir secara kritikal.

“Cuba senaraikan jenis-jenis dadah yang awak tahu? Dan apa perbezaan antara dadah-dadah ini?”, tanya panel temuduga.

Dalam pengetahuan saya, terdapat enam jenis dadah yang popular yang diketahui umum. Antaranya ialah ganja, heroin, kokain, ecstasy, methamphetamine dan ketamin. Ganja diperoleh daripada tumbuhan ganja dan biasanya dihisap atau dimakan. Heroin pula sejenis ubat yang diperoleh daripada ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kesakitan, tetapi telah diproses secara kimia untuk menghasilkan ubat yang boleh menyebabkan ketagihan. Kokain pula sejenis ubat yang diperoleh daripada tumbuhan koka. Ia sering disedut atau dimasukkan ke dalam hidung melalui hirisan kecil. Ecstasy pula sejenis ubat sintetik yang biasanya diambil sebagai pil. Ia boleh meningkatkan pengalaman seksual, mengekalkan dan meningkatkan tahap kesoronokan aktiviti bersosial. Methamphetamine pula sejenis ubat sintetik yang biasanya diambil sebagai pil atau dihisap. Ia boleh meningkatkan tahap tenaga dan mengalami peningkatan euforia (perasaan gembira yang berlebihan). Ketamin pula sejenis ubat yang biasanya digunakan untuk tujuan perubatan untuk mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi ubat terlarang, dan apabila diambil secara tidak betul, ia boleh menyebabkan keadaan psikotik.

“Apa yang awak faham tentang dadah? Bagaimana dadah ini boleh memusnahkan hidup seseorang?”, tanya panel temuduga.

Berdasarkan kepada kefahaman saya, dadah adalah sebatian yang boleh mengubah tingkah laku dan fungsi normal tubuh manusia dan boleh menyebabkan kesan psikologi yang kuat. Dadah boleh merosakkan kesihatan fizikal dan mental seseorang serta boleh menyebabkan masalah sosial dan kesihatan yang serius.

Dadah boleh memusnahkan kehidupan seseorang dengan cara yang berbeza. Penggunaan dadah yang tidak terkawal boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal, termasuk kematian akibat dos berlebihan. Di samping itu, penggunaan dadah boleh menyebabkan kerosakan kepada hubungan sosial dan keluarga, kehilangan pekerjaan, dan masalah undang-undang. Bagi orang yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, bahaya yang dihadapi juga boleh menjadi lebih besar dan boleh membawa kepada kematian atau penjara.

“Awak pernah tengok iklan AADK dekat tv tak? Cuba awak ceritakan apa mesej yang cuba iklan itu sampaikan?”, tanya panel temuduga. Anda boleh gunakan skrip di bawah untuk menjawab pertanyaan ini.

Pada pendapat saya, iklan AADK di televisyen bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan cara-cara mengelak penggunaan dadah. Iklan-iklan ini biasanya menonjolkan kesan negatif penyalahgunaan dadah kepada individu, keluarga dan masyarakat. Selain itu, iklan tersebut mempromosikan program pencegahan dan pemulihan yang tersedia untuk membantu individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Dalam iklan AADK, pengalaman sebenar turut disertakan daripada bekas pengguna dadah yang telah berjaya menghilangkan ketagihan dan memulihkan kehidupan mereka. Ia bertujuan untuk memberikan harapan dan inspirasi kepada mereka yang terperangkap dalam penagihan dadah supaya mereka juga boleh bangkit dan mendapatkan semula kehidupan yang sihat dan bahagia.

Dengan menunjukkan kesan negatif penyalahgunaan dadah, iklan AADK ini boleh membantu menggalakkan individu memilih gaya hidup sihat yang memberi manfaat kepada diri mereka dan orang sekeliling.

Selain daripada soalan-soalan di atas, panel temuduga juga mungkin akan bertanya tentang soalan di bawah ini:

  • Apa pandangan anda tentang isu dadah yang berlaku baru-baru ini?
  • Apa pendapat awak tentang peranan masyarakat dalam membasmi penyalahgunaan dadah?
  • Apa sikap yang ada dalam diri anda untuk memegang jawatan pembantu antidadah?
  • Apa yang memotivasikan anda untuk memohon jawatan pembantu antidadah?
  • Bagaimana anda mengendalikan situasi yang mencabar semasa bekerja dengan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
  • Apa yang anda faham mengenai undang-undang antidadah di Malaysia?
  • Apa yang anda lakukan jika anda mendapati seseorang yang sedang menyalahgunakan dadah di tempat awam?
  • Apa yang anda faham mengenai kesan jangka panjang penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan seseorang?
  • Bagaimana anda memberikan sokongan moral dan motivasi kepada individu yang menghadapi cabaran dalam pemulihan dadah?
  • Bagaimana anda mengukur keberkesanan program pencegahan dadah yang dijalankan?

Soalan Temuduga Pengujian Psikologi Pembantu Antidadah Gred S19

Selain daripada soalan berkaitan dengan hal antidadah, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan tentang psikologi. Mereka bertanya soalan seperti ini untuk menguji sejauh mana kesanggupan dan kesediaan anda daripada segi mentaliti untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pembantu antidadah.

“Mengapa awak nak mohon jawatan pembantu antidadah sedangkan ada banyak lagi jawatan yang lain?”, tanya panel temuduga.

Saya amat berminat dengan jawatan Pembantu Antidadah kerana saya percaya melalui kerja saya, saya dapat membantu melindungi masyarakat daripada bahaya dadah dan penyalahgunaannya. Saya merasakan bahawa memerangi masalah dadah adalah penting untuk keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan saya mahu menjadi sebahagian daripada usaha ini.

Selain itu, saya merasakan bekerja di agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menimba pengalaman berharga dalam bidang ini. Saya juga percaya bahawa bekerja di agensi yang memberi tumpuan kepada isu dadah dan penyalahgunaannya akan memberi saya peluang untuk membantu membentuk kesedaran dan mengubah persepsi orang ramai tentang isu ini.

Oleh itu, saya merasakan jawatan Pembantu Antidadah adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk saya menyumbang kepada masyarakat melalui kerja yang saya lakukan dan menimba pengalaman yang bermanfaat untuk perkembangan kerja saya pada masa hadapan.

Selain daripada soalan ini, panel temuduga juga selalu bertanya tentang soalan psikologi lain seperti di bawah ini:

  • Calon sebelum awak tadi saya nampak ada potensi untuk menjadi pembantu antidadah. Seeloknya awak teruskan dengan kerja awak sekarang. Cuba awak terangkan keistimewaan awak berbanding calon-calon yang lain.
  • Tugas pembantu antidadah ni kena berdepan dengan stress. Awak mampu ke kerja dalam stress? Lagipun gaji sebagai pembantu antidadah ni tak banyak mana pun.
  • Awak sanggup ke ditempatkan ke Sabah dan Sawarak? Keluarga awak izinkan ke kalau awak bertugas di sana? Pihak kami dimaklumkan terdapat banyak kekosongan di sana.

Rekomendasi Dari Cikgu

Semua soalan di atas yang saya kongsikan ini merupakan soalan yang mungkin ditanya dalam sesi temuduga Pembantu Antidadah Gred S19. Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca ebook ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan’ ini.

Pengalaman Pegawai Sendiri

Ebook ini dihasilkan daripada pengalaman Puan Jud Jamil, iaitu seorang pegawai Ketua Unit Sumber Manusia di salah satu jabatan kerajaan. Beliau kongsikan pengalaman sendiri sepanjang beliau menemuduga calon-calon temuduga. Apa yang menyebabkan seseorang calon itu digagalkan dan apa yang menyebabkan seseorang calon itu diluluskan. Anda sebagai calon temuduga wajib tahu perkara ini untuk mengelakkan anda mengulangi kesilapan yang sama.

soalan temuduga pembantu antidadah s19
Sila klik butang di bawah untuk download.
soalan temuduga pembantu antidadah s19
Dua Bonus Extra “Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan”

Bonus 1: 72 Rahsia Menulis Resume Untuk Kerja Kerajaan.
Setiap calon yang menghadiri temuduga kerajaan wajib membawa resume masing-masing. Dalam ebook ini, penulis kongsikan 72 rahsia yang boleh anda lakukan untuk menulis resume bagi memohon kerja kerajaan.

Bonus 2: Tips Bergambar Pakaian Semasa Temuduga Kerja Kerajaan.
Penulis himpunkan sebanyak 46 muka surat bergambar pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita yang boleh dipakai semasa temuduga kerajaan. INGAT! First impression panel temuduga terhadap penampilan anda adalah sangat penting.

Penutup

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga Pembantu Antidadah Gred S19 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti. Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda dah tahu tips asas menghadiri temuduga kerajaan? Sila klik butang di bawah untuk download ebook ini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *