Cara Licik Ujian Psikometrik Menggagalkan Ramai Calon Ujian Tahun Ini

Adakah anda salah seorang calon ujian psikometrik pada bulan ini? Risau gagal? Jom saya kongsikan bagaimana soalan psikometrik berjaya menggagalkan ramai calon pada ujian sebelum ini.

Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya Cikgu Khairul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan ujian psikometrik mengikut format tahun 2022.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah untuk dijawab. Anda tahu tak kenapa ujian ini mudah?

Sebabnya anda tak perlu hafal formula matematik, tak perlu ingat fakta, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu tahu grammar.

Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya Cikgu Khairul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan ujian psikometrik mengikut format tahun 2022.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah untuk dijawab. Anda tahu tak kenapa ujian ini mudah?

Sebabnya anda tak perlu hafal formula matematik, tak perlu ingat fakta, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu tahu grammar.

  • Tak ada soalan daya menyelesaikan masalah.
  • Tak ada soalan kefahaman bahasa inggeris.
  • Tak ada soalan pengetahuan am.

Semuanya soalan berkaitan dengan perwatakan diri anda sendiri. Soalan hanya bertanyakan adakah anda seorang yang teliti, adakah anda seorang yang penyabar, dan soalan-soalan bersifat keperibadian yang lain.

Soalan psikometrik ini berbentuk objektif dan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju

Kalau Mudah, Mesti Ramai Yang Lulus Kan?..

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga dijalankan.

Jika calon dipanggil hadir exam seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.

Tak percaya?

Di bawah ini merupakan statistik exam psikometrik yang pernah dijalankan sebelum ini.

gagal ujian psikometrik spa
Statistik Exam Penolong Jurutera Gred JA29
Statistik Exam Pegawai Sains Gred C41

Ramai Yang Gagal..

Yang dapat panggilan exam memang ramai, yang gagal exam pun ramai jugak. Anda boleh tengok sendiri dekat FB SPA, ramai calon mengeluh kerana mereka mendapat keputusan dukacita.

Persoalannya sekarang, adakah anda bakal menerima nasib yang sama seperti calon-calon ini?

Apa Yang Dinilai?

Jadi, apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian psikometrik ini sehinggakan ramai calon gagal melepasi ujian ini? Jom saya tunjukkan kepada anda beberapa soalan exam lepas dan apa yang dinilai.

Contoh 1. Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.

A. Ya
B. Tidak

Apa yang dinilai?
Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri.

Contoh 2. Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi mana saya tak melanggarnya.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Apa yang dinilai?
Mengenalpasti adakah calon seorang yang berdisiplin ataupun tidak.

Contoh 3. Saya bersedia mengkaji semula semua maklumat berkaitan projek terdahulu untuk memastikan bahawa perancangan projek baru mempertimbangkan pengalaman yang saya ada.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Apa yang dinilai?
Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat analitikal ataupun tidak.

Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ia sedang mencungkil sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda.

Ada sesetengah calon suka ambil mudah, “Apa susah, bagi jer jawapan positif semua”.

Tapi anda perlu ingat satu perkara. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi. Adakalanya jawapan positif inilah menjadi punca kenapa ramai calon gagal dalam ujian ini.

Tahu kenapa? Teruskan bacaan anda untuk tahu realiti sebenar ujian psikometrik ini.

Adakah anda sudah bersedia untuk exam psikometrik kali ini? Jom jawab kuiz psikometrik di bawah ini. Hanya 25% yang berjaya lulus kuiz ni. Adakah anda salah seorang yang lulus itu?

Bagaimana Nak Lulus?

Sebenarnya, ramai calon masih salah faham tentang ujian psikometrik. Bagi mereka, ujian ini hanya sekadar mencari nilai positif dan negatif semata-mata.

Kalaulah ujian psikometrik semudah itu, sepatutnya ramai yang lulus kan? Tapi hakikatnya ramai yang gagal. Terdapat dua kunci utama untuk lulus ujian psikometrik ini, iaitu:

“Tonjolan Perwatakan Anda, Jangan Hipokrit”

Bagi memudahkan kefahaman anda, saya akan menggunakan penilaian sikap teliti sebagai contoh.

Sebagai seorang penjawat awam, antara perwatakan yang perlu ada dalam diri anda ialah sikap teliti. Majikan mana yang suka pekerjanya berlaku cuai kan? Setuju tak?

Atas sebab itulah kenapa seorang penjawat awam perlu mempunyai sikap teliti bagi mengelakkan kesilapan ketika mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Jadi, pihak SPA lebih memberi keutamaan kepada calon yang bersifat teliti dalam menjawat sesuatu jawatan. Tapi, bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai sikap teliti?

Satu kelemahan ujian ini ujian online, sesiapa saja boleh mengaku yang mereka mempunyai sikap teliti kan?

Nak tahu?

Jom saya kongsikan kepada anda bagaimana ujian psikometrik ini boleh mencungkil sikap sebenar yang ada dalam diri anda.

Di bawah ini merupakan soalan yang menguji sikap ketelitian dalam diri seorang calon psikometrik.

Soalan 1. Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.

A. Ya
B. Tidak

Soalan ini merupakan salah satu soalan yang digunakan dalam mencungkil sikap teliti dalam diri anda.

Antara ciri-ciri individu yang mempunyai sikap ketelitian ini ialah mereka mempunyai perancangan yang tersusun dalam melakukan sesuatu perkara.

Sama ada dalam situasi sedang menghadapi masalah ataupun tidak, individu yang mempunyai perancangan tersusun ini pastinya sentiasa kelihatan tenang.

Jika individu itu tidak mempunyai perancangan tersusun, mereka cepat panik terutama dalam situasi sedang ditimpa masalah.

Bagi membuktikan anda ini seorang individu yang mempunyai sikap teliti, anda perlu tunjukkan sikap tenang dalam diri anda dengan memilih jawapan YA.

“Tetapkan Pendirian Anda”

Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan.

Anda tahu tak bagaimana?

Caranya ialah melalui soalan yang berulang-ulang.

Tujuannya ialah untuk mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.

Soalan di bawah ini pula digunakan sebagai alat untuk mengesahkan dalam soalan 1 sebelum ini, iaitu sikap teliti. Adakah sikap teliti ini betul-betul wujud dalam diri anda ataupun tidak.

Soalan 2. Walaupun meja kerja saya berselerakan tetapi saya tahu di mana saya meletakkan barang saya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Kalau anda nak tahu, memang ada perkaitan antara soalan 1 dan soalan 2 itu. Anda boleh kesan tak perkaitan tu? Masih tak nampak? Jom saya kongsikan kepada anda.

Ada dua isu yang cuba dibangkit dalam soalan 2 ini. Isu pertama, keadaan meja yang berselerak. Dan isu kedua pula ialah ingat dekat mana meletakkan barang.

Jadi, saya akan huraikan kedua-dua isu ini untuk memudahkan kefahaman anda.

Isu Pertama: Apakah psikologi seorang pekerja mempunyai meja berselerak?

Kajian yang dibuat oleh Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati pekerja yang mempunyai meja berselerak ini lebih konsisten dalam menghasilkan kerja, lebih produktif, kreatif serta mempunyai idea-idea baharu dalam meningkatkan mutu kerja.

Berbanding pekerja yang mempunyai meja yang teratur, mereka ini lebih cenderung melakukan pekerjaan yang hanya diberikan kepadanya.

Isu Kedua: Bagaimana psikologi individu yang ingat di mana meletakkan barang?

Setuju tak kalau saya katakan individu yang cuai ini selalu terlupa dekat mana dia meletakkan barang dia? Kalau kunci kereta, setiap kali nak start kereta, setiap kali itulah tercari-cari dekat mana kunci tu berada.

Jika anda menyokong soalan 2 ini, itu menunjukkan anda ingat dekat mana anda meletakkan barang anda. Dan itu cukup membuktikan anda bukanlah seorang individu yang bersikap cuai.

Kerana pendirian anda terhadap soalan 1 dan soalan 2 tidak bercanggah antara satu sama lain.

Soalan 1: Tenang dalam semua keadaan = Teliti
Soalan 2: Ingat dekat mana meletakkan barang = Teliti

Apa akan jadi jika anda membangkang soalan 2 ini?

Jika anda membangkang soalan 2 ini pula, jelas menunjukkan anda seorang individu yang mempunyai sikap cuai dalam diri. Dengan membangkang, itu menunjukkan anda sering terlupa di mana anda meletakkan barang.

Kesannya, pendirian anda terhadap soalan 1 dan soalan 2 menjadi bercanggah antara satu sama lain.

Soalan 1: Tenang dalam semua keadaan = Teliti
Soalan 2: Cuai dalam meletakkan barang = Tidak teliti

Ketika ini, pihak SPA menganggap anda individu yang tidak jujur ketika menjawab ujian psikometrik. Kerana psikologi individu yang tidak jujur ialah mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini.

Anda tahu tak kenapa kejujuran ini penting?

Kerana kejujuran ini merupakan salah satu elemen dalam integriti. Dalam kata mudah, individu yang tidak jujur ini merupakan individu yang tidak berintegriti.

Kesannya, peluang untuk lulus ujian menjadi semakin tipis kerana integriti merupakan sikap yang wajid ada dalam setiap penjawat kerajaan.

Jawapan yang sepatutnya anda berikan ialah SETUJU. Jawapan ini dapat membuktikan anda seorang individu yang teliti dan tidak mudah melakukan kecuaian.

Kalau anda perasan, soalan 2 itu merupakan soalan kuiz di atas. Daripada statistik kuiz tu, majoriti calon tidak setuju dengan pernyataan ini.

Ramai calon menganggap meja berselerak itu menunjukkan seseorang pekerja itu tidak berdisiplin, tapi hasil kajian membuktikan sebaliknya.

Saya bagi contoh mudah untuk memudahkan pemahaman anda. Jawatan seorang arkitek memerlukan seorang calon bersifat teliti kerana skop kerja jawatan itu memerlukan perincian dalam setiap plan lukisan mereka.

Tapi, tahukan anda bagaimana rupa sebenar meja kerja seorang arkitek?

Expectation.
Reality.

Anda nampak tak dekat situ, walaupun seorang arkitek itu bersifat teliti, itu tidaklah bermaksud meja kerja mereka akan sentiasa kemas.

Kerana kajian membuktikan, meja kerja yang berselerak hanyalah menunjukkan pekerja itu produktif dalam tugasan sahaja, dan bukannya menunjukkan pekerja itu bersikap negatif.

Soalan ini telah berjaya mengganggu psikologi ramai calon dalam memberikan jawapan. Nampak tak betapa ramai yang dah terjatuh ke dalam jerat psikologi ini.

Anda perlu berhati-hati kerana setiap soalan berkait antara satu sama lain untuk mencungkil sikap sebenar anda yang anda cuba sembunyikan.

Takut Terperangkap?

Saya pasti anda pun tak mahu digagalkan dengan soalan tricky macam ini kan? Sepastinya setiap calon yang mengambil ujian ini nak lulus. Tapi itu tak mudah.

Memang ujian ini dicipta untuk memerangkapkan anda. Kerana salah satu tujuan ujian ini dijalankan ialah ingin mengecilkan jumlah calon ke peringkat temuduga. Cuba anda tengok statistik di bawah ini.

84% gagal setiap kali ujian dijalankan.

Lebih 84% Calon Akan Digagalkan

Jika anda gagal ujian kali ini, anda terpaksa menunggu tahun depan untuk panggilan jawatan yang sama. Umur pun semakin meningkat tahun demi tahun. Terlalu banyak masa dibazirkan untuk menjawat jawatan idaman anda.

10 Kali Ujian Tapi Masih Dukacita..

Anda boleh tengok pada calon ini. Dah 10 kali ambil ujian pun masih lagi gagal. Dah ulangkaji seminggu pun masih lagi gagal. Dah tak tahu kenapa asyik gagal, mungkin belum lagi rezeki katanya.

Calon ini gagal bukanlah disebabkan dia tidak layak. Kerana semua calon yang dipanggil untuk mengambil ujian ini semuanya layak. Mereka layak kerana memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak SPA.

Apa yang saya perasan, kebanyakan mereka ini gagal disebabkan oleh mereka tidak tahu apa sikap yang dinilai dalam setiap soalan yang ditanya. Setiap soalan ada nilai tanggungjawab, nilai kerjasama, nilai yakin diri, nilai menepati masa dan nilai-nilai positif yang lain.

Jadi, anda tak boleh jawab ujian ini tanpa persediaan. Tak boleh mengharapkan kepada nasib semata-mata tanpa ada usaha. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu apa nilai yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Masalahnya sekarang, macam mana nak tahu sikap apa yang cuba dinilai dalam setiap soalan tu?

Saya Syorkan Anda..

Untuk persediaan ujian yang bakal tiba nanti, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini. Dalam buku ini, kami telah jelaskan secara terperinci bagaimana cara yang tepat menjawab soalan psikometrik.

Sila klik butang di bawah ini untuk tempahan. Setiap pembelian melalui website ini layak untuk claim TUJUH BONUS daripada saya. Senarai bonus ada dilampirkan di bahagian bawah.


Dalam buku ini terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan, mudah anda nak faham sikap apa yang diuji disebalik setiap soalan.

Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format ujian psikometrik tahun 2023.

Taklah anda buang masa pergi buat latih tubi soalan-soalan format lama kan. Tapi sempat ke nak studi? Exam dah dekat ni?

Jangan risau, sebab ebook ini dihantar menggunakan emel. Lepas selesai pembayaran, anda boleh download terus dekat emel dan terus boleh baca. Tak sampai 5 minit pun. Tak perlu tunggu-tunggu.

Boleh Lulus Ke?

Usah risau! Tim Infokerjaya dah membantu graduan sejak tahun 2008 lagi. Dah lebih 80,000 graduan dah berjaya mereka bantu. Ribuan jawatan pegawai kerajaan, ribuan dah lulus exam dan lulus temuduga.

Maklum Balas Pembaca.

Ini maklum balas daripada calon exam yang lepas. Anda boleh baca reaksi dia selepas baca rujukan ini.

Mereka Dah Lulus, Kini Giliran Anda.

Saya doakan anda pun dapat keputusan yang sama dengan calon-calon ini. Sila klik butang di bawah untuk download panduan psikometrik ini.

Bonus Untuk Anda

Sebagai nilai tambah kepada pembelian anda agar lebih berbaloi, saya hadiahkan lagi BONUS EXTRA ini khas untuk anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *