Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.

Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.

Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

Kalau senang jadi ramailah yang patut luluskan? Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon.

Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik.

Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.

Tujuan Ujian Psikometrik

Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya.

Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Setahun?

Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.

“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

Ya betul tu. Jika ada 200 kekosongan jawatan, pihak SPA hanya akan meluluskan 2,000 orang calon sahaja. Itu kalau jawatan tu ada banyak kekosongan.

Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 2 kekosongan? Itu bermaksud hanya 20 calon sahaja akan diluluskan oleh pihak SPA.

Calon yang selebihnya itu akan digagalkan di atas alasan tidak menepati ciri-ciri penilaian sesuatu jawatan.

Ujian Psikometrik 199 Soalan

“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?”

Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya. Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, dalam setiap 4 minit anda perlu jawab 10 soalan.

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, soalan psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian.

  • Kepimpinan
  • Kebolehan bersosial
  • Cara berkomunikasi
  • Kerjasama
  • Kestabilan emosi
  • Tahap disiplin diri
  • Kejujuran

Di bawah ini merupakan soalan psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 yang mempunyai elemen penilaian di atas.

Soalan 1: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk tidak mudah berputus asa.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Walaupun saya tahu pejabat pos tutup pada cuti umum, saya tetap akan pergi ke sana untuk mendapatkan kepastian.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 5: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Rasa rasa tercabar apabila ada pekerja bawahan saya mempertikaikan keputusan yang telah saya buat.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 7: Idea saya selalunya datang apabila saya termenung sendirian.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 8: Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Memaafkan seseorang terhadap kesalahan yang berulang adalah perbuatan sia-sia.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 10: Saya suka mengumpul semua pakaian kotor sebelum dicucikan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 11: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 13: Saya akan meminta rakan sekerja untuk menyiapkan tugasan saya sekiranya saya sedang sibuk.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 14: Apabila lagu Negaraku dimainkan, saya akan tengok orang sekeliling dahulu sebelum saya berdiri tegak tanda memberi kehormatan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti

Soalan 17: Kerja secara berkumpulan selalunya banyak perkara yang tidak bersependapat.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 19: Saya selalu menghadiri majlis hari jadi kawan saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Tips Lulus Ujian Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Soalan ujian psikometrik pegawai pembantu penyediaan makanan ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai.

Dalam ujian psikometrik pembantu penyediaan makanan, pihak yang menilai ialah SPA.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik pembantu penyediaan makanan.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, 12 dan soalan 15 di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara dua soalan ini.

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda?

Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 12 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 12 dan 15 ini.

Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah.

Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU.

Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan sangat gemar bersosial.
Soalan 2 = sokong.
Soalan 12 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.

Perwatakan tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang.
Soalan 12 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.

Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 12 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvert dan extrovert sahaja.

Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extrovert, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvert.

Dua golongan perwatakan manusia.

“Cikgu! Antara introvert dengan extrovert, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

Ada sesetengah calon anggap golongan extrovert lah yang paling baik. Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvert dan extrovert saling melengkapi antara satu sama lain.

“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvert dengan extrovert ni cikgu?”

Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan.

Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon ada perwatakan extrovert akan dipilih. J

ika jawatan itu memerlukan tahap ketelitian yang tinggi, calon berperwatakan introvert pula akan dipilih.

Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

Jika dinilai daripada sudut psikologi, individu introvert lebih teliti berbanding individu extrovert.

Individu introvert lebih fokus kepada objektif, manakala individu extrovert pula lebih cenderung kepada keseronokan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Nampah Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon.

Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan.

Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan.

Setuju tak?

Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain?

Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

Telegram Rasmi Psikometrik 2023

Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.

Kuiz Psikometrik

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawat awam.

Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.

Rekemendasi Daripada Cikgu

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus kepada 18 elemen penilaian dalam ujian psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.

“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna”

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.

Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

Bonus Untuk Anda

Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu.

Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *