Contoh Soalan Penolong Kurator S29 Peperiksaan Online

Korang mencari contoh soalan Penolong Kurator S29? Kini korang berada di website yang tepat. Tapi sebelum itu, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Saya lebih dikenali sebagai Cikgu Khairul dikalangan rakan-rakan saya.

Cikgu pasti korang semua mesti dapat panggilan untuk ambil exam online Penolong Kurator S29 kan? Kalau tak, takdanya korang nak google lepas tu jumpa blog cikgu ini. Cikgu agak mesti korang tengah serabut kepala nak cari contoh soalan Penolong Kurator S29 kan?

Aik! Macam tahu-tahu jer ni cikgu!

Bukan apa, apa yang korang rasa sekarang ini cikgu dah pernah lalui dah dulu. Setiap kali ada panggilan exam, setiap kali itulah cikgu jadi serabut kepala nak buat persediaan.

Maklumlah kan, semua topik yang ditanya dalam exam semuanya dah ingat-ingat lupa. Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan Penolong Kurator S29 yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.

Cikgu harap dengan perkongsian cikgu yang tak seberapa ini boleh memberikan gambaran sebenar korang bagaimana contoh soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Tahap Soalan Exam Online Penolong Kurator S29

Untuk contoh soalan exam online Penolong Kurator gred S29, ada dua seksyen soalan yang bakal keluar exam nanti. Iaitu seksyen daya menyelesaikan masalah dan juga seksyen kefahaman bahasa inggeris.

Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?

Berdasarkan pengalaman cikgu sebelum ini, boleh cikgu katakan bahawa kesukaran soalan yang ditanya hanyalah tahap SPM. Lagi-lagi soalan yang berkaitan dengan matematik dan bahasa inggeris.

Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..

Ya memang kacang pun. Tapi apabila soalan diuji dengan melibatkan masa menjawab yang suntuk, memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu. Sampaikan satu tambah dua pun ada calon kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katanya.

Kepada korang yang dah lama tinggal silibus SPM tu, naik pening jugak lah kepala nak buat ulangkaji balik. Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Penolong Kurator S29 kepada korang. Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu korang dalam persediaan exam nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Kurator S29

Terdapat tiga penilaian yang ditanya di dalam seksyen daya menyelesaikan masalah. Tiga penilaian yang ditanyakan kepada calon exam ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.

Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?

Ya! Memang banyak pun. Kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau. Soalan pasal logik ini lebih kepada soalan pemikiran diluar kotak.

Soalan-soalan ini memang dirangka supaya korang perah sikit otak ketika menjawab soalan exam tu. Taklah korang datang exam lenggang kangkung jer. Tahu lah masa SPM dulu banyak subjek korang skor.. haha..

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data

Jadi data apa yang perlu ditafsir tu cikgu? Tak sabar pulak rasanya kitorang nak menuntut ilmu tafsir-mentafsir ni..

Kalau dulu kita pernah kan selesaikan masalah yang soalannya bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.
Selalunya kita akan jumpa soalan-soalan ini dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Ingat lagi tak?

Cikgu harap korang ingat lagi, maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan.

Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini. Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan Penolong Kurator S29 kemahiran mentafsir data ini.

contoh soalan Penolong Kurator S29 1

1. Carta di atas menunjukkan jualan 2 jenis motosikal. Berapakah peratus jualan bulan April bagi motosikal jenis R berbanding dengan jumlah jualan kedua-dua jenis motosikal bagi 4 bulan berkenaan.

A. 16.13 %
B. 16.67 %
C. 17.24 %
D. 20.00 %

Jawapan yang tepat ialah 16.67%

contoh soalan Penolong Kurator S29 3

2. Piktograf dalam jadual di atas menunjukkan jualan kereta bagi sebuah syarikat untuk 3 bulan tertentu. Jumlah jualan pada bulan Mei tidak ditunjukkan. Jualan kereta pada bulan Mei adalah 60% kurang berbanding jualan pada bulan April. Jika maklumat dalam piktograf di atas diwakili oleh sebuah carta pai, kira sudut sektor yang mewakili jumlah kereta yang dijual pada bulan Mei.

A. 25⁰
B. 36⁰
C. 50⁰
D. 90⁰

Jawapan yang tepat ialah 90⁰

Contoh Soalan Konsep Matematik

Jenis soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

Ermm.. konsep matematik ini macam mana pula cikgu?

Dulu masa SPM kan kita ada belajar banyak subtopik dalam subjek matematik. Tapi itulah, soalan yang melibatkan konsep matematik ini akan menjadikan skop soalan menjadi luas.

Banyak soalan boleh ditanyakan dalam seksyen konsep matematik ini. Contohnya seperti geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi. Kalau nak tahu lebih, korang kenalah buka balik nota matematik.

Jom cikgu tunjukkan contoh soalan Penolong Kurator S29 daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.

contoh soalan Penolong Kurator S29 4

1. Rajah di atas menunjukkan seorang lelaki berdiri di atas sebuah pentas mengufuk. Titik P, Q dan R terletak pada satah mencancang yang sama. Sudut tunduk titik R dari aras matanya bila dia berada di P dan Q adalah masing-masing 61° dan 29°. Diberi jarak mengufuk titik R dari tapak pentas adalah 5 m. Hitung jarak, dalam m, bagi PQ.

A. 2.77
B. 11.27
C. 16.27
D. 21.27

Jawapan yang tepat ialah 11.27

2. Ungkapkan (8³ + 40) ÷ 8 kepada satu nombor dalam asas lapan.

A. 105
B. 115
C. 205
D. 215

Jawapan yang tepat ialah 105

contoh soalan Penolong Kurator S29 5

3. Jadual dia atas menunjukkan satu tinjauan bagaimana pelajar-pelajar datang ke sekolah setiap hari. Cari kebarangkalian bahawa pelajar datang ke sekolah menggunakan kereta atau motosikal.

A. 7/16
B. 9/16
C. 13/40
D. 9/80

Jawapan yang tepat ialah 7/16

contoh soalan Penolong Kurator S29 6

4. Senaraikan semua integer x yang memuaskan kedua-dua ketaksamaan linear serentak di dalam rajah di atas.

A. 3, 4, 5
B. 2, 3, 4, 5
C. 3, 4, 5, 6
D. 2, 3, 4, 5, 6

Jawapan yang tepat ialah 3, 4, 5, 6

contoh soalan Penolong Kurator S29 7

5. Cari nilai x

A. –1
B. –3
C. 3
D. 6

Jawapan yang tepat ialah 3

Macam mana sekarang? Korang masih okey ke dengan contoh soalan konsep matematik Penolong Kurator S29 ini? Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 10 peratus je. Selebihnya tu korang kenalah ulangkaji sendiri, jangan malas-malas okey.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik.

Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?

Dalam cabang ini, korang nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer. Ada soalan tu tak melibatkan nombor langsung, 100% bergantung kepada logik akal jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Korang akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian korang perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan Penolong Kurator S29 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

contoh soalan Penolong Kurator S29 8

1. Perhatikan jadual di atas, apakah huruf yang berikutnya?

A. B
B. D
C. K
D. M

Jawapan yang tepat ialah D iaitu ? = D

2. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

Jawapan yang tepat ialah 4

contoh soalan Penolong Kurator S29 9.jpg

3. Berdasarkan jadual di atas, apakah nilai yang mungkin bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

Jawapan yang tepat ialah 25

Macam mana sekarang? Okey tak soalan penyelesaian menggunakan logik ini? Walaupun soalan dia pendek saje, tapi korang kena berfikir di luar kotak untuk menyelesaikannya.

Berdasarkan respon daripada calon yang pernah ambil exam SPA, kebanyakan mereka akan menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan soalan ini.

Kalau korang nak tahu, contoh soalan logik Penolong Kurator S29 ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.. haha..

Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Kurator S29

Cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..

Ada dua perkara jer yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini. Pertama, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kedua ialah kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Lagipun subjek bahasa inggeris ini merupakan subjek favorite cikgu.. oppss!

Contoh Soalan Grammar Bahasa Inggeris Penolong Kurator S29

Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.

  • Pronoun (kata ganti)
  • Noun (kata benda)
  • Verb (kata kerja)
  • Adjective (kata keterangan)
  • Adverb (kata keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (kata depan)
  • Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.

Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.

Let’s go…

Contoh Soalan Pronoun

Pronoun atau kata ganti digunakan untuk menggantikan kata benda untuk orang atau benda. Contohnya seperti I, me, mine, dan myself.

Contoh soalan pronoun Penolong Kurator S29 seperti berikut:

1. One of ______ has to take the responsibility for setting up the experiment.
their

A. their
B. us
C. your
D. me

Jawapan yang tepat ialah us.

2. We have already filled in ______ application forms but Mary is still trying to complete ______ .

A. my, her
B. ours, her
C. her, your
D. our, hers

Jawapan yang tepat ialah our, hers.

3. ______ has got a packed lunch, a torchlight and a waterproof coat, haven’t ______ ?

A. Everybody, they
B. Everywhere, it
C. No one, you
D. Someone, we

Jawapan yang tepat ialah Everybody, they.

Contoh Soalan Collective Noun

Collective noun atau penjodoh bilangan selalu digunakan untuk menamakan sekumpulan manusia, benda, dan haiwan. Contoh collective noun ialah seperti, a brood of chickens.

Berdasarkan exam online sebelum ini, kebanyakan soalan pasal collective noun selalunya keluar pasal haiwan. Jadi korang boleh fokus pasal collective noun untuk haiwan jer.

Contoh soalan collective noun Penolong Kurator S29 seperti berikut:

1. I had to run inside because a ______ of bees suddenly appeared in the garden.

A. swarm
B. school
C. pack
D. flock

Jawapan yang tepat ialah swarm.

2. I had a horrible nightmare last night. I was walking in the forest when a ______ of wolves started chasing me.

A. school
B. pack
C. flock
D. swarm

Jawapan yang tepat ialah pack.

3. We were on a cruise around the Caribbean when a ______ of dolphins started following the ship.

A. school
B. pack
C. herd
D. swarm

Jawapan yang tepat ialah school.

Contoh Soalan Verb

Verb atau kata kerja selalu digunakan dalam menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh subjek, peristiwa atau keadaan.

Verb ini banyak pecahannya. Kalau korang masih korang masih ingat, dekat sekolah dulu kita selalu dengar cikgu bahasa inggeris mengajar tentang present tense dan past tense kan. Ha’a, itulah merupakan cabang verb.

Contoh soalan verb Penolong Kurator S29 seperti berikut:

1. We ______ three major snowstorms so far this winter. I wonder how many more we will have.

A. are having
B. have
C. have had
D. has

Jawapan yang tepat ialah have had.

2. When a group ______ to a new country, its members ______ that they have to modify their way of life, including their celebrations of significant events.

A. will immigrate, find
B. immigrated, would find
C. are immigrating, will be found
D. immigrate, find

Jawapan yang tepat ialah immigrate, find.

3. As soon as there ______ even a temporary break in the weather the climbers ______ their attempt to reach the summit.

A. is, will renew
B. was, renew
C. will be, renewed
D. is, renewed

Jawapan yang tepat ialah is, will renew.

Contoh Soalan Adjective

Adjective atau dikenali juga sebagai kata sifat merupakan kata yang menerangkan kata benda atau kata ganti. Contoh adjective ialah seperti, she ate the whole bread. Kata sifat di dalam ayat ini ialah whole.

Contoh soalan adjective Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

1. I see the smartest student ______ studies in this school.

A. who
B. which
C. whom
D. whose

Jawapan yang tepat ialah who.

2. The book ______ the cover is red is about history.

A. that
B. whose
C. which
D. of which

Jawapan yang tepat ialah of which.

3. The girl ______ parents pass away is an orphan.

A. that
B. whose
C. who
D. whom

Jawapan yang tepat ialah whose.

Contoh Soalan Adverb

Adverb atau dikenali juga sebagai kata keterangan. Ianya digunakan untuk menerangkan kata kerja dan kata sifat. Contoh adverb ialah seperti, the fighters fight bravely. Kata keterangan bagi menunjukan sifat fight di dalam ayat ini ialah bravely.

Contoh soalan adverb Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

1. Jessica usually listens to music ______ she does her homework.

A. because
B. but
C. when
D. so

Jawapan yang tepat ialah when.

2. ______ you finish your homework, please mop the floor for me.

A. so
B. when
C. because
D. after

Jawapan yang tepat ialah after.

3. ______ their German was very bad, they could communicate with the shop assistant.

A. so
B. since
C. because
D. although

Jawapan yang tepat ialah although.

Contoh Soalan Determiner

Determiner merupakan kata yang ditempatkan di depan kata benda yang bertujuan untuk membatasi maksud kata benda. Contoh determiner yang ialah, the, a, an, some, many dan banyak lagi.

Contoh soalan determiner Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

1. Our yard looks awful this summer. There are too ______ weeds.

A. much
B. many
C. several
D. a few

Jawapan yang tepat ialah many.

2. I can’t help you. I know ______ about this matter.

A. much
B. a little
C. the little
D. little

Jawapan yang tepat ialah little.

3. There are ______ students in college because today is holiday.

A. few
B. many
C. a few
D. all

Jawapan yang tepat ialah few.

Contoh Soalan Preposition

Preposition atau kata depan selalu digunakan di depan kata benda atau kata ganti. Ianya bertujuan untuk menunjukkan arah atau waktu dengan kata benda. Contoh preposition yang selalu digunakan ialah seperti, at, in, by dan on.

Contoh soalan preposition Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

1. Dr. Esther has carried ______ an research about how to make students enjoy learning English.

A. with
B. on
C. up
D. out

Jawapan yang tepat ialah out.

2. In the wake ______ SARS crisis, many people changed their selfish ways.

A. with
B. from
C. of
D. for

Jawapan yang tepat ialah of.

3. We are ______ the same roof. We should take care of each other.

A. in
B. on
C. under
D. above

Jawapan yang tepat ialah under.

Contoh Soalan Conjunction

Conjunction atau kata hubung digunakan dalam menghubungkan kata, ayat atau perenggan. Contoh conjunction yang biasa digunakan ialah seperti, for, and, or, so, dan banyak lagi.

Contoh soalan conjunction Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

1. Tsunami is ______ a great disaster that life creatures can be destroyed.

A. such
B. because
C. so
D. when

Jawapan yang tepat ialah such.

2. We’d fly today ______ there were no delay.

A. though
B. neither
C. whether
D. if

Jawapan yang tepat ialah if.

3. She wanted to drive to Jakarta, ______ her husband insisted on flying.

A. or
B. when
C. and
D. but

Jawapan yang tepat ialah but.

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Penolong Kurator S29

Mudah jer kan grammar tu? Dalam memahami text bahasa inggeris pula, korang bakal diuji dengan kebolehan memahami apa yang text korang baca. Tak perlu tahu grammar pun boleh jawab. Tapi korang kenalah faham apa yang nak disampaikan apa yang tertulis dalam text tu.

Contoh Soalan Memahami Text Pendek Bahasa Inggeris

Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan korang untuk memahami text.

Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

contoh soalan Penolong Kurator S29 10

1. From the poster above, we learned that shoppers in Greentown Shopping Mall should

A. Sanitize regularly before shaking hands.
B. Put on a mask, except when they are not feeling well.
C. Always be at the right state of mind to shop with ease.
D. Use elbow to cover their nose and mouth when coughing.

Jawapan yang tepat ialah use elbow to cover their nose and mouth when coughing.

contoh soalan Penolong Kurator S29 11

2. Sarah and her family are going to Wau Museum this Saturday. They must be there by

A. 7.00 pm.
B. 6.30 pm.
C. 6.00 pm.
D. 5.30 pm.

Jawapan yang tepat ialah 5.30 pm.

contoh soalan Penolong Kurator S29 12

3. From the advertisement we know that

A. The electronic products are sold at the discounted price until 31st August 2020.
B. Customers can save RM100 when they buy the products at the special prices.
C. The products can be bought at a cheaper price while there is stock.
D. Customers need to spend RM100 in a single receipt to buy the products at a special price.

Jawapan yang tepat ialah customers need to spend RM100 in a single receipt to buy the products at a special price.

Contoh Soalan Memahami Text Panjang Bahasa Inggeris

Selain daripada penyataan pendek seperti di atas, korang juga akan diuji dalam kebolehan memahami keseluruhan text panjang. Tak seperti text yang pendek tadi, text yang panjang ini memerlukan korang memahami keseluruhan karangan.

Kalau korang sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara anda memahami text. Apabila anda tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal anda pilih nanti.

Contoh soalan memahami text panjang bahasa inggeris Penolong Kurator S29 adalah seperti berikut:

Read and answer.

Dear Editor,
I would like to complain about the traffic jams in Taman Bahagia. Motorists who park in front of Tandem Mall and Superbest Hypermarket have caused congestion at this area. The jam often happens at the narrowed road in the area. Another reason is people do not follow the exact traffic rules, hence it causes other motorists to be stuck on the roads. This had led to people not being able to reach their destination on time and miss appointments. I hope the council can play its part in tackling this problem.
Annoyed Shopper

1. What is Annoyed Shopper complaining about?

A. The narrowed road in the area.
B. Bad habits of some irresponsible motorists.
C. The local council work ethics at Taman Bahagia.
D. Shoppers unable to reach their destination on time.

Jawapan yang tepat ialah Bad habits of some irresponsible motorists.

Read and answer.

KUALA LUMPUR — Most places in Malaysia were given a breather from the haze after the rain yesterday. More rains are expected in the coming weeks. Meteorological Department said with the change of wind directions and more downpours, it is very unlikely the haze will worsen.

2. From the extract, we know the condition of the haze in Malaysia is

A. progressing.
B. improving.
C. advancing.
D. increasing.

Jawapan yang tepat ialah improving.

Read and answer.

The Lockitron Wireless Door Lock & App “You have just boarded a plane, and the inevitable fear hits; did you leave the front door unlocked? Instead of dialling your next-door neighbour, use the Lockitron wireless door lock and app to lock your door from afar. Simply click the icon on your phone and you can fly in peace.”

3. Based on the advertisement above, The Lockitron Wireless Door Lock & App is useful to

A. lock your door from distance using the phone app.
B. know whether your front door has been locked or not.
C. wirelessly dial your next-door neighbour from a plane.
D. board a plane from afar and fly in peace using your phone.

Jawapan yang tepat ialah lock your door from distance using the phone app.

Cikgu Ni Siapa Sebenarnya?

Ha’a lah, dari awal lagi kitorang nak tanya, cikgu siapa sebenarnya. Concern sangat siap bagi contoh soalan Penolong Kurator S29 kat kitorang ni.

Cikgu ni bukan sapa-sapa pun. Korang jangan fikir cikgu ni orang SPA pulak. Semua contoh soalan Penolong Kurator S29 yang cikgu kongsikan ini hanyalah pengalaman cikgu sendiri dalam mengambil exam online SPA. Ambil exam dan lulus okey.. ehem.. ehemm..

Soalan Exam Susah Tak Setimpal Jawatan?

Cuba korang tengok dekat page facebook SPA. Rata-rata banyak yang complain soalan yang keluar exam online tu susah. Rasa macam tak setimpal tahap soalan yang ditanya dengan jawatan yang dipohon.

Sebenarnya, ramai yang tak faham apa objektif exam online diadakan. Ramai yang sangka exam online ini untuk menguji kepandaian calon. Cikgu tak cakap salah. Tapi tujuan paling utama exam online ini dilakukan adalah untuk menapis sebanyak mungkin calon ke peringkat seterusnya.

Kalau SPM dulu, ianya diadakan untuk melahirkan bijak pandai. Tapi exam SPA ini bukan exam SPM. Kalau boleh mereka nak calon yang lepas ke peringkat seterusnya ini dalam bilangan yang kecil.

Jadi mudahlah sesi temuduga dilakukan sekiranya calon yang layak dalam bilangan yang kecil. Korang faham tak kat situ? Tak ada guna pun kalau korang nak complain exam susah ke apa, sebab itu memang objektif exam ini dilakukan. Apa yang boleh korang lakukan adalah buat persediaan serapi mungkin untuk hadapi exam.

Rekemendasi Daripada Cikgu

Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini je cikgu buat, iaitu buat latih tubi. Contoh fokus pada soalan Penolong Kurator S29 yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah contohnya, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.

Untuk latih tubi, cikgu syorkan korang dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Penolong Kurator S29 sahaja.

rujukan peperiksaan Penolong Kurator S29

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi korang taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa korang pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau korang beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau korang fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Penolong Kurator S29 tu nanti. Buang masa korang jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Penolong Kurator S29 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Korang kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak korang lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Penolong Kurator S29 dapat membantu korang semua nanti. Cikgu doakan agar korang semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *