Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 Peperiksaan Online

Korang mencari contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29? Kini anda berada di blog yang tepat. Tapi sebelum itu, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Saya lebih dikenali sebagai Cikgu Khairul dikalangan rakan-rakan saya.

Biar cikgu teka dulu, korang mesti dapat panggilan untuk mengambil exam online Penolong Penguasa Kastam WK29 kan?

Aikk?? Macam tau-tau jer ni cikgu!

Eleh… Kalau korang tak dipanggil exam tu, takdanya korang nak google pasal contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 tu kan? Samalah macam cikgu dulu. Bila cikgu dapat emel panggilan untuk ambil exam, setiap kali itulah cikgu jadi kelam kabut nak cari contoh soalan.

Al-maklumlah, semua topik yang bakal masuk dalam exam nanti dah ingat-ingat lupakan. Semua topik tu dah lama dah kan kita tinggal.. okey-okey..

Ataupun ada antara korang dekat sini yang pertama kali nak ambil exam online SPA ni? Usah risau, sebab artikel ini khas cikgu tulis untuk korang. Artikel pasal contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 yang bakal keluar dalam exam SPA nanti.

Cikgu harap dengan perkongsian cikgu ini boleh memberikan gambaran sebenar korang bagaimana rupa soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Tahap Kesusahan Soalan Penolong Penguasa Kastam WK29

Untuk contoh soalan exam online Penolong Penguasa Kastam WK29 pada 18 November nanti, terdapat dua seksyen yang akan ditanya kepada korang. Seksyen pertama ialah seksyen daya menyelesaikan masalah dan seksyen kedua ialah seksyen kefahaman bahasa inggeris.

Cikgu! Susah tak soalan exam tu nanti?

Berdasarkan pengalaman cikgu dalam menjawab exam online SPA, cikgu boleh simpulkan tahap kesukaran soalan yang ditanya itu hanyalah tahap SPM. Terutamanya soalan-soalan yang melibatkan matematik dan bahasa inggeris.

Laa… tahap SPM je ke cikgu? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..

Kacang pun kacang jugak. Korang kena ingat, masa menjawab yang diberikan cukup-cukup jer untuk korang jawab. Memang berpeluh jugak la cikgu dulu masa tengah jawab soalan-soalan tu. Sampaikan satu tambah dua pun cikgu kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katakan… fuhh…

Kepada korang yang dah lama tinggal silibus SPM tu, naik serabut kepala jugak lah nak buat ulangkaji balik. Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 kepada korang. Cikgu harap dengan perkongsian cikgu yang tak seberapa ini dapat meringankan keserabutan kepala korang tu.. tiber..

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Kastam WK29

Dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, terdapat tiga pecahan seksyen yang diuji kepada calon. Tiga pecahan seksyen itu ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.

Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?

Takpa pun banyak. Sebab kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu tahap soalannya SPM jer. Tapi pecahan kemahiran pemerhatian dan logik tu tak ada dalam silibus SPM tau.

Soalan logik sengaja diorang buat nak bagi korang semua perah otak sikit masa nak jawab soalan tu. Takdalah ambil exam online lengkang kangkung jer kan. Tahu la masa SPM dulu korang skor banyak subjek.. haha..

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data

Cikgu! Data pasal apa nak kena tafsir tu?

Mesti korang akan ingat soalan tafsir data ni kalau cikgu bagi contoh. Alaa… kan dulu mesti korang pernah kan jumpa soalan bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.

Selalunya kita akan jumpa soalan-soalan ini dalam subjek matematik. Kalau pasal data taburan hujan tu pulak mesti korang pernah jumpa dalam subjek geografi kan?

Harap-harap korang ingat lagi, maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Ingat-ingat lupa gitu kan. Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini.

Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 kemahiran mentafsir data ini.

1. Rajah di atas ialah piktogram yang menunjukkan bilangan murid tingkatan empat yang lulus dalam suatu ujian matematik. Diberi bahawa 20% daripada jumlah bilangan murid tingkatan empat gagal dalam ujian matematik itu. Hitung jumlah bilangan murid tingkatan empat.

A. 144
B. 150
C. 216
D. 600

Jawapan yang tepat ialah 150

2. Rajah di atas ialah carta bar yang menunjukkan bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi oleh Rumah Biru dan Rumah Kuning. Bagi kiraan mata, pingat emas akan diberi 5 mata, pingat perak 3 mata dan pingat gangsa diberi 2 mata. Hitung beza jumlah mata antara Rumah Biru dan Rumah Kuning.

A. 6
B. 8
C. 28
D. 80

Jawapan yang tepat ialah 8.

3. Dalam rajah di atas ialah carta pai yang menunjukkan jumlah yang dibelanjakan untuk tiga jenis pakaian di sebuah butik pada suatu hari tertentu. Jumlah perbelanjaan blaus pada hari itu ialah RM180. Hitung jumlah perbelanjaan baju kebaya pada hari itu, dalam RM.

A. 40
B. 120
C. 135
D. 180

Jawapan yang tepat ialah 135.

contoh soalan penolong penguasa kastam wk29 14

4. Jadual di atas menunjukkan data yang diperoleh daripada satu kaji selidik ke atas 80 orang pembaca majalah. Rajah 1 ialah gambar rajah Venn yang mewakili sebahagian maklumat dalam Jadual 2 di atas. Cari bilangan pembaca yang membaca majalah sukan atau kesihatan dan juga majalah hiburan.

A. 10
B. 15
C. 17
D. 19

Jawapan yang tepat ialah 19

Macam mana? Okey tak contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 mentafsir data tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu. Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir, macam soalan nombor 4 tu.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Cabang soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

Ermm.. soalan konsep matematik ini macam mana pula cikgu?

Kalau korang nak tahu, soalan pasal konsep matamatik ni luas tau. Bermacam-macam bentuk soalan boleh ditanya dalam subseksyen ni. Kalau SPM dulu, antara subtopik yang berada dalam subjek matematik ialah geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi.

Itu kenalah korang bukak balik nota matematik. Kalau cikgu nak senaraikan semua mungkin panjang lagi kot cikgu kena taip. Jom cikgu tunjukkan contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.

1. Sebuah lori membawa 1,200 kotak strawberi dimana setiap kotak mengandungi 2,550 biji strawberi. Cari bilangan strawberi yang dibawa oleh lori itu.

A. 3.06 x 10⁶
B. 3.6 x 10⁶
C. 3.06 x 10⁷
D. 3.6 x 10⁷

Jawapan yang tepat ialah 3.06 x 10⁶

2. Hitung operasi di atas dan berikan jawapan sebagai satu nombor dalam asas lima.

A. 41
B. 42
C. 43
D. 44

Jawapan yang tepat ialah 42.

3. Dalam rajah di atas, AB dan RS ialah dua batang tiang tegak yang terletak pada satu permukaan mengufuk. Sudut tunduk puncak R dari puncak A ialah 30°. Hitung tinggi, dalam meter bagi tiang RS.

A. 13.85
B. 31.14
C. 35.76
D. 37.00

Jawapan yang tepat ialah 35.76

4. Senaraikan semua integer k yang memuaskan ketaksamaan linear di atas.

A. -1, 0, 1, 2, 3
B. 0, 1, 2, 3
C. 2, 3, 4
D. 2, 3

Jawapan yang tepat ialah 2, 3

5. Rajah di atas menunjukkan sebuah papan yang ditulis dengan nombor-nombor di atasnya. Seorang pemuda membaling damak secara rawak ke papan tersebut. Cari kebarangkalian damak tersebut kena pada nombor dengan hasil tambah dua digit adalah nombor genap.

A. 11/16
B. 7/16
C. 9/16
D. 3/16

Jawapan yang tepat ialah 11/16

Macam mana sekarang?

Masih okey tak contoh soalan konsep matematik Penolong Penguasa Kastam WK29 ini? Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya sepuluh peratus je.

Selebihnya tu korang kenalah studi sendiri, jangan malas-malas okey.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik.

Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?

Dalam cabang ini, korang nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Korang akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian korang perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

1. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

Jawapan yang tepat ialah 4.

2. Apakah nilai selayaknya bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

Jawapan yang tepat ialah 25

3. Perhatikan jadual di atas, apakah abjad yang mungkin pada kotak yang bertanda soal itu?

A. B
B. D
C. K
D. M

Jawapan yang tepat ialah ? = D

Korang okey tak tu? Alaa… soalan ni pendek je pun.

Soalan pendek tapi kena guna logik untuk menjawab soalan seperti ini. Berdasarkan kepada exam yang lepas, ramai calon akan menghabiskan banyak masa untuk menjawab soalan berkaitan dengan logik ini.

Kalau korang nak tahu, contoh soalan logik Penolong Penguasa Kastam WK29 ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini rasa macam tak boleh berfikir. Tiba-tiba jer rasa blur.. haha..

Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Penguasa Kastam WK29

Cikgu! Apa yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini?

Dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling mudah nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Tak seperti seksyen daya menyelesaikan masalah, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Lagipun subjek bahasa inggeris ini subjek favorite cikgu sejak sekolah lagi cikgu.. oppss!

Okey cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..

Dalam seksyen bahasa inggeris, ada dua cabang soalan yang bakal ditanya. Pertama sekali, soalan berkaitan dengan grammar. Yang kedua pula soalan berkaitan dengan kebolehan memahami text karangan dalam bahasa inggeris.

Contoh Soalan Grammar Penolong Penguasa Kastam WK29

Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.

  • Pronoun (kata ganti)
  • Noun (kata benda)
  • Verb (kata kerja)
  • Adjective (kata keterangan)
  • Adverb (kata keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (kata depan)
  • Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.

Ala rilek la.. Mudah je pun… Celah jari jer ni.. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.

Let’s go…

Contoh Soalan Pronoun

Pronoun atau kata ganti digunakan untuk menggantikan kata benda untuk orang atau benda. Contohnya seperti I, me, mine, dan myself.

Contoh soalan pronoun Penolong Penguasa Kastam WK29 seperti berikut:

1. My brother is an architect ______ designed my house.

A. She
B. They
C. He
D. You

Jawapan yang tepat ialah he.

2. We wanted to come on time, but ______ bus was delayed.

A. Its
B. Our
C. Ours
D. Your

Jawapan yang tepat ialah our.

3. Look at the cat overthere. ______ is very funny.

A. They
B. She
C. It
D. Its

Jawapan yang tepat ialah it.

Contoh Soalan Collective Noun

Collective noun atau penjodoh bilangan selalu digunakan untuk menamakan sekumpulan manusia, benda, dan haiwan. Contoh collective noun ialah seperti, a brood of chickens.

Untuk soalan berkaitan dengan collective noun ini, cikgu syorkan agar korang fokus collective noun bagi haiwan. Sebabnya, cikgu perhatikan banyak soalan berkaitan dengan haiwan yang selalu keluar exam.

Contoh soalan collective noun Penolong Penguasa Kastam WK29 seperti berikut:

1. The messages were carried by a ______ of pigeons.

A. herd
B. brood
C. flock
D. litter

Jawapan yang tepat ialah flock.

2. We sat on the hill and watched a ______ of goats passing by.

A. flock
B. pack
C. school
D. string

Jawapan yang tepat ialah flock.

3. There was a large ______ of deer at the zoo.

A. flock
B. herd
C. pack
D. leap

Jawapan yang tepat ialah herd.

Contoh Soalan Verb

Verb atau kata kerja selalu digunakan dalam menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh subjek, peristiwa atau keadaan.

Verb ini banyak pecahannya. Kalau korang masih korang masih ingat, dekat sekolah dulu kita selalu dengar cikgu bahasa inggeris mengajar tentang present tense dan past tense kan. Ha’a, itulah merupakan cabang verb.

Contoh soalan verb Penolong Penguasa Kastam WK29 seperti berikut:

1. You can’t stop some people ______ what they want to do.

A. do
B. does
C. did
D. doing

Jawapan yang tepat ialah doing.

2. I didn’t mean ______ you. I’m sorry.

A. upset
B. upsetting
C. upsetted
D. to upset

Jawapan yang tepat ialah to upset.

3. We spent the summer ______ around Europe.

A. travels
B. travelling
C. travelled
D. to travel

Jawapan yang tepat ialah travelling.

Contoh Soalan Adjective

Adjective atau dikenali juga sebagai kata sifat merupakan kata yang menerangkan kata benda atau kata ganti.

Contoh adjective ialah seperti, she ate the whole bread. Kata sifat di dalam ayat ini ialah whole.

Contoh soalan adjective Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

1. My students’ sleepless nights became ______ as the finals approached.

A. so frequently
B. more frequent
C. as frequent
D. much more frequently

Jawapan yang tepat ialah more frequent.

2. The plot of the novel was ______ it was completely incomprehensible.

A. more complicated
B. such complicated
C. so complicated that
D. much more complicated than

Jawapan yang tepat ialah so complicated that.

3. According to the recent election’s results, the Democrats are ______ of the four main political parties.

A. the smaller
B. smallest
C. much smaller
D. the smallest

Jawapan yang tepat ialah the smallest.

Contoh Soalan Adverb

Adverb atau dikenali juga sebagai kata keterangan. Ianya digunakan untuk menerangkan kata kerja dan kata sifat.

Contoh adverb ialah seperti, the fighters fight bravely. Kata keterangan bagi menunjukan sifat fight di dalam ayat ini ialah bravely.

Contoh soalan adverb Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

1. Violet goes to bed ______ than anyone I know.

A. the most early
B. the earliest
C. earlier
D. more early

Jawapan yang tepat ialah earlier.

2. Mary speaks ______ than Max does.

A. quicklier
B. more quickly
C. most quickly
D. quickliest

Jawapan yang tepat ialah to quicklier.

3. Mike played ______ than any other player on the team.

A. best
B. better
C. more better
D. most better

Jawapan yang tepat ialah better.

Contoh Soalan Determiner

Determiner merupakan kata yang ditempatkan di depan kata benda yang bertujuan untuk membatasi maksud kata benda. Contoh determiner yang ialah, the, a, an, some, many dan banyak lagi.

Contoh soalan determiner Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

1. There is ______ pen on ______ table.

A. a, the
B. an, the
C. the, a
D. the, an

Jawapan yang tepat ialah a, the.

2. There are ______ students in college because today is holiday.

A. few
B. many
C. a few
D. all

Jawapan yang tepat ialah to few.

3. I can’t help you. I know ______ about this matter.

A. much
B. a little
C. the little
D. little

Jawapan yang tepat ialah little.

Contoh Soalan Preposition

Preposition atau kata depan selalu digunakan di depan kata benda atau kata ganti. Ianya bertujuan untuk menunjukkan arah atau waktu dengan kata benda. Contoh preposition yang selalu digunakan ialah seperti, at, in, by dan on.

Contoh soalan preposition Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

1. When I got the other side, I climbed ______ the lake and lay in the sun.

A. around
B. along
C. down
D. up

Jawapan yang tepat ialah up.

2. There was a path next to the river and a bridge over the river. I started walking ______ the path next to the river.

A. up
B. along
C. into
D. in

Jawapan yang tepat ialah along.

3. We got ______ the car and ran ______ the building.

A. over, into
B. out, into
C. out of, into
D. down, over

Jawapan yang tepat ialah out of, into.

Contoh Soalan Conjunction

Conjunction atau kata hubung digunakan dalam menghubungkan kata, ayat atau perenggan. Contoh conjunction yang biasa digunakan ialah seperti, for, and, or, so, dan banyak lagi.

Contoh soalan conjunction Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

1. Tsunami is ______ a great disaster that life creatures can be destroyed.

A. such
B. because
C. so
D. when

Jawapan yang tepat ialah such.

2. She wanted to drive to Jakarta, ______ her husband insisted on flying.

A. or
B. when
C. and
D. but

Jawapan yang tepat ialah but.

3. ______ a bad weather, the fly to New York was cancelled.

A. Because
B. Due to
C. When
D. Since

Jawapan yang tepat ialah Due to.

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Penolong Penguasa Kastam WK29

Dalam seksyen memahami text bahasa inggeris, terdapat dua pecahan soalan yang ditanyakan kepada calon exam. Pecahan itu ialah kebolehan memahami text pendek dan kebolehan memahami text panjang.

Contoh Soalan Memahami Text Pendek Bahasa Inggeris

Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan korang untuk memahami text.

Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

1. From the newspaper headline above, we can conclude that

A. The tennis player has won numerous tournaments.
B. Nadal will play the wild card in the Argentina Open.
C. The tennis player has been invited to play in the Argentina Open
D. Nadal will play in the Argentina Open without going through the qualifying rounds.

Jawapan yang tepat ialah Nadal will play in the Argentina Open without going through the qualifying rounds.

2. From the comic strip above, we can say that the grandfather is

A. In denial.
B. Strong and healthy.
C. Loves his grandchild.
D. Able to do things on his own.

Jawapan yang tepat ialah in denial.

Read and answer.

Olympia in Greece is the home of the ancient games – the venue for the torch lighting ceremony and relays for every winter and summer Olympics since the 1936 Berlin Games.

3. Based on the text above, Olympia is best known for being the

A. Capital city of Greece.
B. Home of the every Olympic games.
C. Venue for the 1936 Berlin Games.
D. Place for the torch lighting ceremony.

Jawapan yang tepat ialah Place for the torch lighting ceremony.

Contoh Soalan Memahami Text Panjang Bahasa Inggeris

Read and answer.

Dear Editor,
Minecraft, I realised, was something I knew nothing about. It was time to become acquainted. One evening I announced to my son my intention to give myself a crash course in the game, interrupting his search for obsidian to build a portal to the Nether dimension. For anyone as mystified about it as I was, Minecraft is now one of the world’s biggest computer games, a global phenomenon that’s clocked up over 100 million registered users. I find that really intriguing.

1. The word mystified in the extract above shows that the writer is

A. Obsessed about the game.
B. Wondering about Minecraft.
C. Baffled over the hype of the game.
D. Worried about not winning the game.

Jawapan yang tepat ialah baffled over the hype of the game.

Read and answer.

Kimchi, the reddish fermented cabbage is served at every meal. It has kept obesity at bay in Korea as it is high in fibre and low in fat. It is also loaded with vitamins A, B and C but its biggest benefit may be in its “healthy bacteria” called lacto bacilli. These good bacteria help with digestion. Some studies show fermented cabbage has compounds that may prevent the growth of cancer.

2. From the statement above, we can conclude that kimchi

A. Disrupts digestion.
B. Produces bacteria.
C. Promotes weight-loss.
D. Enhances growth of cancer.

Jawapan yang tepat ialah promotes weight-loss.

Read and answer.

Brayden, has cerebral palsy. His best friend, Quiin, wanted to help him move around with minor discomfort, so he set up a lemonade stand and the two began selling their delicious drinks outside a local grocer to earn some money. He also posted about his campaign on a crowd-funding website, hoping to bring in a few more dollars for his cause. What they didn’t expect, however, was that more than $61,000 in contributions to come rolling in, which would help support the much-needed surgery for Brayden later that year. It all started with a seven-year-old with a big dream.

3. Wind did Quinn manage to achieve for Brayden?

A. He assisted Brayden to walk with less pain.
B. He raised funds for Brayden’s operation.
C. He started a lemonade business.
D. He asked for donations online.

Jawapan yang tepat ialah He raised funds for Brayden’s operation.

Read and answer.

When Mohd Aliff started his YouTube account in 2016, little did he know that in less than three years, he would rise to become one of the top YouTubers in the country. Currently, the subscribers for his channel stand at 1.1 million and growing daily. He first received RM870 from YouTube which he shared with his mother. Aliff is happy with his accomplishments but it is not all a bed of roses as he has his fair share of haters who leave negative comments on his videos without taking his feelings into account. “I have stopped reading the comments because some of them can really be mean”. However, he enjoys being greeted by the people he meets.

4. What does Aliff find most disappointing about being a YouTuber?

A. The payment he gets from YouTube.
B. The popularity he cants from the videos.
C. The remarks he receives from the viewers.
D. The recognitions he obtains from the public.

Jawapan yang tepat ialah The remarks he receives from the viewers.

Cikgu Siapa Sebenarnya?

Ha’a lah, dari awal lagi kitorang nak tanya, cikgu siapa sebenarnya. Concern sangat siap bagi contoh soalan penolong penguasa kastam WK29 kat kitorang ni.

Cikgu macam korang lah jugak. Orang yang pernah ambil exam SPA dah lulus dengan cemerlang.. chewwah.. Tapi korang jangan fikir cikgu ni orang SPA pulak. Semua contoh soalan penolong penguasa kastam WK29 yang cikgu kongsikan ini hanyalah pengalaman cikgu sendiri dalam menjawab exam online SPA.

Bersediakan Korang? Cuba Kuiz Ini

Kalau contoh soalan yang cikgu kongsikan tu cikgu tak bagi jawapan sekali, agak-agak korang lah kan, berapa skor yang mungkin korang dapat?

Apa kata korang cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor korang dapat A okey. Itu cukup membuktikan korang dah betul-betul bersedia ataupun tak. Klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.

[SmartQuizBuilder id=6][/SmartQuizBuilder]

Soalan Susah Tak Kena Dengan Jawatan

Try korang tengok fb page SPA, ramai yang complaint cakap soalan yang masuk exam online tak kena dengan jawatan yang dipohon. Tahap kesusahan soalan tu dah macam jawab exam untuk jawatan M41 dah katanya.

Ini sekadar pendapat daripada cikgu la kan. Ramai calon yang ambil exam ini tak faham objektif sebenar exam online ini dilakukan. Ramai yang fikir exam online ni nak menguji tahap kepandaian calon semata-mata. Cikgu tak cakap salah tau. Tapi, kalau korang nak tahu objektif utama exam online ini adalah untuk menapis sebanyak mungkin calon ke peringkat seterusnya.

Kalau SPM dulu, ianya dibuat untuk melahirkan bijak pandai. Tapi exam SPA ini bukan exam SPM. Kalau boleh mereka nak calon yang lepas ke peringkat seterusnya ini dalam bilangan yang kecil jer. Lagi sikit lagi bagus.

Jadi mudahlah sesi temuduga dilakukan sekiranya calon yang layak dalam bilangan yang kecil. Kalau diorang bagi soalan mudah, mesti ramai yang lulus. Dah tak pasal-pasal sesi temuduga nanti ambil masa 2-3 minggu baru nak habis.

Korang faham tak kat situ? Tak ada guna pun kalau korang nak complaint exam susah ke apa, sebab itu memang objektif exam ini dilakukan. Apa yang boleh korang lakukan adalah buat persediaan serapi mungkin untuk hadapi exam nanti.

Tips Lulus Exam WK29 Daripada Cikgu

Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.

Cikgu tak ada tips rahsia pun. Cuma cikgu selalu praktis buat latih tubi dengan menjawab contoh-contoh soalan jer. Contoh fokus pada soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 yang masuk jer.

Dalam seksyen daya menyelesaikan masalah tu, bukan semua subtopik matematik pun yang masuk dalam exam. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk.

Jadi, fokus jer pada subtopik yang masuk tu sahaja. Pulun habis-habis. Kalau nak ulangkaji semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Rekemendasi Daripada Cikgu

Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.

Untuk latih tubi, cikgu syorkan korang dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 sahaja.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi korang taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa korang pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Tiba-tiba pulak cikgu teringat iklan penadol tu, “anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala”. Lagipun exam tu sejam lebih jer nanti, rasa tak berbaloi pulak nak sakitkan kepala untuk exam yang sejam lebih tu.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau korang beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau korang fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Penolong Penguasa Kastam WK29 tu nanti. Buang masa korang jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Penolong Penguasa Kastam WK29 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Korang kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak korang lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 dapat membantu korang semua nanti. Cikgu doakan agar korang semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Pss.. Pada korang yang kira-kira tak dapat jawapan tu boleh komen kat bawah ini. Nanti cikgu akan kongsikan jalan kira langkah demi langkah untuk korang buat ulangkaji.

4 thoughts on “Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 Peperiksaan Online”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *