Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Peperiksaan Online SPA

Korang mencari contoh soalan Pegawai tadbir diplomatik M41? Kini korang berada di blog yang tepat. Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Saya lebih dikenali sebagai Cikgu Khairul dikalangan rakan-rakan saya.

Cikgu yakin baru-baru ini korang mesti dapat panggilan untuk menduduki exam online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 kan? Kalau tak takdanya nak jumpa blog cikgu ini.

Cikgu tahu korang mesti kelam-kabut nak cari contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 kan? Samalah macam cikgu dulu, setiap kali ada panggilan exam SPA, setiap kali itulah cikgu jadi kelam kabut nak buat persediaan.

Maklumlah kan, semua soalan-soalan yang ditanya dalam exam semuanya dah ingat-ingat lupa. Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.

Cikgu harap dengan perkongsian cikgu ini boleh memberikan gambaran sebenar kepada korang macam mana soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Tahap Soalan Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Untuk contoh soalan exam online Pegawai tadbir diplomatik M41, ada tiga seksyen yang akan ditanya kepada korang. Iaitu seksyen pengetahuan am, seksyen daya menyelesaikan masalah dan juga seksyen kefahaman bahasa inggeris.

Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?

Berdasarkan pengalaman cikgu dalam mengambil exam online SPA, cikgu boleh dikatakan kesukaran soalan yang ditanya itu hanyalah tahap SPM. Terutamanya soalan yang berkaitan dengan matematik dan bahasa inggeris.

Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..

Ya memang kacang pun. Tapi satu perkara korang kena tahu, iaitu soalan-soalan ini direka untuk dijawab dalam masa yang suntuk. Memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu. Sampaikan satu tambah dua pun ada calon kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katanya.

Kepada korang yang dah lama tinggal silibus SPM tu, mesti korang naik serabut jugak lah nak buat ulangkaji balik. Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Pegawai tadbir diplomatik M41 kepada korang. Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu korang dalam persediaan exam nanti.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Cikgu! Dalam seksyen pengetahuan am biasanya dia tanya pasal apa?

Kalau korang nak tahu, skop soalan pengetahuan am ini adalah paling besar di antara seksyen-seksyen yang lain. Boleh dikatakan, jika korang tak tahu, korang bakal kehilangan markah.

Takpa cikgu! Sekarang kan zaman teknologi. Apa susah, google kan ada.

Ya, memanglah korang boleh google je. Google lagi cepat nak dapatkan jawapan kan? Tapi itulah, soalan dalam Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bukan dicipta untuk di google.

Percayalah cakap cikgu. Kalau korang google setiap soalan, korang tak akan cukup masa. Tak percaya boleh cuba dulu, jangan cakap cikgu tak bagitahu awal-awal okey.

Cikgu masih ingat lagi masa zaman dekat universiti dulu, bila lecturer cakap nak buat test secara buka buku. Semua student rasa takut, termasuklah cikgu sekali rasa takut. Bukan apa, bila test boleh buka buku ini, soalan dia jadi susah.

Samalah dengan exam online ini. Korang boleh buka buku dan boleh google semasa menjawab. Tapi itulah, soalan yang ditanya bukanlah soalan mudah-mudah.

Pernah sekali dulu, ada satu soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 berkaitan dengan piala dunia. Cikgu tak berapa nak ingat soalan dia macam mana, tapi soalannya lebih kurang menanyakan pasal minit keberapakan Ronaldo skor gol untuk pasukan dia ketika melawan pasukan Jerman dalam Piala Dunia 2002 dekat Yokohama.

Agak-agak koranglah kan, sempat ke nak google soalan macam ni? Walaupun korang ni jenis ikut perkembangan semasa dunia bola sepak pun belum tentu boleh jawab soalan macam ini. Korang tahu korang boleh jawab, korang tak tahu korang hilang satu markah. Inilah hakikat pahit yang perlu korang hadap semasa menjawab soalan exam Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini, terutama sekali soalan seksyen pengetahuan am.

Contoh Soalan Isu-isu Semasa.

Cikgu! Isu semasa ini isu semasa pasal apa cikgu?

Masa negara kita dilanda Corona Virus pada awal tahun 2020 dulu, memang soalan pasal virus ini ada masuk dalam soalan exam online SPA.

Contoh lain pulak ialah semasa negara heboh pasal isu import daging kartel pada akhir tahun 2020, itupun ada soalan berkaitan isu daging kartel yang masuk dalam exam online SPA.

Cara nak mudah skor soalan isu semasa ini, korang kenalah peka dengan isu-isu atau berita hangat yang melanda negara. Cikgu syorkan korang ambil tahu pasal isu semasa yang pernah berlaku tiga bulan sebelum ini.

Di bawah ini merupakan contoh soalan isu semasa pegawai tadbir diplomatik M41.

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah inisiatif kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Manakah di antara berikut merupakan golongan yang layak menerima BKM?

I. Ibu tunggal mempunyai anak yang berpendapatan kurang dari RM5,000
II. Pasangan warga emas yang berpendapatan kurang dari RM5,000
III. Bujang yang berpendapatan RM3,000 kebawah
IV. Pasangan berkahwin tanpa anak yang berpendapatan kurang dari RM5,000

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

2. Pada Temasya Olimpik Tokyo 2020, Dato Azizul Hasni Awang telah berjaya membawa pulang pingat perak buat negara kita. Selain Malaysia, terdapat beberapa negara lain bersaing secara sengit pada pusingan akhir, iaitu

I. Great Britain
II. Jerman
II. Australia
IV. Belanda

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 1

3. Jadual di atas menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika (USD).  Apakah kesan ke atas Malaysia pada tahun 2021 berbanding tahun 2020?

A. Imbangan dagangan Malaysia cenderung positif
B. Harga eksport Malaysia ke Amerika lebih mahal
C. Jumlah import dari Amerika akan meningkat
D. Penawaran Ringgit Malaysia akan meningkat

Contoh Soalan Hal Ehwal Politik.

Korang suka politik? Ada orang tak suka ambil tahu pasal hal-hal politik. Tapi, untuk lulus dalam exam SPA korang wajid tahu tentang isu-isu politik dalam negara.

Di bawah ini merupakan contoh soalan hal ehwal politik pegawai tadbir diplomatik M41.

4. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pemah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

5. Yang manakah BUKAN kelayakan untuk menjadi seorang pengundi di Malaysia

A. Warganegara Malaysia
B. Tinggal di luar negara
C. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
D. Sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun

6. Apakah yang akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.

A. Ahli Dewan Negara diberhentikan
B. Ahli Dewan Negeri ditamatkan perkhidmatan
C. Ahli Dewan Negara dinaikkan pangkat
D. Ahli Dewan Negeri dinaikkan pangkat

Contoh Soalan Dasar-dasar Awam.

Soalan-soalan berkaitan dasar-dasar awam pula lebih kepada fungsi kementerian dalam kerajaan. Kalau tak silap cikgu, terdapat 27 kementerian yang ada dalam kerajaan buat masa sekarang, seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, dan banyak lagi. Itu kenalah korang cari sendiri.

Di bawah ini merupakan contoh soalan dasar-dasar awam pegawai tadbir diplomatik M41.

7. Yang manakah menerangkan dengan tepat tentang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

I. Merancang, menggerak, mengurus, menyelaras, dan mengawal semua jentera pembangunan ekonomi dan sosial negeri
II. Menentukan dan menyelaraskan perlaksanaan dasar tentang aktiviti-aktiviti negeri.
III. Meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi ke tahap berprestasi tinggi, lestari, seimbang dan adil.
IV. Merupakan jentera pentadbiran negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

8. Manakah antara berikut bukan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia?

A. Perpustakaan Negara Malaysia
B. Malaysia Convention & Exhibition Bureau
C. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
D. Arkib Negara Malaysia

9. Semua yang berikut adalah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali

A. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
B. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh 4 hingga 8 orang ahli serta 3 orang pegawai ex-officio.
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Raja atau Yang Di Pertua Negeri.
D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif negeri.

Contoh Soalan Dasar Pengurusan Sumber Kewangan.

Cikgu! Soalan pengurusan sumber kewangan ini macam mana pulak?

Secara asasnya, korang kena tahu kementerian atau jabatan yang memberi dana atau khidmat nasihat dalam kewangan. Cara nak skor soalan macam ini, korang kena tahu fungsi-fungsi jabatan yang terlibat.

Di bawah ini merupakan contoh soalan pengurusan sumber kewangan pegawai tadbir diplomatik M41.

10. Manakah antara berikut merupakan agensi yang membantu pelabur asing dalam urusan mereka di Malaysia?

I. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
II. Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
III. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
IV. Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)

A. I dan II
B. I, II dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

11. Bank yang tidak tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia adalah

A. Bank Simpanan Nasional (BSN)
B. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
C. Malayan Banking
D. Public Bank Berhad

12. Salah satu aspek yang ditekankan oleh inisiatif Pembaharuan Strategik dalam Model Baru Ekonomi adalah

A. Menjadikan rakyat lebih kaya dan berpelajaran
B. Membina infrastruktur bertaraf dunia
C. Menyatupadukan semua rakyat
D. Mengukuhkan sektor awam

Contoh Soalan Dasar Pengurusan Teknologi Maklumat.

Di bawah ini merupakan contoh soalan pengurusan teknologi maklumat pegawai tadbir diplomatik M41.

13. Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

14. Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan. Tetikus merupakan contoh bagi

A. Unit Storan
B. Peranti Input
C. Peranti Output
D. Unit Pemprosesan

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 6

15. Penyataan di atas menunjukkan jenis-jenis keselamatan komputer. Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan komputer?

A. Keselamatan komputer bermaksud sebarang perlindungan terhadap penyalahgunaan komputer dan aktiviti jenayah komputer.
B. Keselamatan komputer bermaksud melindungi sistem komputer dan maklumat terhadap capaian yang tidak sah, kerosakan, kemusnahan dan pengubahsuaian.
C. Keselamatan komputer adalah proses yang menghalang atau menyekat capaian kepada bahan-bahan tertentu di internet.
D. Keselamatan komputer merujuk kepada langkah keselamatan yang digunakan untuk melindungi sistem rangkaian.

Contoh Soalan Dasar Keselamatan Negara.

Di bawah ini merupakan contoh soalan dasar keselamatan pegawai tadbir diplomatik M41.

16. Seseorang yang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, akan ditahan di

A. Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.
B. Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia.
C. Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Penjara Malaysia.
D. Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia.

17. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?

I. Mahkamah Persekutuan
II. Mahkamah Rayuan
III. Mahkamah Tinggi Malaya
IV. Mahkamah Tinggi Borneo

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, terdapat tiga cabang penilaian yang diuji kepada calon. Tiga penilaian itu ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.

Cikgu! Banyak juga ye cabang soalan seksyen ini

Ya! Memang banyak pun. Soalan kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu cikgu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau.

Alah korang, takkanlah nak soalan senang jer kan. Soalan-soalan macam ini sengaja diorang buat nak bagi korang perah otak. Taklah korang datang exam lenggang kangkung jer kan. Tau lah masa SPM dulu skor banyak subjek.. haha..

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Cikgu! Data apa yang perlu ditafsir tu cikgu?

Cikgu yakin korang mesti pernah jumpa soalan bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.

Selalunya soalan-soalan macam ni kita akan jumpa dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Korang ingat lagi tak?

Harap-harap korang masih ingat lagi lah. Maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan.

Kalau korang nak tahu, soalan berkaitan mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap seksyen daya menyelesaikan masalah ini. Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 kemahiran mentafsir data ini.

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 4

18. Carta di atas menunjukkan jualan 2 jenis motosikal. Berapakah peratus jualan bulan April bagi motosikal jenis R berbanding dengan jumlah jualan kedua-dua jenis motosikal bagi 4 bulan berkenaan.

A. 16.13%
B. 16.67%
C. 17.24%
D. 20.00%

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 8

19. Carta palang dalam rajah di atas menunjukkan bilangan pembeli yang mengunjungi restoran Pak Bul pada hari Isnin, Selasa dan Rabu dalam satu minggu tertentu. Beza antara jumlah pembeli lelaki dan perempuan dalam tempoh tiga hari itu ialah

A. 30
B. 60
C. 90
D. 120

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 9

20. Jadual 2 menunjukkan data yang diperoleh daripada satu kaji selidik ke atas 80 orang pembaca majalah. Rajah 14 ialah gambar rajah Venn yang mewakili sebahagian maklumat dalam Jadual 2. Cari bilangan pembaca yang membaca majalah sukan atau kesihatan dan juga majalah hiburan.

A. 10
B. 15
C. 17
D. 19

Macam mana? Okey tak contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 mentafsir data tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu. Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir, macam soalan nombor 20 tu.

Contoh Soalan Konsep Matematik.

Cabang soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

Ermm.. soalan konsep matematik ini macam mana pula cikgu?

Bila soalan melibatkan konsep matematik, skop soalan automatik akan menjadi luas. Kalau SPM dulu, antara subtopik yang berada dalam subjek matematik ialah geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi.

Itu kenalah korang buka balik nota matematik. Nak jadi pegawai kerajaan tak boleh malas-malas tau.

Jom cikgu tunjukkan contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.

21. Kebarangkalian John dipilih untuk mewakili sekolahnya dalam satu Kuiz Matematik 1/4 manakala kebarangkalian Ahmad dipilih ialah 3/5. Cari kebarangkalian bahawa hanya seorang daripada mereka akan dipilih.

A. 2/20
B. 3/20
C. 11/20
D. 17/20

Artikel Berkaitan: 10 Contoh Soalan kebarangkalian Pegawai Tadbir Diplomatik M41

22. Asmadi mempunyai 2 keping wang kertas RM1, 1 keping wang kertas RM5 dan 3 keping wang kertas RM10. Dia membelanjakan sebahagian wangnya untuk membeli sebuah buku rujukan. Sekarang dia hanya ada 2 keping wang kertas RM10. Cari nisbah bagi nilai wang yang dibelanjakan oleh Asmadi kepada nilai wang yang dia ada pada mulanya.

A. 14 : 39
B. 18 : 37
C. 17 : 37
D. 17 : 35

23. Markah permainan bagi kumpulan Merah, Hijau, Kuning dan Biru masing-masing ialah 653, 746, 931 dan 453. Apabila markah masing-masing dibahagi 7, kumpulan manakah yang mempunyai baki terbanyak?

A. Merah
B. Hijau
C. Kuning
D. Biru

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 11

24. Jadual di atas menunjukkan hubungan antara tiga pembolehubah P, Q dan R. Diberi bahawa P berubah secara langsung dengan Q dan berubah secara songsang dengan R. Cari nilai x.

A. 2
B. 3
C. 4
D. 6

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 12

25. Rajah di atas menunjukkan satu segitiga ABC yang terletak pada satu satah mengufuk. Diberi bearing B terletak di timur A. Carikan bearing A dari C

A. 042°
B. 108°
C. 222°
D. 330°

Macam mana sekarang? Korang masih okey tak dengan contoh soalan konsep matematik pegawai tadbir diplomatik M41 yang cikgu kongsikan ini? Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 10 peratus je. Selebihnya tu korang kenalah studi sendiri, jangan malas-malas okey.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik.

Cikgu! Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik. Dalam cabang ini, korang nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Korang akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian korang perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

26. Sila pilih kenyataa-kenyataan yang boleh dipercayai dari individu-individu berikut.

Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”
Jururawat: “Jika awak makan ubat ini tiga kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”
Profesor: “Keadaan inflasi di Malaysia akan menyebabkan ekonomi berkurangan dalam masa dua tahun lagi berdasarkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”
Penggangur: “Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”

A. Jururawat
B. Penganggur
C. Peguambela
D. Profesor

27. Diberi 10101212PP232. Apakah PP?

A. 01
B. 02
C. 12
D. 13

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 13

28. Berdasarkan rajah di atas, apakah nilai bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

Jawapan: 1.A 2.D 3.A 4.D 5.D 6.B 7.D 8.C 9.C 10.C 11.A 12.D 13.C 14.B 15.B 16.B 17.D 18.B 19.B 20.D 21.C 22.C 23.D 24.B 25.D 26.B 27.D 28.B

Korang okey tak tu? Alaa… soalan ni pendek je pun. Tapi itulah, kena guna logik untuk menjawab soalan seperti ini. Kebanyakan calon akan menghabiskan banyak masa untuk menjawab soalan berkaitan dengan logik ini.

Kalau korang nak tahu, contoh soalan logik pegawai tadbir diplomatik M41 ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.. haha..

Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Cikgu! Apa yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini?

Dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Lagipun subjek bahasa inggeris ini merupakan subjek favorite cikgu.. oppss!

Okey cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..

Dalam seksyen bahasa inggeris, ada dua cabang soalan yang bakal ditanya. Pertama sekali, berkaitan dengan grammar. Yang kedua pula berkaitan dengan kemahiran memahami text karangan dalam bahasa inggeris.

Contoh Soalan Grammar Bahasa Inggeris.

Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.

  • Pronoun (kata ganti)
  • Noun (kata benda)
  • Verb (kata kerja)
  • Adjective (kata keterangan)
  • Adverb (kata keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (kata depan)
  • Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.

Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.

Let’s go…

Contoh Soalan Pronoun.

Pronoun atau kata ganti digunakan untuk menggantikan kata benda untuk orang atau benda. Contohnya seperti I, me, mine, dan myself.

Contoh soalan pronoun Pegawai Tadbir Diplomatik M41 seperti berikut:

29. Nana felt worried about the children, so she asked ______ husband not to return home late everyday.

A. she
B. hers
C. her
D. their

30. To be honest, I don’t understand what ______ are saying. Their accent is so hard to catch.

A. we
B. them
C. their
D. they

31. In spite of her parents’ complaints, he decided to live with ______ friend in New York.

A. him
B. his
C. mine
D. their

Contoh Soalan Collective Noun.

Collective noun atau penjodoh bilangan selalu digunakan untuk menamakan sekumpulan manusia, benda, dan haiwan. Contoh collective noun ialah seperti, a brood of chickens. Brood digunakan bagi menggambarkan bilangan ayam yang ramai itu.

Berdasarkan soalan-soalan exam sebelum ini, kebanyakan soalan collective noun yang keluar biasanya berkaitan dengan haiwan.

Contoh soalan collective noun Pegawai tadbir diplomatik M41 seperti berikut:

32. First we saw a farmer, then a huge ______ of sheep crossed the road.

A. swarm
B. flock
C. herd
D. plague

33. I had a horrible nightmare last night. I was walking in the forest when a ______ of wolves started chasing me.

A. school
B. flock
C. pack
D. plague

34. The farmer kept a ______ of geese in the barnyard.

A. box
B. gaggle
C. colony
D. herd

Contoh Soalan Verb.

Verb atau kata kerja selalu digunakan dalam menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh subjek, peristiwa atau keadaan.

Verb ini banyak pecahannya. Kalau korang masih korang masih ingat, dekat sekolah dulu kita selalu dengar cikgu bahasa inggeris mengajar tentang present tense dan past tense kan. Ha’a, itulah merupakan cabang verb.

Contoh soalan verb Pegawai tadbir diplomatik M41 seperti berikut:

35. She said she ______ late at the office that evening and that she ______ home till about eleven.

A. is working, got
B. would work, isn’t getting
C. was working, gets
D. would be working, wouldn’t get

36. I was using my pencil a minute ago. It ______ be here somewhere!

A. can
B. must
C. could
D. would

37. If you don’t start working harder, you ______ repeat the course next year.

A. have to
B. ought
C. must
D. will have to

Contoh Soalan Adjective.

Adjective atau dikenali juga sebagai kata sifat merupakan kata yang menerangkan kata benda atau kata ganti. Contoh adjective ialah seperti, she ate the whole bread. Kata sifat bagi menggambarkan berapa banyak roti yang dimakan ialah whole.

Contoh soalan adjective Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

38. My students’ sleepless nights became ______ as the finals approached.

A. so frequently
B. more frequent
C. as frequent
D. much more frequently

39. The plot of the novel was ______ it was completely incomprehensible.

A. more complicated
B. such complicated
C. so complicated that
D. much more complicated than

40. According to the recent election’s results, the Democrats are ______ of the four main political parties.

A. the smaller
B. smallest
C. much smaller
D. the smallest

Contoh Soalan Adverb.

Adverb atau dikenali juga sebagai kata keterangan. Ianya digunakan untuk menerangkan kata kerja dan kata sifat. Contoh adverb ialah seperti, the fighters fight bravely. Kata keterangan bagi menunjukan sifat fight di dalam ayat ini ialah bravely.

Contoh soalan adverb Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

41. The Mediterranean Sea, which means ‘in the midst of lands’ In Latin, is the world’s ______ inland sea and surrounded by Europe, Asia, and Africa.

A. larger
B. as large
C. largest
D. the larger

42. He started to work even ______ when he saw his supervisor.

A. as hurried as
B. hurried enough
C. more hurriedly
D. the most hurried

43. The new language school has a ______ exam pass rate than the other schools in the area.

A. so high
B. higher
C. the highest
D. highest

Contoh Soalan Determiner.

Determiner merupakan kata yang ditempatkan di depan kata benda yang bertujuan untuk membatasi maksud kata benda. Contoh determiner yang ialah, the, a, an, some, many dan banyak lagi.

Contoh soalan determiner Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

44. Despite the advances in technology ______ of the universe is yet to be discovered.

A. much
B. a quantity
C. several
D. more

45. ______ nutrition experts today believe the food we eat should contain all kinds of foods.

A. most
B. enough
C. each
D. another

46. We could barely get any information at the airport. ______ people seemed to have ______ idea about the flights.

A. Many, any
B. A lot of, any
C. Any, no
D. Only a few, some

Contoh Soalan Preposition.

Preposition atau kata depan selalu digunakan di depan kata benda atau kata ganti. Ianya bertujuan untuk menunjukkan arah atau waktu dengan kata benda. Contoh preposition yang selalu digunakan ialah seperti, at, in, by dan on.

Contoh soalan preposition Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

47. There was a path next to the river and a bridge over the river. I started walking ______ the path next to the river.

A. up
B. into
C. along
D. in

48. I had a strange dream last night. I was looking at a beautiful lake with an island in the middle. A boat was sailing ______ the island.

A. up
B. over
C. round
D. down

49. It was Simon. I waved at him, but he got into a car and drove ______ the lake.

A. under
B. away from
C. through
D. along

Contoh Soalan Conjunction.

Conjunction atau kata hubung digunakan dalam menghubungkan kata, ayat atau perenggan. Contoh conjunction yang biasa digunakan ialah seperti, for, and, or, so, dan banyak lagi.

Contoh soalan conjunction Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

50. Me and my friends did not miss the fried noodle ______ we had our lunch

A. moreover
B. finally
C. although
D. already

51. My father will give my brother his car ______ he come back at dawn

A. although
B. as
C. provided
D. because

52. They have postponed the visit to our city ______ it’s heavily snow here.

A. since
B. yet
C. due to
D. because of

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Di dalam seksyen ini, korang akan diberikan satu text pendek ataupun panjang.

Contoh Soalan Memahami Text Pendek.

Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan korang untuk memahami text.

Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 14

53. What can be best concluded from the note above?

A. The best way to teach friend is by asking questions.
B. The best way to study is by learning something new.
C. The best way to learn something new is by sharing it.
D. The best way to understand is asking a lot of questions.

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 15

54. From the advertisement we know that

A. The electronic products are sold at the discounted price until 31st August 2020.
B. Customers can save RM100 when they buy the products at the special prices.
C. The products can be bought at a cheaper price while there is stock.
D. Customers need to spend RM100 in a single receipt to buy the products at a special price.

Contoh Soalan Memahami Text Panjang.

Selain daripada penyataan pendek seperti di atas, korang juga akan diuji dalam kebolehan memahami keseluruhan text panjang. Tak seperti text yang pendek tadi, text yang panjang ini memerlukan korang memahami keseluruhan karangan.

Kalau korang sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara korang memahami text. Apabila korang tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal korang pilih nanti.

Contoh soalan memahami text panjang bahasa inggeris Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:

Read and answer.

Do more to boost reading culture.
The internet has stimulated the habit of reading. It has also made possible the existence of electronic books (e-books) which provide an alternative to printed materials. Some publications are available virtually for free and are easily accessible. Although printed materials remain relevant, they still cost too much.
Hence to inculcate the reading habit, I suggest the banks provide financial assistance to the public. Members of the public should then be encouraged to purchase computers with internet access. This will encourage e-reading as reading should not be limited to books.

55. Which of the following statements is true?

A. E-books have replaced printed materials.
B. Printed reading materials are expensive.
C. Banks provide books for the public.
D. Electronic publications are free.

Read and answer.

Good evening and Happy Malaysia Day to all beloved citizens of Malaysia. With God’s grace, we are able to celebrate the 63 rd anniversary of the formation of Malaysia as citizens of independent, democratic, peaceful and harmonious nation.
The tale of Malaysia’s journey is indeed colourful. From a low income agricultural nation, we have now successfully emerged as a moderately high income, modern industrial nation. Although the success attained is monumental and very significant, it is not a reason for us to cease our effort to become comfortable.
Prime Minister of Malaysia.

56. The Prime Minister is asking Malaysia to

A. remember the nation’s history.
B. preserve the country’s independence.
C. be satisfied with the nation’s success.
D. take responsibility for the country’s future.

Read and answer.

Faces and Life of Bajau Laut.
Amidst the crystal-clear water of Semporna, live a seafaring community known as Bajau Laut or sometimes called Sea Gypsies. This unique community is perhaps the last of the true marine nomads that live off the sea of Semporna in Sabah. They were also found in neighbouring coastal areas of the Philippines and Indonesia.
What’s interesting about the Bajau Laut community is the very basic lifestyle that they have, living almost entirely on things and food they could find around them. They live on tiny houses built on stilts, while some live on long wooden boats called LepaLepa. With a diet that almost entirely comes from the seas, they are known to be skilful fishermen, and great swimmers and divers, even children could swim well.

57. What is exceptional about the Bajau Laut community?

A. They do not consume rice as their main staple food.
B. They are the most skilful people in ASEAN countries.
C. They have unique houses on stilts in the sea.
D. They are the last remaining of sea nomads in Sabah.

Read and answer.

The Lifesaving Beluga Whale.
Twenty-six-year old Yun had a dream – to work with whales. So, she took part in a competition at Polarland in Harbin, north-east China, to land a job working with the theme park’s famous beluga whale, Mila.
As one of the seven finalists, Yun was required to dive as deep as possible into a freezing tank with Mila – all without breathing equipment. She made it close to the bottom, but at 4.5 metres she felt her legs cramp up due to the Arctic-temperature water. She could no longer move and she was stuck. She thought she was going to die.
That was when Mila, who had swum with many visitors over the years, came to her aid. Mila swam towards Yun and nudged her towards the surface. She was indeed the ‘hero’ of the day!

58. Why did the whale, Mila, come to Yun’s rescue?

A. She was aware of Yun’s situation.
B. She realised Yun had dived too deep.
C. She sensed a drop in the water temperature.
D. She had experience of such emergency.

Jawapan: 29.C 30.D 31.B 32.B 33.C 34.B 35.D 36.B 37.D 38.B 39.C 40.D 41.C 42.C 43.B 44.A 45.A 46.D 47.C 48.C 49.B 50.C 51.C 52.B 53.C 54.D 55.B 56.D 57.D 58.A 59.

Rekemendasi Daripada Cikgu

Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini je cikgu buat, iaitu buat latih tubi. Contoh fokus pada soalan Pegawai tadbir diplomatik M41 yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah contohnya, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.

Untuk latih tubi, cikgu syorkan korang dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Pegawai tadbir diplomatik M41 sahaja.

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik m41 16

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi korang taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa korang pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau korang beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau korang fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Pegawai tadbir diplomatik M41 tu nanti. Buang masa korang jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Pegawai tadbir diplomatik M41 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Korang kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak korang lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Pegawai tadbir diplomatik M41 dapat membantu korang semua nanti. Cikgu doakan agar korang semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *