Soalan Kebarangkalian PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik Dan Jawapan

Anda sedang cari soalan kebarangkalian PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik dan jawapan? Kini ada berada di laman yang betul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan kebarangkalian PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik berserta jawapan kepada anda.

Sebelum itu, salam perkenalan daripada saya, Cikgu Khairul. Saya merupakan merupakan Tim Infokerjaya yang telah membantu hampir 80,000 calon untuk menghadapi exam online SPA.

Contoh Bentuk Soalan Kebarangkalian PTD M41

Sepanjang saya menganalisa soalan exam SPA, soalan kebarangkalian selalunya, kesemua soalan ditanyakan dalam bentuk situasi. Anda perlu dapatkan maklumat daripada situasi yang diberikan kemudian selesaikan.

Nak tahu macam mana bentuk soalan itu? Jom saya kongsikan contoh soalan kebarangkalian PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik dan jawapan kepada anda.

Contoh Soalan Kebarangkalian PTD M41 Berdasarkan Situasi Cerita

1. Satu cabutan bertuah akan diadakan di sebuah pasaraya sempena sambutan ulangtahun ke-15 pasaraya berkenaan. Terdapat 100 orang pelanggan wanita, 200 orang pelanggan lelaki dan 150 orang kanak-kanak memohon untuk mengambil bahagian. Nama bagi setiap pelanggan wanita diletakkan sebanyak 3 kali di dalam kotak cabutan, nama bagi setiap pelanggan lelaki adalah sebanyak sekali dan nama bagi kanak-kanak adalah sebanyak 2 kali. Apakah kebarangkalian bahawa pelanggan wanita terpilih?

A. 1/8
B. 2/9
C. 2/7
D. 3/8

2. Dalam satu kumpulan 80 orang pelajar, 25 orang daripadanya adalah pelajar perempuan. Kemudian seramai 10 orang pelajar lelaki meninggalkan kumpulan itu pada akhir semester. Seorang pelajar dipilih secara rawak dari kumpulan tersebut untuk menyertai pertandingan bahas. Pada akhir semester, cari kebarangkalian bahawa seorang pelajar yang dipilih dari kumpulan itu untuk menyertai pertandingan bahas adalah lelaki.

A. 9/14
B. 9/16
C. 5/14
D. 5/16

3. Johan mempunyai koleksi setem dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Dia memilih sekeping setem secara rawak. Kebarangkalian memilih sekeping setem Thailand ialah 1/5 dan kebarangkalian memilih sekeping setem Indonesia ialah 8/15. Johan mempunyai 20 keping setem Singapura. Hitungkan jumlah koleksi setem bagi Johan.

A. 15
B. 20
C. 40
D. 75

Contoh Soalan Kebarangkalian PTD M41 Berdasarkan Graf

Ini pula merupakan contoh soalan kebarangkalian SPA berpandukan graf ataupun visual. Dalam menyelesaikan soalan seperti ini, anda perlu tahu cara membaca infomasi daripada graf yang diberikan.

Contoh soalan kebarangkalian SPA berpandukan graf seperti di bawah ini.

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (2)

4. Carta bar di atas menunjukkan bilangan kematian dalam tempoh tertentu. Hitungkan kebarangkalian kematian disebabkan oleh kemalangan kereta.

A. 1/4
B. 1/10
C. 3/4
D. 3/20

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (3)

5. Carta bar di atas menunjukkan taburan sekumpulan 90 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu program latihan sepakan penalti. Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan sepakan. Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?

A. 4/15
B. 7/15
C. 13/30
D. 17/30

Contoh Soalan Kebarangkalian PTD M41 Berdasarkan Jadual

Sama seperti soalan berpandukan graf, soalan berpandukan jadual juga memerlukan anda pandai dalam membaca data yang diberikan. Contoh soalan kebarangkalian SPA berdasarkan jadual seperti di bawah ini.

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (4)

6. Jadual di atas ini mewakili bilangan murid dalam tiga kelas di SMK Bukit Baharu. Cikgu Ahmad memilih seorang murid secara rawak daripada sebuah kelas. Seandainya kebarangkalian kelas yang dipilih adalah sama, cari kebarangkalian untuk Cikgu Ahmad memilih seorang pelajar India.

A. 1/19
B. 1/56
C. 19/56
D. 31/90

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (5)

7.Jadual di atas mewakili jarak rumah sekumpulan pekerja dari kilang mereka. Penyelia kilang itu memilih secara rawak daripada pekerja itu dan mendapati kebarangkalian pekerja yang tinggal melebihi 10km ialah 1/20. Hitung nilai x.

A. 20
B. 40
C. 60
D. 80

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (1)

8. Jadual di atas menunjukkan nama peserta sekolah menengah yang menghadiri satu program latihan pengucapan awam. Dua peserta dikehendaki memberi ucapan di akhir program itu. Seorang peserta dipilih secara rawak dan kemudian seorang peserta lagi dipilih secara rawak. Cari kebarangkalian bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan dipilih.

A. 1/2
B. 1/3
C. 2/3
D. 3/4

Contoh Soalan Kebarangkalian SPA Berdasarkan Nombor Dan Abjad

Dalam soalan kebarangkalian juga akan ditanyakan berdasarkan kepada nombor dan abjad. Untuk menjawab soalan seperti ini, pertama sekali anda perlu tahu apa itu nombor perdana, nombor ganjil dan nombor genap. Untuk abjad pula, anda perlu tahu membezakan diantara huruf vokal dan huruf konsonan.

Jika anda gagal dalam membezakan semua nombor dan abjad ini, jawapan yang bakal anda dapat juga akan salah. Contoh soalan kebarangkalian SPA berdasarkan nombor-nombor ini seperti ditunjukkan di bawah ini.

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (8)

8. Rajah di atas menunjukkan beberapa keping kad nombor. Sekeping kad dipilih secara rawak. Nyatakan kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor perdana.

A. 2/3
B. 1/2
C. 1/3
D. 1/6

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (7)

9. Rajah di atas menunjukkan beberapa keping kad bernombor. Sazali memilih secara rawak kad-kad tersebut. Hitung kebarangkalian kad bernombor gandaan 3 dipilih oleh Sazali.

A. 1/6
B. 1/3
C. 1/2
D. 2/3

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (6)

10. Rajah di atas mewakili sebuah papan sasar yang tertulis huruf-huruf di atasnya. Encik Salim membaling damak secara rawak ke papan itu. Hitung kebarangkalian damak tersebut melekat pada petak yang tertulis sekurang-kurangnya satu huruf vokal di atasnya.

A. 3/16
B. 5/16
C. 7/16
D. 9/16

Jawapan: 1.D 2.A 3.D 4.A 5.A 6.D 7.C 8.B 9.B 10.B

Rekemendasi Daripada Cikgu

Cikgu! Macam mana nak lulus exam SPA ini? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini saja perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus pada soalan kebarangkalian PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit nota dan latih tubi cikgu..

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik Dalam tu lengkap dengan jalan kira step by step. Mudah nak faham bagaiamana jawapan dikira.

soalan kebarangkalian ptd m41 pegawai tadbir diplomatik (9)

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam nanti.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam nanti lebih daripada 10 ribu orang. Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal soalan kebarangkalian PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan, sila whatsapp cikgu dekat sini. Whatsapp Di Sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *