Apakah Kekuatan Anda? Soalan Temuduga Paling Popular Ditanya.

Apakah kekuatan anda? – Saya pasti, soalan ini merupakan soalan yang popular panel temuduga tanyakan kepada calon temuduga.

Anda tahu tak apa sebenarnya yang cuba dicungkil daripada diri seorang calon melalui soalan ini? Jom baca perkongsian ini.

Sebagai seorang calon temuduga, anda seharusnya tahu apakah tujuan utama soalan ini ditanyakan kepada anda. Untuk soalan ini, terdapat dua sebab utama kenapa panel temuduga sangat gemar bertanyakan soalan ini.

Sebab utama ialah panel temuduga ingin mengetahui apakah kebolehan anda yang sebenar dan anda mengakui kebolehan itu wujud dalam diri anda.

Sebab yang kedua pula ialah panel temuduga ingin tahu adakah kekuatan anda itu mampu membantu anda dalam menjalankan tugas ataupun tidak.

Untuk menjawab soalan temuduga ‘apakah kekuatan anda’ ini, anda tak boleh memasukkan elemen klise dalam jawapan anda. Di bawah ini merupakan contoh jawapan klise yang kerap digunakan oleh calon temuduga:

“Saya sangat sukakan cabaran kerana saya percaya tanpa cabaran hidup akan menjadi bosan. Saya ingin sentiasa mencabar diri saya dalam setiap aspek pekerjaan. Malah, saya berasa tidak selesa jika berada dalam situasi yang terlalu mudah kerana ia tidak membantu saya berkembang.

Saya juga sentiasa bersedia menerima apa sahaja cabaran yang diberikan oleh organisasi kerana saya yakin semua cabaran akan membuatkan saya menjadi pekerja yang lebih baik dan berdaya saing.

Jika diberikan peluang, saya akan memastikan semua cabaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cemerlang dan memberi manfaat kepada syarikat”.

Hebat kan jawapan ini? Tapi percayalah, anda bakal gagal sesi temuduga kali ini jika anda memberikan jawapan klise seperti ini.

Nak tahu tak kenapa boleh gagal? Saya terangkan secara terperinci dekat bawah ini.

Artikel berkaitan: Cara Memperkenalkan Diri Dalam Temuduga

Bagaimana nak jawab soalan temuduga “apakah kekuatan awak” ini? Untuk contoh ini, saya akan gunakan kelancaran bertutur dalam bahasa inggeris sebagai contoh kekuatan untuk memudahkan pemahaman anda.

3 Perkara Penting

Antara perkara yang perlu anda titikberatkan dalam menjawab soalan seperti ini ialah:

  • Nyatakan satu kekuatan anda.
  • Cuba kaitkan bagaimana kekuatan anda itu boleh membantu anda dalam tugasan anda.
  • Tunjukkan bukti untuk menyokong pengakuan anda itu.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan untuk menjawab soalan apakah kekuatan anda.

Saya mempunyai kelebihan dalam berbahasa inggeris dengan lancar. Saya pernah menyertai pertandingan debat berbahasa inggeris dan berjaya mendapat tempat naib johan daripada 10 kumpulan dalam pertandingan debat itu.

Saya tahu, untuk menjadi kakitangan kerajaan memerlukan saya berkomunikasi secara baik dengan masyarakat berbilang bangsa.

Dan saya yakin, dengan penguasaan bahasa inggeris ini akan membantu saya menjalankan tugas secara efektif sekiranya saya dilantik kelak untuk menjawat jawatan ini.

Saya sertakan sekali sijil penyertaan pertandingan debat itu sebagai rujukan tuan.

Dalam menjadi kakitangan kerajaan, anda perlu pandai bergaul dengan semua golongan masyarakat yang berbilang bangsa, terutama sekali jika jawatan itu memerlukan anda bergaul secara langsung dengan masyarakat.

Jika anda mampu mengaitkan bagaimana kekuatan berbahasa inggeris ini dengan skop tugasan sesuatu jawatan, itu cukup membuktikan anda tahu tentang tugas jawatan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Anda juga boleh meminta izin panel temuduga untuk bercakap dalam bahasa inggeris sebagai menguatkan lagi hujah anda itu.

Semoga Bermanfaat.

Saya harap dengan skrip jawapan ‘apakah kekuatan anda’ ini boleh membantu anda dalam temuduga anda nanti.

Tahu tak kenapa jawapan klise di atas tu boleh menggagalkan? Ada tiga sebab utama:

1. Tiada bukti konkrit – Calon hanya bercakap tentang suka cabaran, tetapi tidak memberikan contoh pengalaman yang menunjukkan kemampuan menangani cabaran.

2. Ayat terlalu umum – Jawapan ini boleh dihafal oleh sesiapa sahaja dan tidak menggambarkan personaliti sebenar calon.

3. Berlebihan – Self claim seperti “saya tidak selesa jika tiada cabaran” kedengaran tidak realistik dan mungkin membuat panel temuduga rasa sangsi akan kejujuran calon.

Belajar Sesuatu?

Adakah anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya ini? Jika ya, saya syorkan anda untuk baca perkongsian daripada panel temuduga di salah satu jabatan kerajaan.

Beliau ada kongsikan pengalaman beliau sendiri, apakah punca yang menyebabkan beliau kerap menggagalkan ramai calon semasa sesi temuduga kerja kerajaan.

Karakter apakah yang cuba beliau cari dalam setiap calon temuduga? Jom klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.