Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41 – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai penyelidik? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41?

    Sebelum cikgu kongsikan tips menjawab dan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik pegawai penyelidik gred Q41? Bukan apa, cikgu tengok masih ramai calon yang pertama kali ambil ujian ni dan mereka masih kurang faham apa itu ujian ini sebenarnya.

    Asal Usul Ujian Psikometrik

    Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik. Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mencungkil sikap sebenar seseorang calon.

    Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

    Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif. Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

    • Ya atau tidak
    • Betul atau salah
    • Ya atau betul atau tidak pasti
    • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

    “Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?” Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

    “Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

    Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

    Tujuan Ujian Psikometrik

    Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

    Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

    Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Sebulan? Setahun?

    Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan. Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.

    “Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

    Ya memang macam itu dan itulah tujuan utama ujian ini dijalankan. Lulus dan gagal seseorang calon itu bergantung kepada kekosongan jawatan. Ada jawatan mempunyai 500 kekosongan, jadi pihak SPA akan meluluskan seramai 5,000 calon.

    Ada jawatan hanya ada 2 kekosongan sahaja. Ketika ini pihak SPA hanya akan meluluskan seramai 20 orang calon sahaja. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.

    Persoalannya sekarang, anda bakal berada dalam kategori calon yang diluluskan ataupun digagalkan? Jom baca perkongsian di bawah ini agar anda lebih jelas bagaimana hendak berada dalam kelompok calon yang diluluskan ini.

    Ujian Psikometrik 199 Soalan

    “Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

    Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 130 soalan, ada 199 soalan, dan ada 320 soalan. Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya.

    “Masa pulak macam mana tu cikgu?”.

    Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 4 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

    Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

    Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan Pegawai Penyelidik Q41 sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan pegawai penyelidik.

    Antara skop tugas seorang pegawai penyelidik ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan. Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seorang yang ada personaliti kreatif dan seorang yang teliti.

    Sikap kreatif ini penting dalam membangunkan idea dan konsep baru dalam bidang teknologi mikroelektronik dan maklumat. Sikap teliti pula penting untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan menghindari kesilapan dalam eksperimen dan pengujian dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat.

    Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai penyelidik itu perlu ada personaliti kreatif dan juga perlu ada tahap ketelitian yang tinggi dalam diri mereka. Sekiranya sikap-sikap ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

    “Jadi ujian ni nak uji sikap teliti dan kreatif je ke cikgu?”

    Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugas sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan Pegawai Penyelidik Q41, iaitu:

    • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
    • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

    Berdasarkan skop tugasan ini, adakah anda mempunyai sifat-sifat untuk melaksanakan skop tugas ini? Jika anda mempunyai sifat-sifat ini, peluang anda untuk lulus ujian akan lebih tinggi. Ketua jabatan akan memilih individu yang mempunyai sifat-sifat yang diingini untuk melaksanakan tugas dalam jabatan tersebut.

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

    Anda akan diminta menjawab soalan-soalan psikometrik pegawai penyelidik yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan. Jawapan anda nanti akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini. Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.

    20 Soalan & Huraian Jawapan

    Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

    Soalan 1: Saya memastikan semua keadaan di dalam rumah kemas sebelum meninggalkan rumah.

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Kurang Setuju
    • Setuju
    • Sangat Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 3: Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan hubungan romantik anda?

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 7: Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas.

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Kurang Setuju
    • Setuju
    • Sangat Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Kurang Setuju
    • Setuju
    • Sangat Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 10: Saya selalu diperkenalkan oleh orang lain apabila menghadiri majlis-majlis keramaian.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Kurang Setuju
    • Setuju
    • Sangat Setuju
      Jawapan: Klik Sini

    Soalan 14: Saya cepat bosan apabila berada dalam majlis keramaian.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 16: Walaupun pasukan sekolah saya tiada harapan untuk menang, saya tetap memberikan sokongan kepada mereka.

    • Setuju
    • Tidak Setuju

    Soalan 17: Apabila rakan-rakan mengatakan sesuatu yang kurang baik tentang keluarga saya, saya akan berasa tersinggung.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 19: Saya tidak akan menyesali setiap tindakan yang telah saya lakukan.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawata awam.

    Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.

    Kuiz Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

    Soalan 1

    Saya suka mengambil risiko bagi memastikan setiap tugasan jadi lebih mencabar.

    Tips Lulus Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

    Soalan ujian psikometrik pegawai penyelidik gred Q41 ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik pegawai penyelidik gred Q41, pihak yang menilai ialah SPA.

    Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik pegawai penyelidik.

    Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

    Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2 dan soalan 14 di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara dua soalan ini.

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

    Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

    Tetapkan Pendirian Anda.

    Soalan 12 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 12 dan 15 ini.

    Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

    Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

    Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

    Perwatakan sangat gemar bersosial.
    Soalan 2 = sokong.
    Soalan 12 = sokong.
    Soalan 15 = bangkang.

    Perwatakan tidak gemar bersosial.
    Soalan 2 = bangkang.
    Soalan 12 = bangkang.
    Soalan 15 = sokong.

    Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 12 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

    “Cikgu, kalau pendirian tu bercanggah pula macam mana?”

    Ketika ini pihak SPA akan anggap seseorang calon itu cuba berlaku tidak jujur ketika menjawab soalan. Sebab psikologi seorang penipu, mereka tak ada pendirian yang tetap. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini. Tak ada pendirian.

    Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

    Nampah Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

    Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon. Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

    Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?

    Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain?

    Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

    Artikel berkaitan: Jawapan Psikometrik Soalan Goreng Pisang

    Rekemendasi Daripada Cikgu.

    “Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pegawai penyelidik Q41 ini? Share lah sikit tips cikgu”

    Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).

    “Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”

    Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Infokerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik pegawai penyelidik Q41.

    buku ujian psikometrik gred 29

    Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

    Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai. Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

    Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

    Bonus Untuk Anda

    Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

    Penutup.

    Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik pegawai penyelidik Q41 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

    Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik pegawai penyelidik Q41 yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

    Pss.. Anda tahu tak bagaimana pihak SPA menggagalkan calon? Jom baca taktik licik ini dengan klik butang di bawah ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *