Contoh Soalan Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Adakah anda mencari contoh soalan latihan pembantu kesihatan awam? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik latihan pembantu kesihatan awam dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menduduki latihan pembantu kesihatan awam ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.

Format Soalan Psikometrik Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Berdasarkan kepada ujian latihan pembantu kesihatan awam yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik. Setiap soalan hanya diberikan dua pilihan jawapan sahaja, seperti:

  • Ya atau tidak.

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian online kerajaan ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon.

Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil.

Ini disebabkan terdapat kouta dalam setiap ambilan calon pada setiap tahun. Hanya calon yang betul-betul menepati ciri-ciri yang dikehendaki sahaja akan diluluskan dalam ujian ini.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Ini?

Perkara yang cuba dinilai untuk layak menduduki latihan pembantu kesihatan awam bergantung kepada ke arah mana kecenderungan minat seseorang.

Sekiranya minat seseorang itu ke arah seorang perawatan, peluang untuk lulus dalam ujian ini akan lebih tinggi. Jika kecenderungan itu hanya ada sikit, ataupun minat ke arah yang lain, maka seseorang calon itu akan digagalkan.

Mereka digagalkan bukan sebab mereka bersifat negatif, kerana kesemua soalan tidak bertanyakan pasal soalan bersifat negatif. Mereka digagalkan disebabkan personaliti dan minat mereka yang tidak sesuai untuk menjalani program latihan ini.

Sekiranya calon-calon yang tiada minat yang mendalam ini diserap masuk ke dalam latihan ini, mereka selalunya tidak akan mengabiskan tempoh latihan mereka.

Apabila ada peluang pekerjaan yang lebih menarik minat mereka, mereka sanggup untuk berhenti daripada program latihan ini, dan mengejar apa yang mereka sebenarnya minat.

Anda perlu tahu, tak kesemua calon yang menyertai program latihan ini disebabkan atas kerelaan mereka sendiri. Ada sesetengah kes, mak ayah yang beria nak anak mereka menyertai latihan ini.

Sedangkan anak mereka sendiri tidak berminat. Atas sebab tak nak mengecewakan mak dan ayah mereka, mereka secara terpaksa menyertai program latihan ini.

Calon seperti inilah pihak kementerian tak nak ambil. Calon seperti ini akan disingkirkan seawal ujian online lagi bagi mengelakkan kes calon minta berhenti ketika menjalani program latihan dapat dikurangkan.

Contoh Soalan Psikometrik Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Dalam ujian psikometrik latihan pembantu kesihatan awam, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan.

Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini.

Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.

15 Soalan Latihan Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Di bawah ini merupakan 15 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. 

Soalan 1: Saya mempunyai kebolehan memahami maksud disebalik lagu yang dinyanyikan oleh seseorang.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 2: Saya mahir menggunakan alat-alat elektrik logam di bengkel seperti gerudi elektrik.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 3: Saya mahir menamakan tiga jenis makanan yang mempunyai kandungan protien yang tinggi.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4: Saya mahir melukis gambar manusia sehingga dapat dikenali.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 5: Saya berkebolehan menerangkan secara terperinci bagaimana saliran perpaipan rumah berfungsi.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 6: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 7: Saya berkebolehan menerangkan secara terperinci bagaimana panel suria menghasilkan tenaga elektrik.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 8: Saya seorang yang mahir menggunakan pita pengukur untuk mengukur panjang sesuatu objek.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 9: Saya pantas membuat pengiraan walaupun tidak menggunakan kalkulator.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 10: Saya cekap melalukan banyak kerja bertulis dalam masa yang singkat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 11: Saya mahir menyimpan rekod-rekod bayaran atau jualan dengan rapi.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 12: Saya gemar mengetuai kumpulan dan mencapai satu-satu matlamat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 13: Saya mahir menerangkan sesuatu dengan jelas.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 14: Saya berminat untuk menjadi pengarah pentas.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 15: Saya berminat untuk menjadi seorang operator jana elektrik.

A. Ya
B. Tidak

Kuiz Psikometrik

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil sama ada personaliti anda sesuai mengikuti program latihan ini ataupun tidak sahaja.

Adakah anda memiliki personaliti ini? Jom jawab kuiz 24 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.


Tips Lulus Psikometrik Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Ujian ini menfokuskan kepada personaliti seorang jururawat dan ada kecenderungan minat ke arah perawatan.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan seorang perawatan dan personaliti yang terarah kalau nak lulus ujian ini.

Lagi satu, jangan tersalah memilih soalan. Ujian psikometrik ini skopnya luas. Terdapat banyak soalan psikometrik yang boleh anda cari. Tapi soalan yang betul-betul sesuai dengan latihan pembantu kesihatan awam tak sama dengan soalan psikometrik yang lain.

Koleksi 192 Soalan Psikometrik

Disebabkan latihan pembantu kesihatan awam merupakan salah satu dari program latihan separa perubatan, saya highly recommended kepada anda untuk baca ebook ini.

Dalam ebook koleksi 192 soalan ini, saya telah pun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Ya, soalan sebenar yang pernah ditanya dalam ujian pada tahun 2021 dan 2022.

Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan psikometrik ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Klik butang di bawah ini untuk download.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan psikometrik latihan pembantu kesihatan awam ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *