Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu awam? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11?

    Sebelum cikgu kongsikan tips menjawab dan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik pembantu awam gred h11? Bukan apa, cikgu tengok masih ramai calon yang pertama kali ambil ujian ni dan mereka masih kurang faham apa itu ujian ini sebenarnya.

    Asal Usul Ujian Psikometrik

    Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik. Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mencungkil sikap sebenar seseorang calon.

    Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

    Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif. Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

    • Ya atau tidak
    • Betul atau salah
    • Ya atau betul atau tidak pasti
    • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

    “Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?” Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

    “Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

    Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

    Tujuan Ujian Psikometrik

    Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

    Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

    Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Sebulan? Setahun?

    Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan. Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.

    “Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

    Ya memang macam itu dan itulah tujuan utama ujian ini dijalankan. Lulus dan gagal seseorang calon itu bergantung kepada kekosongan jawatan. Ada jawatan mempunyai 500 kekosongan, jadi pihak SPA akan meluluskan seramai 5,000 calon.

    Ada jawatan hanya ada 2 kekosongan sahaja. Ketika ini pihak SPA hanya akan meluluskan seramai 20 orang calon sahaja. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.

    Persoalannya sekarang, anda bakal berada dalam kategori calon yang diluluskan ataupun digagalkan? Jom baca perkongsian di bawah ini agar anda lebih jelas bagaimana hendak berada dalam kelompok calon yang diluluskan ini.

    Ujian Psikometrik 199 Soalan

    “Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

    Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 130 soalan, ada 199 soalan, dan ada 320 soalan. Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya.

    “Masa pulak macam mana tu cikgu?”.

    Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 4 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

    Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11.

    Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan Pembantu Awam H11 sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan pembantu awam.

    Antara skop tugas seorang pembantu awam ialah bertanggungjawab dalam tugas-tugas persiapan dan logistik sebelum dan selepas majlis rasmi atau mesyuarat seperti alat siaraya dan kerusi/meja. Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seorang yang ada personaliti teliti dan seorang yang ada semangat kerjasama.

    Sikap teliti ini penting untuk memastikan semua peralatan dan keperluan yang diperlukan telah disediakan. Sikap kerjasama pula penting dalam bekerja dengan rakan sekerja dan berkomunikasi dengan baik untuk memastikan tugas dijalankan dengan lancar.

    Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu awam itu perlu ada semangat kerjasama dan juga perlu ada tahap ketelitian yang tinggi dalam diri mereka. Sekiranya sikap-sikap ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

    “Jadi ujian ni nak uji sikap teliti dan kerjasama je ke cikgu?”

    Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugas sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan Pembantu Awam H11, iaitu:

    • Menerima dan merekod aduan kerosakan dari pelanggan.
    • Melaksanakan lain-lain tugasan rencam seperti pembersihan longkang, pemotongan rumput dan dahan pokok serta tugas-tugas landskap serta keceriaan kawasan.
    • Membersih dewan/ bangunan/bilik-bilik mesyuarat berkaitan.
    • Menjalankan pemeriksaan harian/ berkala ke atas peralatan/ ruang kerja yang berada di bawah pengawasan.
    • Memastikan peralatan/ ruang kerja yang berada di bawah pengawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat beroperasi dengan baik untuk digunakan pada bila-bila masa.

    Berdasarkan skop tugasan ini, adakah anda mempunyai sifat-sifat untuk melaksanakan skop tugas ini? Jika anda mempunyai sifat-sifat ini, peluang anda untuk lulus ujian akan lebih tinggi. Ketua jabatan akan memilih individu yang mempunyai sifat-sifat yang diingini untuk melaksanakan tugas dalam jabatan tersebut.

    20 Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

    Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan psikometrik akan ditanyakan kepada anda. Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.

    Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik pembantu awam gred h11 yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

    Soalan 1: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ sudah tidak sesuai dengan keadaan masa sekarang.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 3: Tugasan yang tidak menjanjikan kejayaan tidak sepatutnya diteruskan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 4: Walaupun ramai kawan tidak bersetuju dengan pendapat saya, itu tidak mematahkan semangat saya untuk teruskan apa yang saya rasa betul.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 5: Saya sukar memberikan kepercayaan kepada orang lain terutama orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 6: Rakan-rakan tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan saya kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 7: Ramai kawan rapat saya pandai dalam merekacipta lagu patrotik.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 9: Setiap orang berhak diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang mereka telah lakukan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 10: Saya lebih suka memperkenalkan diri saya sendiri kepada tetamu sekiranya menghadiri majlis keramaian.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 11: Saya lebih gemar membaca majalah sains fiksyen berbanding majalah hiburan.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 13: Rakan-rakan suka berkongsi masalah peribadi mereka dengan saya.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.

    • Setuju
    • Tidak Setuju

    Soalan 17: Saya rasa tersinggung apabila ada rakan mengatakan perkara yang kurang baik tentang keluarga saya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 19: Saya menyesal dengan tindakan yang telah saya lakukan.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Kuiz Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

    Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang pembantu awam.

    Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.

    Soalan 1

    Saya suka mengambil risiko bagi memastikan setiap tugasan jadi lebih mencabar.

    Tips Lulus Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

    Soalan ujian psikometrik pembantu awam gred h11 ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik pembantu awam gred h11, pihak yang menilai ialah SPA.

    Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik pembantu awam.

    Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

    Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2 dan soalan 14 di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara dua soalan ini.

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

    Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

    Tetapkan Pendirian Anda.

    Soalan 12 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 12 dan 15 ini.

    Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

    Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

    Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

    Perwatakan sangat gemar bersosial.
    Soalan 2 = sokong.
    Soalan 12 = sokong.
    Soalan 15 = bangkang.

    Perwatakan tidak gemar bersosial.
    Soalan 2 = bangkang.
    Soalan 12 = bangkang.
    Soalan 15 = sokong.

    Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 12 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

    Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvert dan extrovert sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extrovert, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvert.

    personaliti psikometrik pembantu awam h11
    Dua golongan perwatakan manusia.

    “Cikgu! Antara introvert dengan extrovert, golongan mana yang lebih baik?”

    Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni. Ada sesetengah calon anggap golongan extrovert lah yang paling baik. Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvert dan extrovert saling melengkapi antara satu sama lain.

    “Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvert dengan extrovert ni cikgu?”

    Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon ada perwatakan extrovert akan dipilih. Jika jawatan itu memerlukan tahap ketelitian yang tinggi, calon berperwatakan introvert pula akan dipilih.

    Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

    Jika dinilai daripada sudut psikologi, individu introvert lebih teliti berbanding individu extrovert. Individu introvert lebih fokus kepada objektif, manakala individu extrovert pula lebih cenderung kepada keseronokan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

    Nampah Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

    Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon. Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

    Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?

    Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain?

    Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

    Rekemendasi Daripada Cikgu.

    “Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pembantu awam gred h11 ini? Share lah sikit tips cikgu”

    Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).

    “Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”

    Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Infokerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik pembantu awam gred h11.

    buku ujian psikometrik gred 29

    Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

    Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai. Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

    Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

    Bonus Untuk Anda

    Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

    Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya disentuh sedikit sahaja.

    Dalam ebook bonus, saya sediakan kes study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.

    Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.

    Penutup.

    Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik pembantu awam gred h11 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

    Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik pembantu awam yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

    Pss.. Anda tahu tak bagaimana pihak SPA menggagalkan calon? Jom baca taktik licik ini dengan klik butang di bawah ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *