200+ Contoh Soalan Ujian SPiER Imigresen 2023

Adakah anda mencari contoh soalan SPiER Imigresen? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan SPiER Imigresen dan tips untuk lulus ujian ini.

cikgu khairul ajar ujian pustakawan s41

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian SPiER Imigresen?

Untuk pengetahuan anda, SPiER merupakan singkatan daripada Sistem Pemprofilan Rekrutmen. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah anda mempunyai ciri-ciri seorang anggota imigresen ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.

SPiER Mencari Personaliti Penguat Kuasa.

Sebenarnya, soalan psikometrik ini bersifat umum. Semua jawatan gred 11, 19, 29 dan 41 menggunakan soalan yang sama.

Jawatan pegawai psikologi itulah soalannya, jawatan pegawai alam sekitar masih soalan sama, jawatan pegawai pembangunan masyarakat pun itulah soalannya. Sehinggalah kepada jawatan pembantu dan penolong, tetap menggunakan soalan yang sama.

Berlainan dengan soalan SPiER. Soalan ini lebih menfokuskan personaliti seorang anggota penguat kuasa. Contohnya seperti jawatan pegawai kastam, polis, imigresen dan jawatan penguat kuasa yang lain.

Jadi anda nampak tak kat situ, bagaimana ujian psikometrik ini berbeza dengan ujian SPiER.

Lulus Psikometrik Tak Menjamin Lulus SPiER

“Jadi, ada jaminan tak kalau seseorang calon itu berjaya lulus ujian psikometrik, adakah calon tu akan automatik lulus ujian SPiER?”

Jawapannya TIDAK. Sebab dah ramai calon yang lulus ujian psikometrik sebelum ini telah digagalkan di ujian SPiER. Ianya disebabkan ujian psikometrik dan ujian SPiER ini mempunyai skop penilaian yang berbeza.

Daripada bentuk soalan pun tak sama. Jadi anda perlu pastikan anda buat latihan menggunakan format soalan yang tepat. Kalau tak, memang akan membazirkan masa.

Format Soalan SPiER Imigresen

Berdasarkan kepada ujian SPiER imigresen yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan objektif. Setiap soalan hanya diberikan empat pilihan jawapan seperti:

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER Imigresen?

Berdasarkan kepada soalan SPiER imigresen yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kecergasan seseorang calon.

Seorang anggota imigresen yang berkelayakan memerlukan tahap kecergasan badan yang tinggi bagi memastikan anggota itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Dalam sesetengah keadaan, pegawai imigresen perlu menahan suspek untuk siasatan lanjut. Situasi ini mungkin memerlukan kekuatan fizikal untuk mengawal individu yang mungkin cuba melawan.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap kecergasan seseorang calon.

Contoh soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER imigresen ialah tahap integriti seseorang calon. Ini merupakan ciri yang sangat penting bagi setiap anggota imigresen. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika dan moral.

Anggota imigresen adalah pihak berkuasa yang dipercayai oleh masyarakat untuk menjaga pintu masuk negara. Jika anggota tidak memiliki integriti, banyak kesan buruk kepada negara seperti seperti gejala rasuah dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon.

Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Contoh Soalan SPiER Imigresen

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.

Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang anggota imigresen yang dicari oleh ketua jabatan imigresen.

10 Soalan SPiER Terkini

Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER imigresen yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 2: Saya rasa bangga menjadi salah seorang anggota imigresen.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 3: Saya suka kepada peraturan, tapi saya kurang mengamalkan rukun negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 4: Saya percaya diri saya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Dalam masa yang sama, saya juga percaya menyanyikan lagu Negaraku semasa perhimpunan sikit kurang relevan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 6: Saya suka menganalisa personaliti individu yang saya temui.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 7: Ketika berbual-bual dengan kenalan baru, saya tidak memberitahu lebih daripada apa yang sepatutnya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 8: Saya seorang yang pandai menyimpan rahsia.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 10: Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang sangat berani secara sosial.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya


Tips Lulus SPiER

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER imigresen ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada personaliti seorang anggota penguatkuasa.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan seorang anggota penguatkuasa kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 200 Soalan SPiER

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan SPiER ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

RM49 RM27 sahaja.
Klik butang di bawah ini untuk pembelian.

Anda lulus ujian psikometrik ni dah kira bertuah sangat. Sebab masih ramai calon yang ambil ujian psikometrik tapi digagalkan oleh SPA. Jadi jangan sia-siakan peluang ini.

Nak praktis jawab soalan SPiER tu kena pastikan itu betul-betul soalan SPiER. Jangan guna soalan psikometrik. Sebab kedua-dua ujian ini berbeza daripada sudut format penilaian.

Jika kedua-dua ujian ini sama, untuk apa calon masih wajib ambil ujian ini lagi? Bukan kah dah jawab ujian psikometrik sebelum ini. Harap anda jelas tentang ujian ini.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan SPiER imigresen ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER imigresen yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

16 thoughts on “200+ Contoh Soalan Ujian SPiER Imigresen 2023”

    1. Cikgu Khairul

      Boleh download jawapan dekat page download. Ada dua pdf dekat page download. Satu koleksi 200 soalan, dan lagi satu cadangan jawapan.

    1. Cikgu Khairul

      Ya dapat terus. Saya dah set kan dalam sistem. Selepas bayar terus akan redirect ke halaman download. Sebagai backup, sekiranya tak redirect, saya dah set kan satu emel sebagai salinan pembayaran. Boleh download dekat emel jugak.

    2. Contoh soalan : Saya suka kepada peraturan, tapi saya kurang mengamalkan rukun negara.

      Yg ni nak jawab macam mana cikgu, first tu mencerminkan diri, second tu tidak mencerminkan diri. Konfius pulak

    1. Cikgu Khairul

      Secara ringkasnya, ujian spier ni nak cari seorang calon yg ada personaliti seorang anggota penguat kuasa. Contoh paling mudah, cuba cik tengok pada anggota polis. Sbb polis pun penguat kuasa jgk.

      Apa personaliti yg cik nampak pada seorang anggota polis tu? Adakah anggota polis itu seorang friendly hingga boleh di bawa bergurau? Ataupun seorang yg tegas dan serius?

      Kalau lulus ujian spier ini, itu bermaksud dalam diri seseorang itu menepati personaliti seorang anggota penguat kuasa yg dicari. Kalau gagal sekalipun jangan anggap itu sebagai kelemahan diri.

      Cuma personaliti diri shj yg tidak sesuai dengan jawatan. Sebab nanti, personaliti diri inilah yg akan tentukan adakah seseorang calon itu dapat melaksanakan skop tugas ataupun tidak.

    1. Cikgu Khairul

      Ebook sahaja. Bermaksud tak ada buku fizikal akan dipos. Cik akan dapat download on the spot selepas selesai payment dan boleh baca terus. Tak perlu tunggu berhari-hari untuk buku sampai.

  1. Assalamualaikum cikgu khairul, saya nak tanya kalau esok saya bayar melalui bank adakah esok jugak saya boleh dapat ebook ni?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *