Huraian Jawapan.

Jika soalan ini muncul dalam ujian psikometrik nanti, apakah jawapan yang anda akan pilih?

Soalan 1: Orang yang membeli barangan curi sama buruk perangai dengan orang yang mencurinya.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju

Kalau diikutkan kepada situasi soalan, kedua-dua barang tu adalah hasil kecurian. Orang yang membeli pun memiliki barangan curi, orang yang lakukan aktiviti pencurian pun memiliki barangan curi.

Jadi, apakah sikap tersembunyi yang cuba dicungkil dalam soalan ini? Adakah sikap tegas? Ataupun sikap disiplin? Ataupun tabiat suka bersangka buruk terhadap orang lain?

Apa Kata Calon?

“Semua soalan psikometrik ni merupakan situasi yg mana watak si A dan si B adalah watak yg kenal mengenail satu sama lain. Jd kalau dia kata A membeli brg curi dari B. Maknanya, A mmg tahu B tu mencuri. So, jawapan dia Sangat setuju.” – Ikhwan.

“D jawapannya. Orang yang memberi barangan curi seperti menyokong perbuatan tersebut. Pendapat sayalah.” – Keyna.

“Setuju. Ayat pernyataan dalam tu barangan curi, memang kita dah tahu, tapi jawapan sebenar soalan tu xtau, sekali dah gagal ujian hari tu ” – Ridzuan.

“Soklan dia xlengkap. Kite nak jawab kena tanya dia balik, orang yang beli barang curi tu tahu atau tidak, itu barang curi. Kalau tau, jawapan setuju la. Kalau dia tak tau, jawapan tak setuju la. Sape buat soalan ni. Tolong muncul sket.” – Nurul.

“Bagi saya, jawapan dia sangat tidak setuju sebab kalau kata pembeli barang curi perangai sama maksudnya dia takkan membeli dia mestilah mencuri jugak” – Syiha.

Ada Pendapat Sendiri.

Inilah yang akan berlaku apabila soalan ujian psikometrik cuba untuk dibincangkan. Tak akan ada pendapat yang betul dan salah. Sebab setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. 

Pendapat ini pula muncul daripada pendirian dan idealisasi setiap inidividu. Akan berbeza-beza,

Soalan Sama Kategori.

Soalan-soalan di bawah ini pula merupakan soalan dalam kategori yang sama dengan soalan 1. Pastikan jawapan anda tidak bercanggah antara satu sama lain.

Soalan 2: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 3: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 4: Saya sering membiarkan orang lain mengambil kesempatan daripada saya untuk menjaga perasaan mereka.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 5: Walaupun saya tahu saya di pihak yang benar, saya secara sukarela mengalah hanya untuk mengelakkan berlakunya pertengkaran yang berlarutan.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan Nak Uji Apa?

Saya huraikan secara terperinci bagaimana nak memilih jawapan paling sesuai dengan personaliti diri anda. Saya yakin jawapan anda lebih konsisten kalau anda tahu kategori soalan ini.

Sila klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.