Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

Adakah anda mencari soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik

Sebelum cikgu kongsikan soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.

Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.

Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

“Kalau senang, jadi ramailah yang patut lulus kan cikgu?”

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.

Tujuan Ujian Psikometrik

Tujuan ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Objektif utamanya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Dua bulan? Setahun?

Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:20. Dalam 20 calon, seorang akan lulus. Jika 10,000 calon yang dipanggil exam, hanya 500 calon sahaja yang akan dipanggil ke peringkat temuduga.

“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

Ya, tepat sekali. Anda perlu tahu, tak semua calon yang dipanggil exam tu nanti berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ada yang berfikir apa salahnya dia mencuba nasib, ada rezeki lulus lah kan.

Hanya calon yang berkualiti dan betul-betul inginkan jawatan itu sahaja yang berusaha untuk lulus ujian itu nanti.

Ujian Psikometrik 199 Soalan

Jika ditanyakan berapakan jumlah soalan ujian psikometrik ini? Berdasarkan exam gred jawatan yang lepas, terdapat 199 soalan bakal ditanyakan kepada anda.

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Jika dinisbahkan dalam julat yang dekat, anda perlu peruntukan 4 minit dalam menjawab 10 soalan.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, soalan psikometrik selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian.

  • Kepimpinan
  • Kebolehan bersosial
  • Cara berkomunikasi
  • Kerjasama
  • Kestabilan emosi
  • Tahap disiplin diri
  • Kejujuran

Di bawah ini merupakan soalan psikometrik yang mempunyai elemen penilaian di atas.

Soalan 1: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Saya akan memasang radio apabila menunggu lampu isyarat merah bagi mengelakkan kebosanan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 4: Lewat masuk ke pejabat disebabkan berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas boleh dimaafkan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Memaafkan seseorang terhadap kesalahan yang berulang adalah perbuatan sia-sia.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Saya akan meminta rakan sekerja untuk menyiapkan tugasan saya sekiranya saya sedang sibuk.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 7: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti

Soalan 10: Apabila lagu Negaraku dimainkan, saya akan tengok orang sekeliling dahulu sebelum saya berdiri tegak tanda memberi kehormatan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 11: Saya kerap merasa lemau apabila cuti dihujung minggu berbanding dengan bercuti di pusat peranginan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 13: Kerja secara berkumpulan selalunya banyak perkara yang tidak bersependapat.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 14: Saya selalu menghadiri majlis hari jadi kawan saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Saya mempunyai ramai kawan rapat yang suka mengumpat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 17: Saya rasa tercabar apabila ada pekerja bawahan saya mempertikaikan keputusan yang telah saya buat.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 19: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk tidak mudah berputus asa.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti

Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Tips Lulus Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29

Soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam, pihak yang menilai ialah SPA.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, 12 dan soalan 15 di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara dua soalan ini.

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 12 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 12 dan 15 ini.

Soalan 12: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2 = sokong.
Soalan 12 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.

Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang.
Soalan 12 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 12 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Ketika ini pihak SPA akan anggap seseorang calon itu cuba berlaku tidak jujur ketika menjawab soalan. Sebab psikologi seorang penipu, mereka tak ada pendirian yang tetap. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini. Tak ada pendirian.

“Cikgu! Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon suka bersosial atau tak suka bersosial ni?”

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvert dan extrovert sahaja. Orang yang suka bersosial ini berada dalam kategori extrovert, manakala orang yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvert.

Dua golongan perwatakan manusia.

Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

“Cikgu! Antara introvert dengan extrovert, yang mana lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan calon tu dengan jawatan.

Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon ada perwatakan extrovert akan dipilih. Jika jawatan itu memerlukan tahap ketelitian yang tinggi, calon berperwatakan introvert pula akan dipilih.

Jika dinilai daripada sudut psikologi, individu introvert lebih teliti berbanding individu extrovert. Individu extrovert lebih mementingkan keseronokan, manakala individu introvert pula lebih fokus pada objektif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Nampah Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

Kalau anda fikir ujian psikometrik ini mudah nak lulus, itu kesilapan pertama anda. Anda kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini dijalankan. Iaitu untuk mengecilkan jumlah calon kepada satu jumlah yang tersangat kecil. Kalau ujian ini mudah, pasti akan ramai yang lulus ujian ni kan? Jadi tak berfungsi lah ujian ni nak mengecilkan jumlah calon tu.

Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?

Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain?

Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

Artikel berkaitan: Huraian Jawapan Psikometrik Soalan Goreng Pisang

Telegram Rasmi Psikometrik 2022

Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.

Kuiz Psikometrik

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat 20/20 okey.

“Macam banyak sangat je tu cikgu”

Okey, saya ubah sikit kepada 16/20. Macam mana? Kalau dapat skor 16/20 pun dah cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak. Klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.

Rekemendasi Daripada Cikgu

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik SPA ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus kepada 18 elemen penilaian dalam ujian psikometrik.

“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna”

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik SPA.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Apa yang saya perasan, ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.

Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu sokong. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

Bonus Psikometrik Dari Cikgu

Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

Penutup

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik pembantu penyediaan makanan dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik pembantu penyediaan makanan yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

Pss… Anda tahu tak bagaimana pihak SPA menggagalkan calon? Jom baca taktik licik ini dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.