Markah Lulus Ujian Psikometrik SPA Tahun 2024

Berapa markah lulus ujian psikometrik SPA? Mungkin inilah yang anda cari kan? Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda berapakah markah lulus sebenar ujian psikometrik SPA pada tahun ini.

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini sedikit berbeza dengan ujian yang lain. Ujian matematik ataupun kefahaman bahasa inggeris mempunyai jawapan yang tetap, tetapi berlainan pula dengan soalan psikometrik.

Ujian psikometrik tak ada jawapan betul dan tak ada jawapan yang salah. Lulus atau gagal ujian ini akan dipengaruhi kepada empat perkara utama, iaitu:

  1. Perwatakan Menepati Perwatakan Jawatan
  2. Kekosongan Jawatan
  3. Bilangan Calon
  4. Tahap Kerjasama Calon

Bagaimana perwatakan jawatan, kekosongan jawatan, bilangan calon dan tahap kerjasama ini boleh mempengaruhi markah lulus ujian psikometrik?

Jom saya kongsikan bagaimana dua perkara boleh menjadi penyebab utama.

Perwatakan Menepati Perwatakan Jawatan

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini dijalankan apabila terdapat kekosongan jawatan dalam sesuatu jabatan kerajaan. Pihak SPA ini pula adalah agensi untuk merekrut calon.

Jadi, ketua jabatan akan meminta pihak SPA untuk mencari calon-calon yang mereka kehendaki bersesuaian dengan skop tugasan jawatan yang ada kekosongan itu.

Ramai calon ujian psikometrik beranggapan nak lulus ujian psikometrik ini, calon kena selalu berperwatakan positif. Ya, memang perkara itu betul. Tapi, ujian ini bukanlah nak mencari calon yang bersikap positif semata-mata.

Jom saya kongsikan kenapa saya berkata demikian.

Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersikap seorang ketua, tapi anda tonjolkan perwatakan seorang pengikut melalui jawapan yang anda jawab, anda akan gagal secara automatik ujian ini.

Anda gagal bukanlah disebabkan mempunyai sikap negatif, tapi perwatakan anda itu tidak menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Begitulah sebaliknya. Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersikap seorang pengikut, tapi anda tonjolkan perwatakan seorang ketua. Itu pun akan gagal juga kerana tidak menepati ciri-ciri yang dicari.

Saya bagi satu lagi contoh.

Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang menepati masa, anda perlu tonjolkan sikap menepati masa bagi memastikan anda boleh lulus ujian ini.

Nanti soalan akan menguji anda adakah anda mempunyai sikap menepati masa ataupun tidak. Contoh soalannya seperti di bawah ini:

Soalan 1: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Jika pernyataan ini dinilai daripada sudut penilaian menepati masa, anda menyokong bermaksud anda tiada sikap menepati masa. Jika anda membangkang pula, itu membuktikan anda seorang yang menepati masa.

Peluang untuk lulus memang tinggi jika anda membangkang pernyataan ini kerana ianya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Tapi, apa akan jadi jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang mempunyai semangat kerjasama dalam kumpulan? Jika anda membangkang pernyataan ini, anda akan gagal secara automatik.

Jika anda menyokong pula anda ada peluang yang tinggi untuk lulus. Anda lulus disebabkan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Kekosongan Jawatan

Untuk ujian psikometrik, berapa ramai calon dipanggil ke peringkat temuduga bergantung kepada kekosongan jawatan. Selalunya menggunakan nisbah 1:10.

Jika ada 1 kekosongan jawatan, 10 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga. Jika ada 100 kekosongan jawatan, 1,000 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga.

Jadi, bukanlah bermaksud anda perlu dapatkan markah 80% atau 90% baru lulus ujian ini. Jika banyak kekosongan, peluang untuk anda lulus memang tinggi sekiranya menepati ciri-ciri yang dicari oleh ketua jabatan.

Sebaliknya, jika kekosongan jawatan sedikit, contohnya tiga kekosongan, anda terpaksa bersaing dengan calon yang lain. Hanya calon yang terbaik daripada yang terbaik sahaja yang akan lulus.

Bilangan Calon

Setiap kali adanya panggilan exam online, mesti akan ramai calon yang akan dipanggil. Exam kerajaan ni mudah je nak tahu calon yang dipanggil tu ramai atau tak, tengok pada berapa sesi atau berapa hari ujian dijalankan.

Kalau sehari, itu bermaksud calon dipanggil sedikit, kalau 2 hari ke atas, tu bermaksud terdapat ramai calon yang dipanggil. Paling sikit pun dalam 10,000 calon bakal dipanggil untuk mengambil exam.

Dalam 10,000 orang tu pula, tak semua pun akan jawab exam. Selalunya dalam 70% sahaja yang akan jawab exam nanti. Mungkin sebab tak berminat, atau mungkin sebab tak tahu ada panggilan exam, ataupun terlupa.

Jika diambil 70% ini yang jawab exam, bermaksud 7,000 calon akan mengambil exam. Andaikata kekosongan jawatan ada 10 orang, bagaimana daripada calon 7,000 orang tadi nak ditapis menjadi 10 orang?

Ketika inilah, pihak SPA akan memilih calon yang terbaik daripada yang terbaik.

Jika calon yang menepati ciri-ciri dikehendaki oleh ketua jabatan ada 1,000 orang, jumlah calon itu akan ditapis dan dikecilkan kepada 500 orang.

Selepas dah dapat calon 500 orang tu, jumlah tapisan itu akan ditapis sekali lagi sehingga menjadi 100 orang sahaja. Calon perlu bersaing sesama mereka. Hanya terbaik sahaja akan lulus ujian ini nanti.

Mesti Baca: Empat Tips Lulus Ujian Psikometrik SPA

Tahap Kerjasama Calon

Untuk pengetahuan anda, setiap jawapan yang anda pilih nanti akan digunakan sebagai data. Data-data ini akan digunakan untuk membentuk satu profil personaliti.

Sama ada profil personaliti itu betul-betul tepat mencerminkan personaliti sebenar calon ataupun tidak, itu bergantung kepada tahap kerjasama calon semasa menjawab soalan.

Antara soalan psikometrik sebelum ini yang boleh mempengaruhi calon daripada memberikan kerjasama yang baik.

Soalan 2: Saya sentiasa mendengar masalah yang diluahkan oleh rakan-rakan walaupun ketika itu saya pun mempunyai masalah sendiri.

Soalan 3: Saya berasa tidak mengapa untuk mengendahkan peraturan selagi mana saya tidak melanggarnya.

Jika calon tak bagi kerjasama yang baik, ujian ini tidak akan mampu membentuk profil personaliti yang betul-betul tepat. Maksud tidak bagi kerjasama itu ialah calon cuba mengada-ada personaliti yang tak wujud dalam diri mereka.

Disebabkan ujian ini dinilai berdasarkan kecenderungan personaliti seseorang calon, kesan buruknya ialah profil yang bakal dibentuk nanti tidak akan mencerminkan profil personaliti sebenar.

Profil ini amat penting dalam ujian psikometrik. Ianya akan digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang terhadap jawatan yang dia pohon.

Apa Nak Buat Sekarang?

Tak boleh la berharap banyak kekosongan jawatan, tak boleh lah berharap semoga-moga exam nanti calon hadir sedikit.

Sebab itu perkara yang anda tak boleh kawal. Apa yang perlu anda buat ialah buat persiapan sebaik mungkin.

Saya harap dengan perkongsian berapa markah lulus ujian psikometrik ini boleh membantu anda dalam menghadapi ujian nanti.

Pss.. Anda dah tahu bagaimana bentuk soalan psikometrik? Sila klik butang di bawah ini untuk baca.

2 thoughts on “Markah Lulus Ujian Psikometrik SPA Tahun 2024”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *