Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
- Apa Itu Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
- Tujuan Ujian Psikometrik
- Ujian Psikometrik 199 Soalan
- Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Latihan Separa Perubatan?
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan
- Tips Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
- Telegram Rasmi Psikometrik 2023
- Rekemendasi Daripada Cikgu
- Penutup.
Apa Itu Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.
Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
- Betul atau salah
- Ya atau betul atau tidak pasti
- Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.
Kalau senang jadi ramailah yang patut luluskan? Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.
Tujuan Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Setahun?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, itu betul. Jika ada 200 kekosongan jawatan, SPA hanya akan meluluskan 2,000 calon sahaja. Itu pun jika kekosongan jawatan banyak. Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 1 kekosongan? Ia bermaksud hanya 10 calon sahaja yang akan diluluskan oleh SPA. Apabila 10 calon ini dapat dipenuhi, calon yang lain akan digagalkan di atas alasan tidak memenuhi ciri-ciri penilaian bagi jawatan tersebut.
Ujian Psikometrik 199 Soalan
“Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya, dan ada juga jawatan mempunyai 117 soalan. Anda boleh periksa sendiri berapa jumlah soalan ini dekat emel yang dihantar oleh pihak SPA.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Latihan Separa Perubatan?
Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan latihan separa perubatan sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan itu sendiri. Contohnya bagi latihan jurupulih perubatan fisioterapi.
Antara skop tugas seorang pelatih dalam latihan jurupulih perubatan fisioterapi ialah menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “applinces” untuk rawatan serta melatih pesakit. Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seseorang yang mempunyai sikap empati yang tinggi dalam diri.
Sebagai seorang pelatih jurupulih fisioterapi, seseorang itu perlu mempunyai empati yang tinggi untuk membolehkan seseorang pelatih itu memahami dan merasai keadaan dan perasaan pesakit.
Dengan memahami perasaan pesakit, seseorang pelatih akan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan pesakit dan boleh memotivasi pesakit untuk terus berusaha dalam proses pemulihan mereka. Empati juga membantu pelatih untuk mengambil kira keperluan pesakit dan menyediakan latihan yang bersesuaian dengan keadaan fizikal dan emosi pesakit.
Selain daripada sikap empati, pelatih juga perlu mempunyai sikap sabar yang tinggi dalam diri mereka. Pesakit yang menggunakan alat bantuan berjalan mungkin mempunyai masalah fizikal yang memerlukan masa untuk pulih. Dalam hal ini, kesabaran adalah penting untuk memberi pesakit masa yang diperlukan untuk pulih dan berjalan.
Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang pelatih latihan separa perubatan itu perlu ada personaliti empati dan sabar yang tinggi dalam diri mereka. Sekiranya sikap empati dan sabar ini tak wujud ataupun sikap ini wujud tapi pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
“Jadi ujian ni nak uji empati dan sabar je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi pelatih dalam latihan separa perubatan.
Contoh Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Dalam ujian psikometrik latihan separa perubatan, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan. Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini. Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.
30 Soalan & Huraian Jawapan
Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya memastikan semua keadaan di dalam rumah kemas sebelum meninggalkan rumah.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 3: Saya mahir menggunakan alat-alat elektrik logam di bengkel seperti gerudi elektrik.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 4: Saya boleh menamakan tiga jenis makanan yang mempunyai kandungan protien yang tinggi.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 5: Saya boleh melukis gambar manusia sehingga dapat dikenali.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 7: Saya boleh merancang aktiviti-aktiviti amal untuk sekolah.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 12: Saya boleh menyelia kerja-kerja orang lain.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 17: Saya boleh membuat banyak kerja bertulis dalam masa yang singkat.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 19: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Soalan 21: Saya mahir menyimpan rekod-rekod bayaran atau jualan dengan rapi.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 22: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Jawapan: Klik Sini
Soalan 23: Saya suka mengetuai kumpulan dan mencapai satu-satu matlamat.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 24: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jawapan: Klik Sini
Soalan 25: Saya mahir menerangkan sesuatu dengan jelas.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 26: Saya berminat untuk menjadi pengarah pentas.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 27: Saya berminat untuk menjadi seorang operator jana elektrik.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 28: Saya suka membaca buku-buku atau majalah sains.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan: Klik Sini
Soalan 29: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali
Jawapan: Klik Sini
Soalan 30: Saya merasakan orang bercerita tentang saya di belakang saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Kuiz Psikometrik
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawat awam.
Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.
Tips Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.
Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.
Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.
Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.
Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.
Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.
Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2 = sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang
Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong
Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.
Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvert dan extrovert sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extrovert, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvert.

“Cikgu! Antara introvert dengan extrovert, golongan mana yang lebih baik?”
Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni. Ada sesetengah calon anggap golongan extrovert lah yang paling baik. Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvert dan extrovert saling melengkapi antara satu sama lain.
“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvert dengan extrovert ni cikgu?”
Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon berperwatakan extrovert akan dipilih. Individu extrovert lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mesra yang wujud dalam diri mereka.
Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik
Jika jawatan itu memerlukan seorang yang boleh memberikan idea yang bernas, individu introvert akan diutamakan. Walaupun individu introvert ini cenderung kepada sikap pendiam, mereka mempunyai keupayaan untuk menyampaikan idea dengan baik disebabkan mereka cenderung untuk memikirkan sesuatu secara mendalam sebelum bercakap.
Memang Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.
Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon. Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.
Wajib baca: Ini Sebenarnya Bagaimana Ujian Psikometrik Berfungsi
Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Jawapan: Klik Sini
Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.
Telegram Rasmi Psikometrik 2023
Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik latihan separa perubatan ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah membuat latihan secara berterusan. Biasakan diri anda dengan soalan psikometrik latihan separa perubatan agar dapat meningkatkan kepekaan anda terhadap soalan. Anda perlu mengenal pasti elemen penilaian yang ingin diuji melalui setiap soalan dan jika anda dapat mengesan elemen penilaian tersebut, ia dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.
Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.
Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.
Bonus Untuk Anda.
Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim tujuh koleksi bonus daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.


Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya disentuh sedikit sahaja.
Dalam ebook bonus, saya sediakan case study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.
Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.
Sebelum cikgu terlupa, format ujian psikometrik tahun lepas dinilai berdasarkan minat. Nanti anda boleh jawab kuiz minat untuk menguji sejauh mana kesesuaian program latihan separa perubatan ini dengan diri anda. Nanti cik senaraikan tahap kesesuaian anda untuk program latihan ini.
Penutup.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia. Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga latihan separa perubatan kelak. Amin.
Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.
Pss… Anda tahu tak trick licik pihak SPA menggagalkan calon? Jom baca dengan klik butang di bawah ini agar anda tidak menerima nasib yang sama seperti calon-calon sebelum ini.
2 thoughts on “Contoh Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan Dan Jawapan Tahun 2023”
Cikgu.. sy kurang faham sekiranya pilihan jawapan Ada “KURANG PASTI & KADANG” dan nak sangat tau beza jawapan “SETUJU & SANGAT SETUJU” adakah kalau Kita pilih antara satu then jawapan ny tetap betul ? Tolong reply cikgu? next week sy exam perlu sngt tips ni
Pilihan jawapan tu hanya skala untuk mewakili pendapat cik sahaja. Ada calon fikir jawapan “kadang-kadang & kurang pasti” ni nak menguji tahap keyakinan. Sebenarnya tak melibatkan tahap keyakinan pun. Selagi jawapan tu mencerminkan diri cik yang sebenar, itulah jawapan paling tepat untuk karakter diri cik. Dan jawapan ni berbeza-beza mengikut individu, bergantung kepada pendirian dan prinsip hidup mereka.
Untuk menjawab soalan adakah jawapan tetap betul tu, ujian ini tak ada jawapan salah atau betul. Ujian ini direka khas untuk menilai perwatakan individu. Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Daripada sini akan mewujudkan perbezaan jawapan antara seorang calon dengan calon yang lain. Seperti yang saya bagitau tadi, selagi jawapan tu mencerminkan diri sendiri, itulah jawapan paling tepat untuk karakter diri seseorang.