Contoh Soalan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Anda mencari contoh soalan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 di Kementerian Dalam Negeri, pada 10 Februari nanti? Kini anda berada di laman yang tepat. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa contoh soalan berkaitan dengan exam online Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 kepada anda.

Artikel berkaitan: Tugas Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Tim Infokerjaya

Cikgu Khairul

Sebelum saya berkongsi lebih mendalam, salam perkenalan dulu daripada saya, Cikgu Khairul. Cikgu merupakan Tim Infokerjaya yang dah bantu calon exam kerajaan lebih 10 tahun (sejak 2008). Untuk rekod, lebih 85,000 calon mendapat manfaat daripada perkongsian kami sejak tahun 2008 ini.

Cikgu pasti dan yakin mesti anda dapat panggilan untuk mengambil exam Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 pada 10 Februari nanti kan?

Kalau tak, takdanya anda nak google lepas tu jumpa blog cikgu ni kan? Mesti anda sekarang tengah mencari-cari contoh soalan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 kan?

Bukan apa, apa yang anda buat sekarang ini cikgu dah pernah buat dah dulu. Setiap kali ada panggilan exam, setiap kali itulah cikgu jadi kalut nak buat persediaan. Al-maklumlah, semua topik yang bakal masuk exam nanti dah ingat-ingat lupa dah kan. 

Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.

Apa yang cikgu harapkan, dengan perkongsian cikgu yang tak seberapa ini boleh memberikan gambaran format soalan exam sebenar kepada anda.

Contoh Sesukaran Soalan Exam Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Untuk infomasi anda, format exam SPA ini berubah-ubah mengikut jawatan dan tahun. Format exam bagi jawatan KP29 untuk tahun lepas tidak akan sama untuk tahun ini.

Bagi exam Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 buat kali ini, anda hanya perlu fokus kepada dua seksyen sahaja. Iaitu seksyen daya menyelesaikan masalah dan seksyen kefahaman bahasa inggeris.

Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?

Berdasarkan soalan-soalan exam SPA yang lepas, cikgu boleh katakan tahap kesukaran soalan-soalan yang ditanya dalam exam tu nanti hanyalah tahap SPM. Terutamanya soalan yang berkaitan dengan konsep matematik dan bahasa inggeris.

Tahap SPM jer ke? Kacang lah cikgu!

Ya memang kacang pun. Tapi anda kena ingat, soalan-soalan exam SPA ini bukanlah bertujuan meluluskan calon sebanyak mungkin. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sehabis mungkin. Calon yang berkualiti sahaja yang bakal lepas ke peringkat seterusnya.

Dalam kata mudah, kalau calon yang dipanggil untuk mengambil ujian online seramai 10 orang, hanya 2 orang sahaja yang akan lulus ke peringkat seterusnya. Kalau tak percaya, anda boleh tengok pada statistik exam SPA untuk exam yang lepas. 

Hadir Exam Calon Lulus Calon Terkorban
20,440 1,891 18,549

(Statistik Exam Pembantu Perikanan Gred G19)

Hadir Exam Calon Lulus Calon Terkorban
43,330 10,807 32,523

(Statistik Exam Pegawai Imigresen Gred KP19)

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Terdapat tiga penilaian yang ditanya di dalam seksyen daya menyelesaikan masalah. Tiga penilaian yang ditanyakan kepada calon exam ialah 

1. Kemahiran mentafsir data, 
2. Kemahiran konsep matematik, dan 
3. Kemahiran pemerhatian atau logik.

Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?

Ya! Memang banyak pun. Berdasarkan kepada soalan exam yang lepas, kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu boleh cikgu dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau. Soalan pasal logik ini lebih kepada soalan pemikiran diluar kotak.

Soalan-soalan ini memang diorang rangka nak bagi anda perah otak sikit semasa menjawab exam tu. Ramai calon menghabiskan banyak masa untuk menjawab soalan ini.

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (a)

1. Rajah di atas ialah carta palang yang menunjukkan peratusan taburan gred yang diperoleh oleh murid dalam suatu ujian matematik. Jika perbezaan bilangan pelajar yang gagal ujian itu dan pelajar yang peroleh gred A ialah 36, hitung bilangan pelajar yang lulus ujian itu.

A. 61
B. 83
C. 249
D. 300

2. Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar dalam kelas yang berbeza di SMK Kurnia. Seorang pelajar dipilih secara rawak daripada sebuah kelas. Jika kebarangkalian memilih kelas adalah sama, cari kebarangkalian untuk memilih seorang pelajar India.

A. 1/19
B. 1/56
C. 19/56
D. 31/90

Macam mana? Okey tak contoh soalan mentafsir data Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu.

Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir.

Contoh Soalan Konsep Matematik

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (c)

1. Dalam rajah di atas, sudut dongakan bagi sebuah belon udara panas dari titik M pada sebuah bangunan ialah 42.3°. Cari tinggi, dalam m, belon udara panas itu dari lantai.

A. 500.5
B. 565.5
C. 604.4
D. 669.4

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (d)

2. Senaraikan semua integer x yang memuaskan kedua-dua ketaksamaan linear serentak di dalam rajah di atas.

A. 3, 4, 5
B. 2, 3, 4, 5
C. 3, 4, 5, 6
D. 2, 3, 4, 5, 6

Macam mana sekarang? Anda masih okey ke dengan contoh soalan konsep matematik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 ini? Soalan-soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 1 peratus je.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik

1. Apakah nilai bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (f)

2. Apakah nombor di ruang parkir pada kereta dalam gambar di atas?

A. 78
B. 87
C. 90
D. 96

Macam mana sekarang? Okey tak soalan logik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 ini? Walaupun soalan dia pendek saje, tapi anda kena berfikir di luar kotak untuk menyelesaikannya.

Berdasarkan respon daripada calon yang pernah ambil exam SPA, kebanyakan mereka akan menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan soalan ini. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.

Kalau anda rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, cuba abaikan dulu soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Mahukan Lagi Contoh Soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29? Jom download di sini:

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..

Ada dua perkara jer yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini. Pertama, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kedua ialah kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini sekadar pendapat peribadi cikgu. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan, seksyen kefahaman bahasa inggeris ini umpama markah bonus untuk anda.

Contoh Soalan Grammar Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Dalam grammar, terdapat lapan pecahan yang pernah kita belajar masa sekolah dulu. Antara ingat atau tak ingat jer. Cikgu harap anda masih lagi ingat lapan pecahan grammar ini.

1. Pronoun (kata ganti)
2. Noun (kata benda)
3. Verb (kata kerja)
4. Adjective (kata keterangan)
5. Adverb (kata keterangan)
6. Determiner
7. Preposistion (kata depan)
8. Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu..

Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom cikgu tunjukkan contoh soalan grammar  Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29. Let’s go…

1. Most monkeys don’t like water, but ______ can swim well when they have to.

A. he
B. it
C. they
D. them

2. Five-year-old primate Elaine was one of two critically ______ Sumatran Orangutans released back into the wild.

A. endangered
B. endanger
C. endangering
D. to endanger

3. You can find road maps ______ in this book ______ on the Internet.

A. neither, nor
B. whether, or
C. either, or
D. both, and

4. ______ the picture, I can see a family ______ a kitchen.

A. In, on
B. On, in
C. On, on
D. In, in

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Dalam seksyen memahami text bahasa inggeris, terdapat dua pecahan soalan yang ditanyakan kepada calon exam. Pecahan itu ialah kebolehan memahami text pendek dan kebolehan memahami text panjang.

Tak seperti text yang pendek, text yang panjang ini memerlukan anda memahami keseluruhan karangan.

Kalau anda sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara anda memahami text. Apabila anda tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal anda pilih nanti.

Contoh soalan memahami text pendek dan panjang bahasa inggeris Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 adalah seperti berikut:

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (g)

1. From the quote above, we can conclude that

A. Unmotivated people always make excuses.
B. Doing something successfully requires a way.
C. Finding an excuse to do something will lead to success.
D. Motivated people always have one way to do something.

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (j)

2. From the newspaper headline above, we can conclude that

A. The tennis player has won numerous tournaments.
B. Nadal will play the wild card in the Argentina Open.
C. The tennis player has been invited to play in the Argentina Open
D. Nadal will play in the Argentina Open without going through the qualifying rounds.

Read and answer.

Smile for Bone Health

Enjoying life may pay off in an unexpected way. Finnish researchers collected data from more than 2000 women and followed up after ten years. Women aged 60 to 70 who found life less satisfying experienced 52% more bone weakening in their later years than those who found life more satisfying; the results were independent of lifestyle, diseases, physical activities, and other health factors. Experts say promoting good spirits in the elderly is just as important as promoting a healthy lifestyle.

3. The extract says that

A. Life is meant to be experienced.
B. Aging women face more bone weakening than men.
C. Appreciating life will benefit people as they age.
D. Smiling more is good for bones.

Read and answer

Baby Survives Colombia Landslide

Colombians are celebrating the rescue of an 11-month-old baby who survived a huge landslide that killed at least 78 people, including the child’s mother and 11 other relatives. Joseph Diaz was found buried face down in the mud on Monday, more than 2 km from where he had been sleeping when a flash flood swept away dozens of homes in Salgar. The baby suffered multiple abrasions and light bruises as well as a broken rib but otherwise recovering well.

4. From the extract, which statement is correct?

A. The baby suffered from multiple broken ribs.
B. Most of the baby’s relatives survived.
C. The baby was found lying face down.
D. The landslide occurred in Salgar.

Mahukan Lagi Contoh Soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29? Jom download di sini:

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat A okey. Itu cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak.

Menggunakan skala di bawah ini sebagai tanda aras, jom uji persediaan anda dengan kuiz mudah ini. Sila pastikan anda jawab betul 10/10 soalan okey!

Mahukan Extra Soalan & Nota Exam?

Jika anda nak dapatkan contoh soalan lain, siap dengan jalan kira step by step, anda boleh join group telegram rasmi Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 ini.

Semua info terkini, nota dan contoh soalan dan ‘Soalan Maut’ pasal exam KP29 cikgu kongsikan dalam group telegram ini. Klik butang di bawah untuk join.

Tips Lulus Dari Cikgu

Setiap kali keputusan exam keluar, inilah yang kerap kali cikgu jumpa dekat facebook SPA.

“Dah study pun masih lagi gagal”

Macam mana boleh gagal sedangkan soalan yang keluar exam hanya soalan tahap SPM? Soalan budak sekolah. Inilah yang ramai silap, fikir soalan yang keluar mudah-mudah jer. Sedangkan subjek SPM tu dah lama dah ditinggalkan.

Soalan exam ini tak susah sebenarnya. Yang membuatkan soalan ini jadi susah sebab anda tak buat persediaan rapi. Persediaan ala kadar inilah yang memerangkap ramai calon.

Tips nak lulus ni mudah je. Anda kena STUDY, STUDY dan STUDY. Macam mana anda nak skor SPM dulu, esok nak exam malam ini baru study? Kalau macam itu keputusan exam anda pun macam sampan. Sampan kan selalu ke laut.

contoh soalan penolong pegawai penguat kuasa gred kp29 (k)

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 tu nanti. Buang masa anda jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

psss… kalau anda mahukan extra soalan dan jawapan, boleh komen dekat bawah ni. Nanti cikgu kongsikan link download.

1 thought on “Contoh Soalan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *