Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Itu Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.
Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini selalunya mempunayi dua pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
Kalau senang jadi ramailah yang patut luluskan?
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik.
Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.
Tujuan Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya.
Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Setahun?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, itu betul. Jika ada 200 kekosongan jawatan, SPA hanya akan meluluskan 2,000 calon sahaja. Itu pun jika kekosongan jawatan banyak.
Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 1 kekosongan? Ia bermaksud hanya 10 calon sahaja yang akan diluluskan oleh SPA. Apabila 10 calon ini dapat dipenuhi, calon yang lain akan digagalkan di atas alasan tidak memenuhi ciri-ciri penilaian bagi jawatan tersebut.
Berapa Soalan Ujian Ini?
“Biasa ujian psikometrik latihan separa perubatan ini ada berapa soalan cikgu?”
Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Kalau ketua jabatan nak cungkil banyak sikap, semakin banyak lah soalan akan ditanya.
Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 180 soalan yang ditanya. Untuk tahun ini, kemungkinan tinggi akan menggunakan 180 soalan juga.
Untuk lebih kepastian, anda boleh tengok balik berapa jumlah soalan ini dekat emel yang dihantar oleh pihak SPA. Mereka ada bagitahu dekat emel.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Latihan Separa Perubatan?
Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan latihan separa perubatan sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan itu sendiri. Contohnya bagi latihan jurupulih perubatan fisioterapi.
Antara skop tugas seorang pelatih dalam latihan jurupulih perubatan fisioterapi ialah menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “applinces” untuk rawatan serta melatih pesakit.
Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seseorang yang mempunyai sikap empati yang tinggi dalam diri.
Sebagai seorang pelatih jurupulih fisioterapi, seseorang itu perlu mempunyai empati yang tinggi untuk membolehkan seseorang pelatih itu memahami dan merasai keadaan dan perasaan pesakit.
Dengan memahami perasaan pesakit, seseorang pelatih akan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan pesakit dan boleh memotivasi pesakit untuk terus berusaha dalam proses pemulihan mereka.
Empati juga membantu pelatih untuk mengambil kira keperluan pesakit dan menyediakan latihan yang bersesuaian dengan keadaan fizikal dan emosi pesakit.
Selain daripada sikap empati, pelatih juga perlu mempunyai sikap sabar yang tinggi dalam diri mereka.
Pesakit yang menggunakan alat bantuan berjalan mungkin mempunyai masalah fizikal yang memerlukan masa untuk pulih. Dalam hal ini, kesabaran adalah penting untuk memberi pesakit masa yang diperlukan untuk pulih dan berjalan.
Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang pelatih latihan separa perubatan itu perlu ada personaliti empati dan sabar yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya sikap empati dan sabar ini tak wujud ataupun sikap ini wujud tapi pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
“Jadi ujian ni nak uji empati dan sabar je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi pelatih dalam latihan separa perubatan.
Contoh Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Dalam ujian psikometrik latihan separa perubatan, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan.
Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini.
Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.
30 Soalan & Huraian Jawapan
Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Saya mempunyai kebolehan memahami maksud disebalik lagu yang dinyanyikan oleh seseorang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 2: Saya mahir menyimpan rekod-rekod bayaran atau jualan dengan rapi.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 3: Saya mahir menggunakan alat-alat elektrik logam di bengkel seperti gerudi elektrik.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 4: Saya boleh menamakan tiga jenis makanan yang mempunyai kandungan protien yang tinggi.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 5: Saya boleh melukis gambar manusia sehingga dapat dikenali.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 6: Saya bercita-cita menjadi seorang guru yang pandai mendidik murid-murid.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 7: Saya boleh merancang aktiviti-aktiviti amal untuk sekolah.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 8: Saya berkebolehan membentuk tanah liat menjadi tembikar yang bermutu tinggi.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 9: Saya berkebolehan menerangkan secara terperinci bagaimana saliran perpaipan rumah berfungsi.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 10: Saya suka melakukan ujikaji kimia atau biologi di dalam makmal.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 11: Saya bercita-cita menjadi seorang ahli sains forensik.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 12: Saya boleh menyelia kerja-kerja orang lain.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 13: Saya berkebolehan menerangkan secara terperinci bagaimana panel suria menghasilkan tenaga elektrik.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 14: Saya seorang yang mahir menggunakan pita pengukur untuk mengukur panjang sesuatu objek.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 15: Saya suka menghabiskan waktu di luar, seperti mendaki gunung atau berkemah.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 16: Saya berminat untuk menjadi seorang jurutera.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 17: Saya boleh membuat banyak kerja bertulis dalam masa yang singkat.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 18: Saya bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 19: Saya bercita-cita menjadi seorang ahli psikologi.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 20: Saya mahir dalam merancang dan mengorganisasi acara-acara.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 21: Saya suka menghadiri kelas seni dan menghasilkan lukisan atau seni kreatif.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 22: Saya bercita-cita menjadi seorang pegawai perubatan atau doktor.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 23: Saya suka bekerja dengan alat-alat mekanikal dan mesin.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 24: Saya berminat untuk menjadi seorang pakar komputer atau ahli IT.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 25: Saya bercita-cita menjadi seorang penulis atau penyair.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 26: Saya suka melakukan percubaan sains atau projek DIY di rumah.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 27: Saya bercita-cita menjadi seorang pereka grafik.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 28: Saya mahir dalam pemecahan masalah matematik.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 29: Saya suka mengikuti berita terkini dan mengikuti perkembangan politik.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 30: Saya suka bekerja dengan tanaman dan tumbuhan dalam kebun saya.
A. Ya
B. Tidak
Kuiz Psikometrik
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil sama ada personaliti anda sesuai mengikuti kursus latihan separa perubatan ataupun tidak sahaja.
Adakah anda memiliki personaliti ini? Jom jawab kuiz 24 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.
Tips Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Salah satu cara untuk lulus dalam ujian ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Ujian ini menfokuskan kepada personaliti seorang jururawat dan ada kecenderungan minat ke arah perawatan.
Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan seorang perawatan dan personaliti yang terarah kalau nak lulus ujian ini.
Lagi satu, jangan tersalah memilih soalan.
Ujian psikometrik ini skopnya luas. Terdapat banyak soalan psikometrik yang boleh anda cari. Tapi soalan yang betul-betul sesuai dengan latihan separa perubatan tak sama dengan soalan psikometrik yang lain.
Ini disebabkan skop penilaian ujian ini tak sama dengan jawatan SPA yang lain. Ini hanyalah program latihan dan bukannya jawatan, jadi skop penilaian juga akan dinilai melalui sudut latihan.
Telegram Rasmi Separa Perubatan 2023
Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini. Saya harap anda akan dapat banyak pendedahan melalui telegram ini.
Koleksi 192 Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Dalam ebook koleksi 192 soalan ini, saya telah pun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Ya, soalan sebenar yang pernah ditanya dalam ujian pada tahun 2021 dan 2022.
Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan psikometrik ini.
Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.
Klik butang di bawah ini untuk download.
Penutup.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga latihan separa perubatan kelak. Amin.
Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.
Cikgu.. sy kurang faham sekiranya pilihan jawapan Ada “KURANG PASTI & KADANG” dan nak sangat tau beza jawapan “SETUJU & SANGAT SETUJU” adakah kalau Kita pilih antara satu then jawapan ny tetap betul ? Tolong reply cikgu? next week sy exam perlu sngt tips ni
Pilihan jawapan tu hanya skala untuk mewakili pendapat cik sahaja. Ada calon fikir jawapan “kadang-kadang & kurang pasti” ni nak menguji tahap keyakinan. Sebenarnya tak melibatkan tahap keyakinan pun. Selagi jawapan tu mencerminkan diri cik yang sebenar, itulah jawapan paling tepat untuk karakter diri cik. Dan jawapan ni berbeza-beza mengikut individu, bergantung kepada pendirian dan prinsip hidup mereka.
Untuk menjawab soalan adakah jawapan tetap betul tu, ujian ini tak ada jawapan salah atau betul. Ujian ini direka khas untuk menilai perwatakan individu. Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Daripada sini akan mewujudkan perbezaan jawapan antara seorang calon dengan calon yang lain. Seperti yang saya bagitau tadi, selagi jawapan tu mencerminkan diri sendiri, itulah jawapan paling tepat untuk karakter diri seseorang.