Tips Jawab Soalan Psikometrik SPA Dan Lulus Ujian Psikometrik Tahun Ini

Adakah anda mencari tips jawab soalan psikometrik? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda tips menjawab soalan psikometrik mengikut format terkini ujian SPA.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Tips Jawab Soalan Psikometrik

Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 1, soalan 2 dan soalan 3 di bawah ini.

Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 1: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 2 dan soalan 3 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 1. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 1, 2 dan 3 ini.

Soalan 2: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah.

Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 3: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU.

Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 1 = sokong,
Soalan 2 = sokong,
Soalan 3 = bangkang

Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 1 = bangkang,
Soalan 2 = bangkang,
Soalan 3 = sokong

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.

Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 1, soalan 2 dan soalan 3, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon suka bersosial atau tak suka ni cikgu?”

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja.

Orang yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala orang yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

kategori sikap manusia spier pdrm
Dua golongan perwatakan manusia.

“Cikgu, antara introvertion atau extravertion, mana lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik.

Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan calon tu dengan jawatan.

Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon ada perwatakan extravertion akan dipilih.

Jika ketua jabatan itu memerlukan seseorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia, sepastinya golongan introvertion lebih diutamakan.

Lulus atau gagal ini bergantung sepenuhnya kepada apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan. Ciri-ciri personaliti calon itu selalunya berkait rapat dengan skop tugas sesuatu jawatan.

Penutup

Cikgu harap, dengan tips menjawab soalan ujian psikometrik ini dapat membantu anda dalam persediaan ujian ini nanti.

Apa cikgu perasan, ramai calon digagalkan dalam ujian ini disebabkan jawapan mereka tidak konsisten. Jadi, anda perlu berikan perhatian pada konsisten untuk ujian ini.

Ps.. Anda dah tengok koleksi 200 soalan psikometrik dan huraian jawapan? Jika belum, sila klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.