Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik Dan Jawapan

Anda mencari contoh contoh soalan daya menyelesaikan masalah PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik? Kini anda berada di website yang tepat. Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Anda boleh panggil saya Cikgu Khairul pun dah okey.

Cikgu pasti dan yakin mesti anda dapat panggilan untuk mengambil exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 dalam masa terdekat nanti kan?

“Aik! Macam tahu-tahu jer ni cikgu!”

Bukan apa, kalau tak ada exam takdanya anda nak google lepas tu jumpa blog cikgu ni. Apa yang anda buat sekarang ini cikgu dah pernah lalui dah dulu. Setiap kali ada panggilan exam, setiap kali itulah cikgu jadi kelam kabut nak buat persediaan.

Al-maklumlah, semua topik yang bakal masuk exam nanti dah ingat-ingat lupa dah kan. Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah dan jawapan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Sesukaran Soalan PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik Daya Menyelesaikan Masalah

“Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?”

Berdasarkan pengalaman cikgu menganalisa soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 sebelum ini, cikgu boleh rumuskan soalan-soalan yang ditanya dalam exam nanti hanyalah tahap SPM. Lagi-lagi soalan yang berkaitan dengan konsep matematik.

“Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..”

Ya memang kacang pun.

Tapi anda kena ingat, tujuan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk lulus ke peringkat seterusnya. Tak percaya? Cuba anda tengok pada statistik exam yang lepas, berapa banyak calon yang terkorban.

Hadir ExamCalon LulusCalon Terkorban
20,4401,89118,549

(Statistik Exam Pembantu Perikanan Gred G19)

Hadir ExamCalon LulusCalon Terkorban
43,33010,80732,523

(Statistik Exam Pegawai Imigresen Gred KP19)

Lagipun soalan-soalan ini dah ditetapkan masa menjawab. Masa menjawab yang diberikan tu pun cukup-cukup jer nak jawab soalan. Memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu.

Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah dan jawapan kepada anda. Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam persediaan exam nanti.

Contoh Pecahan Soalan PTD M41 Pegawai Tadbir Diplomatik Daya Menyelesaikan Masalah Dan Jawapan

Terdapat tiga penilaian yang ditanya di dalam seksyen daya menyelesaikan masalah. Tiga penilaian yang ditanyakan kepada calon exam ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.

“Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?”

Ya! Memang banyak pun.

Kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau. Soalan pasal logik ini lebih kepada soalan pemikiran diluar kotak.

Soalan-soalan ini memang pihak SPA rangka nak bagi anda perah otak sikit semasa menjawab exam tu. Taklah nanti anda datang exam lenggang kangkung jer kan.

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data

“Jadi data apa yang perlu ditafsir tu cikgu? Tak sabar pulak rasanya kitorang nak menuntut ilmu tafsir-mentafsir ni..”

Kalau dulu kita pernah kan selesaikan masalah yang soalannya bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.

Selalunya kita akan jumpa soalan-soalan ini dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Ingat lagi tak?

Cikgu harap anda ingat lagi, maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan.

Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini. Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah dan jawapan kemahiran mentafsir data ini.

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

1. Rajah di atas merupakan carta pai yang mewakili taburan gred yang diperoleh oleh pelajar dalam suatu ujian. Jika jumlah pelajar ialah 1,340 orang, berapakah bilangan pelajar yang mendapat gred B?

A. 18
B. 36
C. 144
D. 536

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

2. Rajah di atas merupakan carta palang yang mewakili peratusan taburan gred yang diperoleh oleh pelajar dalam suatu ujian sejarah. Diberikan perbezaan pelajar yang gagal ujian itu dan pelajar yang peroleh gred A ialah 36, cari bilangan pelajar yang lulus ujian itu.

A. 61
B. 83
C. 249
D. 300

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

3. Piktograf dalam jadual di atas menunjukkan jualan kereta bagi sebuah syarikat untuk 3 bulan tertentu. Jumlah jualan pada bulan Mei tidak ditunjukkan. Jualan kereta pada bulan Mei adalah 60% kurang berbanding jualan pada bulan April. Jika maklumat dalam piktograf di atas diwakili oleh sebuah carta pai, kira sudut sektor yang mewakili jumlah kereta yang dijual pada bulan Mei.

A. 25⁰
B. 36⁰
C. 50⁰
D. 90⁰

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

4. Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar dalam kelas yang berbeza di SMK Kurnia. Seorang pelajar dipilih secara rawak daripada sebuah kelas. Jika kebarangkalian memilih kelas adalah sama, cari kebarangkalian untuk memilih seorang pelajar India.

A. 1/19
B. 1/56
C. 19/56
D. 31/90

Macam mana? Okey tak contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 mentafsir data tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu.

Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Jenis soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

“Ermm.. konsep matematik ini macam mana pula cikgu?”

Dulu masa SPM kan kita ada belajar banyak subtopik dalam subjek matematik. Tapi itulah, soalan yang melibatkan konsep matematik ini akan menjadikan skop soalan menjadi luas.

Banyak soalan boleh ditanyakan dalam seksyen konsep matematik ini. Contohnya seperti geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi. Kalau nak tahu lebih, anda kenalah buka balik nota matematik.

Jom cikgu tunjukkan contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah dan jawapan konsep matematik ini.

5. Seorang pemuda memasuki sebuah kedai kemudian dia mencuri wang RM30 yang berada di kaunter kedai. Dengan wang itu, dia telah membeli sekampit beras dengan harga RM12. Pemilik kedai mengembalikan baki wang RM18 kepadanya. Berapakah kerugian yang ditanggung oleh pemilik kedai jika keuntungan yang diperoleh dari sekampit beras ialah RM3?

A. RM18
B. RM27
C. RM39
D. RM42

6. Rajah di atas menunjukkan beberapa keping kad bernombor. Sekeping kad dipilih secara rawak. Cari kebaragkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor gandaan 3

A. 1/6
B. 1/3
C. 1/2
D. 2/3

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

7. Dalam rajah di atas, sudut dongakan bagi sebuah belon udara panas dari titik M pada sebuah bangunan ialah 42.3°. Cari tinggi, dalam m, belon udara panas itu dari lantai.

A. 500.5
B. 565.5
C. 604.4
D. 669.4

8. Satu cabutan bertuah akan diadakan di sebuah pasaraya sempena sambutan ulangtahun ke-15 pasaraya berkenaan. Terdapat 100 orang pelanggan wanita, 200 orang pelanggan lelaki dan 150 orang kanak-kanak memohon untuk mengambil bahagian. Nama bagi setiap pelanggan wanita diletakkan sebanyak 3 kali di dalam kotak cabutan, nama bagi setiap pelanggan lelaki adalah sebanyak sekali dan nama bagi kanak-kanak adalah sebanyak 2 kali. Apakah kebarangkalian bahawa pelanggan wanita terpilih?

A. 1/8
B. 2/9
C. 2/7
D. 3/8

9. Alia ambil upah menulis artikel dengan bayaran mengikut panjang patah perkataan. 1500 patah perkataan pertama RM100, 500 patah perkataan yang seterusnya ialah RM(W²+5). Jika Alia menulis artikel 3500 patah perkataan dan terima upah RM220, cari nilai W.

A. 5
B. 6
C. 7
D. 8

Jawapan: 1.D 2.C 3.D 4.D 5.B 6.B 7.B 8.D 9.A

Macam mana sekarang? Anda masih okey ke dengan contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah ini?

Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 10 peratus je. Selebihnya tu anda kenalah ulangkaji sendiri, jangan malas-malas okey.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik.

“Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?”

Dalam cabang ini, anda nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Anda akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian anda perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

10. Syamsul membeli empat biji bola. Dia mendapati bola hijau lebih ringan daripada bola merah. Bola kuning pula lebih ringan daripada bola biru. Bola hijau lebih berat daripada bola biru. Susunan bola bermula paling berat ialah

A. Kuning, Biru, Hijau, merah
B. Merah, Biru, Hijau, Kuning
C. Kuning, Hijau, Biru, Merah
D. Merah, Hijau, Biru, Kuning

11. Rajah di atas nenunjukkan suatu susunan nombor secara menurun daripada kiri ke kanan. Apakah nilai bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

12. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

13. Perhatikan jadual di atas, apakah huruf yang berikutnya?

A. B
B. D
C. K
D. M

soalan spa daya menyelesaikan masalah dan jawapan

14. Rajah di atas menunjukkan sebuah kereta yang berada di ruangan parkir. Apakah nombor yang mungkin berada di bawah kereta?

A. 78
B. 87
C. 90
D. 96

Macam mana sekarang? Okey tak soalan penyelesaian menggunakan logik ini? Walaupun soalan dia pendek saje, tapi anda kena berfikir di luar kotak untuk menyelesaikannya. Soalan ini cikgu tak sertakan jawapan, jadi anda kenalah cari jawapan sendiri.

Berdasarkan respon daripada calon yang pernah ambil exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41, kebanyakan mereka akan menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan soalan ini.

Kalau anda nak tahu, contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah logik ini merupakan soalan killer dalam exam SPA. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.

Kalau anda rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Adakah Anda Bersedia?

Kalau contoh soalan yang cikgu kongsikan tu cikgu tak bagi jawapan sekali, agak-agak anda lah kan, berapa skor yang mungkin anda dapat?

Kuiz Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat A okey. Itu cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak.

Menggunakan skala di bawah ini sebagai tanda aras, jom uji persediaan anda dengan kuiz mudah ini. Klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.

Rekemendasi Daripada Cikgu

“Cikgu! Macam mana nak lulus exam SPA ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus pada soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam nanti.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam nanti lebih daripada 10 ribu orang. Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 daya menyelesaikan masalah dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan, sila whatsapp cikgu dekat sini. Whatsapp Di Sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *