Ujian Psikometrik Gred 41, Contoh Soalan Dan Tips Jawab Soalan

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Gred 41 – Adakah anda salah seorang calon ujian psikometrik gred 41? Sekiranya ya, anda berada di blog yang tepat kerana saya akan kongsikan tips dan soalan ujian psikometrik gred 41 kepada anda.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Apa Itu Ujian Psikometrik Gred 41?

    Sebelum cikgu kongsikan tips menjawab dan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik gred 41? Bukan apa, cikgu tengok masih ramai calon yang pertama kali ambil ujian ni dan mereka masih kurang faham apa itu ujian ini sebenarnya.

    Asal Usul Ujian Psikometrik

    Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik. Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mencungkil sikap sebenar seseorang calon.

    Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah. Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

    Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif. Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

    • Ya atau tidak
    • Betul atau salah
    • Ya atau betul atau tidak pasti
    • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

    “Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?” Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

    “Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

    Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

    Tujuan Ujian Psikometrik

    Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

    Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

    Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Sebulan? Setahun?

    Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan. Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.

    “Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

    Ya, macam itu lah nampaknya. Lulus dan gagal ujian ini banyak dipengaruhi oleh berapa banyak kekosongan jawatan. Ada sesetengah jawatan ada 400 kekosongan, maka jumlah calon diluluskan akan menjadi 4,000 orang. Ada sesetengah jawatan hanya ada 5 kekosongan, maka calon yang diluluskan menjadi 50 orang. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.

    Ujian Psikometrik 199 Soalan

    “Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

    Berdasarkan kepada ujian yang lepas, selalunya ada 199 soalan yang ditanya. Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, dalam setiap 4 minit anda perlu jawab 10 soalan.

    Penilaian Ujian Psikometrik Gred 41.

    Untuk pengetahuan anda, elemen penilaian dalam ujian psikometrik ni berbeza-beza mengikut jawatan. Jadi apa yang akan dinilai dalam jawatan gred 41 ini? Antara elemen yang cuba dicungkil melalui ujian psikometrik untuk jawatan gred 41 ialah:

    • Cara bersosial
    • Kerjasama
    • Kestabilan emosi
    • Tahap disiplin diri
    • Menepati masa
    • Bertanggungjawab
    • Kejujuran
    • Amanah
    • Ketekunan
    • Berdedikasi

    Agak-agak anda ada tak elemen ini dalam diri anda? Jika ada peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tinggi kerana perwatakan diri anda menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

    20 Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

    Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan psikometrik akan ditanyakan kepada anda. Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.

    Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik gred 41 yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

    Soalan 1: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ masih relevan dengan keadaan masyarakat sekarang.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 3: Saya tetap akan meneruskan sesuatu tugasan walaupun saya tahu tugasan itu tiada harapan untuk berjaya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 4: Saya akan tetap mempertahankan apa yang saya rasa betul walaupun ramai kawan-kawan membantah.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 5: Saya hanya memberi sepenuh kepercayaan kepada individu yang telah lama saya kenali.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 6: Saya merasa tercabar apabila terdapat rakan sekerja mempertikaikan keputusan yang saya lakukan.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 7: Sekiranya saya seorang guru, saya lebih gemar mengajar subjek berteraskan fakta berbanding subjek berteraskan teori.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 9: Saya sukar memaafkan individu yang melakukan kesalahan berulang kerana saya percaya individu ini pasti akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 10: Orang lain memerlukan masa yang lama untuk mengenali diri saya.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 11: Saya lebih gemar membaca majalah sains fiksyen berbanding majalah hiburan.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 13: Rakan-rakan suka berkongsi masalah peribadi mereka dengan saya.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 15: Sekiranya berlaku kesesakan lalu-lintas, tidak mengapa jika seseorang pekerja itu terlambat untuk tiba ke tempat kerja kerana perkara itu boleh dimaafkan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.

    • Setuju
    • Tidak Setuju

    Soalan 17: Saya rasa tersinggung apabila ada rakan mengatakan perkara yang kurang baik tentang keluarga saya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 19: Kadang-kadang saya marah apabila ada rakan memperlekehkan maruah keluarga saya.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 20: Kadang-kadang saya juga berbohong untuk menjaga hati kawan-kawan saya.

    • Ya
    • Tidak

    Tips Lulus Ujian Psikometrik Gred 41

    Soalan ujian psikometrik gred 41 ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik gred 41, pihak yang menilai ialah SPA.

    Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik gred 41.

    Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

    Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2 dan soalan 14 di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara dua soalan ini.

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

    Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

    Tetapkan Pendirian Anda.

    Soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi, anda perlu tetapkan pendirian anda.

    Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

    Jika anda mampu memberikan jawapan yang selari antara soalan 2 dengan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran. Sebab pendirian anda kedua-dua jawapan itu tidak bercanggah antara satu sama lain.

    Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

    Tak Semudah Itu.

    Nampak macam mudah kan? Kedua-dua soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya dua soalan di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah penilaian yang sama.

    Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Apa elemen penilaian disebalik pernyataan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain?

    Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

    Artikel berkaitan: Jawapan Psikometrik Soalan Goreng Pisang

    Kuiz Ujian Psikometrik Gred 41

    Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawata awam.

    Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.

    Soalan 1

    Saya suka mengambil risiko bagi memastikan setiap tugasan jadi lebih mencabar.

    Rekemendasi Daripada Cikgu.

    “Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik gred 41 ini? Share lah sikit tips cikgu”

    Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).

    “Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”

    Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Infokerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik gred 41.

    buku ujian psikometrik gred 29

    Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

    Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai. Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

    Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

    Bonus Untuk Anda

    Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu. Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

    Penutup.

    Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik gred 41 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

    Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik gred 41 yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

    Pss.. Anda tahu tak bagaimana pihak SPA menggagalkan calon? Jom baca tektik licik ini dengan klik butang di bawah ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

    The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.