Lima Punca Kenapa Gagal Ujian Psikometrik SPA

Apakah punca kenapa gagal ujian psikometrik SPA? Mungkin anda pernah gagal ujian ini kan? Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda kenapa gagal ujian psikometrik walaupun anda sudah jawab sebaik mungkin.

Kenapa Gagal Ujian Psikometrik?

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini sedikit berbeza dengan ujian yang lain. Ujian matematik ataupun kefahaman bahasa inggeris mempunyai jawapan yang tetap, tetapi berlainan pula dengan soalan psikometrik.

Ujian psikometrik tak ada jawapan betul dan tak ada jawapan yang salah. Gagal ujian ini bergantung kepada lima perkara utama, iaitu:

  1. Perwatakan tidak menepati ciri-ciri.
  2. Terdapat sedikit kekosongan jawatan.
  3. Terlalu ramai bilangan calon.
  4. Calon tak menunjukkan minat.
  5. Jawapan tak konsisten.

Bagaimana perwatakan jawatan, kekosongan jawatan, bilangan calon, minat dan jawapan konsisten ini boleh mempengaruhi lulus dan gagal ujian psikometrik? Jom saya kongsikan bagaimana empat perkara boleh menjadi penyebab utama.

Perwatakan Tidak Menepati Kriteria

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini dijalankan apabila terdapat kekosongan jawatan dalam sesuatu jabatan kerajaan. Pihak SPA ini pula adalah agensi untuk merekrut calon.

Jadi, ketua jabatan akan meminta pihak SPA untuk mencari calon-calon yang mereka kehendaki bersesuaian dengan skop tugasan jawatan yang ada kekosongan itu.

Ramai calon ujian psikometrik beranggapan nak lulus ujian psikometrik ini, calon kena selalu berperwatakan positif. Oppss.. Ada salah faham di situ.

Ujian ni bukanlah dinilai kepada calon mana paling positif. Siapa paling positif, dia yang akan lulus. No..no.. Bukan macam tu. Jom saya ceritakan bagaimana kriteria calon ini boleh mempengaruhi keputusan lulus dan gagal.

Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersikap seorang fleksibel, tapi anda tonjolkan perwatakan seorang tak fleksibel melalui jawapan yang anda jawab, anda akan gagal secara automatik ujian ini.

Anda gagal bukanlah disebabkan mempunyai sikap negatif, tapi perwatakan anda itu tidak menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Begitulah sebaliknya. Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersikap seorang tak fleksibel, tapi anda tonjolkan perwatakan seorang fleksibel. Itu pun akan gagal juga kerana tidak menepati ciri-ciri yang dicari.

Saya bagi satu lagi contoh.

Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang menepati masa, anda perlu tonjolkan sikap menepati masa bagi memastikan anda boleh lulus ujian ini.

Nanti soalan akan menguji anda adakah anda mempunyai sikap menepati masa ataupun tidak. Contoh soalannya seperti di bawah ini:

Soalan 1: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Jika pernyataan ini dinilai daripada sudut penilaian menepati masa, anda menyokong bermaksud anda tiada sikap menepati masa. Jika anda membangkang pula, itu membuktikan anda seorang yang menepati masa.

Peluang untuk lulus memang tinggi jika anda membangkang pernyataan ini kerana ianya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Tapi, apa akan jadi jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang mempunyai semangat kerjasama dalam kumpulan? Jika anda membangkang pernyataan ini, anda akan gagal secara automatik.

Jika anda menyokong pula anda ada peluang yang tinggi untuk lulus. Anda lulus disebabkan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Artikel Berkaitan: Pengalaman Gadis Ini Lulus Ujian Psikometrik

Terlalu Sedikit Kekosongan Jawatan

Untuk ujian psikometrik, berapa ramai calon dipanggil ke peringkat temuduga bergantung kepada kekosongan jawatan. Selalunya menggunakan nisbah 1:10.

Jika ada 1 kekosongan jawatan, 10 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga. Jika ada 100 kekosongan jawatan, 1,000 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga.

Jadi, bukanlah bermaksud anda perlu dapatkan markah 80% atau 90% baru lulus ujian ini. Jika banyak kekosongan, peluang untuk anda lulus memang tinggi sekiranya perwatakan anda menepati ciri-ciri yang dicari oleh ketua jabatan.

Sebaliknya, jika kekosongan jawatan sedikit, contohnya tiga kekosongan, anda terpaksa bersaing dengan calon yang lain. Hanya calon yang terbaik daripada yang terbaik sahaja yang akan lulus.

Terlampau Ramai Bilangan Calon

Setiap kali adanya panggilan exam online, mesti akan ramai calon yang akan dipanggil. Exam kerajaan ni mudah je nak tahu calon yang dipanggil tu ramai atau tak, tengok pada berapa sesi atau berapa hari ujian dijalankan.

Kalau sehari, itu bermaksud calon dipanggil sedikit, kalau 2 hari ke atas, tu bermaksud terdapat ramai calon yang dipanggil. Paling sikit pun dalam 10,000 calon bakal dipanggil untuk mengambil exam.

Andaikata kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, itu bermaksud hanya 100 orang calon sahaja akan diluluskan.

Bagaimana daripada 10,000 orang calon itu tadi nak dikecilkan menjadi 100 orang? Nak tak nak, pihak SPA terpaksa memilih calon yang terbaik daripada yang terbaik.

Calon Tak Menunjukkan Minat

Minat merupakan perkara utama dinilai dalam ujian psikometrik. Setiap jawapan yang anda pilih itu bakal mencorakkan perwatakan sebenar anda sama ada anda berminat ataupun tidak dengan sesuatu jawatan.

Cuba anda letakkan diri anda sebagai seorang majikan, dan anda memerlukan seorang pekerja. Seorang calon berminat nak kerja disebabkan gaji, dan seorang lagi calon berminat nak kerja disebabkan dia suka melakukan tugas jawatan itu.

Agak-agak anda, calon yang mana akan anda pilih? Pastinya anda pilih calon yang berminat dengan tugasan kan?

Begitulah juga dengan pihak SPA. Mereka meluluskan seseorang calon berdasarkan minat seseorang terhadap tugasan sesuatu jawatan.

Kajian menunjukkan, tahap prestasi seseorang pekerja tidak terletak pada tahap kepandaian seseorang. Tapi prestasi ini dipengaruhi oleh minat seseorang terhadap apa yang mereka lakukan.

Jadi, pihak SPA berhak untuk menggagalkan calon-calon yang tiada berminat dengan tugasan sesuatu jawatan. Sekiranya anda gagal, cuba anda muhasabah kembali diri anda.

Adakah anda betul-betul minat dengan jawatan itu ataupun tidak. Jika anda tiada minat, anda tak berhak untuk mempersoalkan kenapa pihak SPA menggagalkan anda.

Jawapan Tak Konsisten

Kalau anda nak tahu, jawapan tak konsisten adalah salah satu punca kenapa ramai calon gagal dalam ujian ini. Dengan jawapan konsisten inilah akan membentuk satu corak perwatakan.

Kalau jawapan anda tidak konsisten, jawapan itu tak akan membentuk corak perwatakan yang terarah. Jadi, macam mana pihak SPA nak menentukan adakah perwatakan diri anda sesuai dengan jawatan ataupun tidak?

Cuba anda tengok lima soalan di bawah ini. Semua soalan ini sebenarnya dalam kategori yang sama. Anda perlu pastikan jawapan anda tidak bercanggah antara satu sama lain.

Jika jawapan itu bercanggah, pihak SPA akan anggap diri anda seorang yang tak tetap dalam pendirian. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini. Sama seperti lalang yang ditiup angin.

Soalan 2: Saya melakukan sesuatu mengikut buku.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya patuh kepada jadual yang saya tetapkan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 4: Saya boleh menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak terduga dan menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Apabila seseorang memotong tidak mengikuti giliran, saya menegurnya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Saya lebih suka meneroka pilihan dan alternatif baharu sebelum membuat keputusan muktamad.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kalau anda nak tahu, kelima-lima soalan ini di bawah skop penilaian bagaimana cara seseorang itu bertindak. Jadi, anda perlu pastikan pendirian anda konsisten dalam memastikan corak perwatakan anda nanti lebih terarah.

Jika lima soalan ini ditanyakan kepada anda, apakah jawapan yang bakal anda berikan? Adakah jawapan anda itu selari satu sama lain ataupun saling bercanggah?

Anda nak tahu tak macam mana nak pastikan jawapan anda itu nanti lebih konsisten? Saya ada sediakan ebook khas dalam berkongsi tips konsisten dengan cara yang mudah. Anda boleh download ebook ini dengan klik butang di bawah ini.

Apa Nak Buat Sekarang?

Anda tak boleh la berharap banyak kekosongan jawatan, tak boleh lah berharap semoga-moga ujian nanti calon hadir sedikit. Sebab itu perkara yang anda tak boleh kawal.

Apa yang boleh anda kawal adalah tonjolkan perwatakan yang bersesuaian dengan jawatan. Dan pastikan jawapan anda sentiasa konsisten antara jawapan-jawapan yang lain.

Saya harap dengan perkongsian punca gagal ujian psikometrik ini boleh membantu anda lulus ujian nanti. Jika anda gagal ujian pada kali ini sekalipun, jangan mudah putus asa. Boleh perbaiki cara anda menjawab soalan menggunakan tips ini.

Ps.. Anda dah baca 200 soalan psikometrik dan huraian jawapan? Jika belum, sila klik butang di bawah untuk baca.

4 thoughts on “Lima Punca Kenapa Gagal Ujian Psikometrik SPA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *