Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Itu Ujian Psikometrik Penolong Pegawai JPJ
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?
Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.
Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.
Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
- Betul atau salah
- Ya atau betul atau tidak pasti
- Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.
Kalau senang jadi ramailah yang patut luluskan? Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul.
Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.
Tujuan Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Dua minggu? Sebulan? Dua bulan?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:20. Dalam 20 calon, seorang akan lulus. Jika 10,000 calon yang dipanggil exam, hanya 500 calon sahaja yang akan dipanggil ke peringkat temuduga.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, tepat sekali. Anda perlu tahu, tak semua calon yang dipanggil exam tu nanti berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ada yang berfikir apa salahnya dia mencuba nasib, ada rezeki lulus lah kan.
Hanya calon yang berkualiti dan betul-betul inginkan jawatan itu sahaja yang berusaha untuk lulus ujian itu nanti.
Ujian Psikometrik 199 Soalan
Jika ditanyakan berapakan jumlah soalan ujian psikometrik ini? Berdasarkan exam gred jawatan yang lepas, terdapat 199 soalan bakal ditanyakan kepada anda.
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Jika dinisbahkan dalam julat yang dekat, anda perlu peruntukan 4 minit dalam menjawab 10 soalan.
Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ
Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian.
- Kepimpinan
- Kebolehan bersosial
- Cara berkomunikasi
- Kerjasama
- Kestabilan emosi
- Tahap disiplin diri
- Kejujuran
Di bawah ini merupakan soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ yang mempunyai elemen penilaian di atas.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Soalan 3: Walaupun saya tahu pejabat pos tutup pada cuti umum, saya tetap akan pergi ke sana untuk mendapatkan kepastian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 5: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Rasa rasa tercabar apabila ada pekerja bawahan saya mempertikaikan keputusan yang telah saya buat.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 7: Idea saya selalunya datang apabila saya termenung sendirian.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 8: Saya kerap merasa lemau apabila cuti dihujung minggu berbanding dengan bercuti di pusat peranginan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 9: Memaafkan seseorang terhadap kesalahan yang berulang adalah perbuatan sia-sia.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 10: Saya suka mengumpul semua pakaian kotor sebelum dicucikan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 11: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 13: Saya akan meminta rakan sekerja untuk menyiapkan tugasan saya sekiranya saya sedang sibuk.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 14: Apabila lagu Negaraku dimainkan, saya akan tengok orang sekeliling dahulu sebelum saya berdiri tegak tanda memberi kehormatan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 15: Lewat masuk ke pejabat disebabkan berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas boleh dimaafkan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti
Soalan 17: Kerja secara berkumpulan selalunya banyak perkara yang tidak bersependapat.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Soalan 18: Saya akan memasang radio apabila menunggu lampu isyarat merah bagi mengelakkan kebosanan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 19: Saya selalu menghadiri majlis hari jadi kawan saya.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 20: Saya mempunyai rakan kawan rapat yang suka mengumpat.
A. Ya
B. Tidak
Tips Lulus Psikometrik Penolong Pegawai JPJ
Ujian psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja kerajaan. Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Tips paling utama untuk lulus ujian psikometrik ialah:
“Tonjolan Personaliti Anda”
Sebagai seorang penjawat awam, antara perwatakan yang perlu ada dalam diri anda ialah kestabilan emosi. Majikan mana yang suka pekerjanya mempunyai emosi yang tak stabil kan? Setuju tak?
Atas sebab itulah kenapa seorang penjawat awam perlu mempunyai kestabilan emosi bagi mengelakkan kesilapan ketika mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Jadi, pihak SPA lebih menekankan calon yang stabil emosinya dalam menjawat jawatan ini. Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sama ada anda mempunyai sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.
“Teguhkan Pendirian Anda”
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator untuk menguji semangat patrotik seseorang?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda menjawab ‘Tidak Setuju’, ini menunjukkan anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.
Satu ciri yang penting dalam bidang kerja yang memerlukan ketenangan dan kawalan diri.
Kuiz Psikometrik JPJ
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat 100% okey. Itu cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak.
Sila klik butang di bawah untuk jawab kuiz.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus kepada 18 elemen penilaian dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ.
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Cikgu Kerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ.
Semoga Bermanfaat.
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5 JPJ dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti.
Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…