300+ Contoh Soalan MEdSI 2024 Dan Tips Lulus

Adakah anda mencari contoh soalan MEdSI? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan MEdSI dan tips untuk lulus ujian ini.

cikgu khairul ajar ujian pustakawan s41

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian MEdSI

Untuk pengetahuan anda, MEdSI merupakan singkatan daripada Malaysian Educators Selection Inventory. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang pendidik ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Tapi dengan syarat, anda perlu tonjolkan personaliti itu melalui jawapan anda.

“Saya yakin saya ni ada personaliti seorang pendidik, jadi saya confirm lulus ke cikgu?”

Tak semestinya. Walaupun anda ada personaliti seorang pendidik sekalipun, tapi anda tidak tonjolkan personaliti itu melalui pilihan jawapan, itu juga menjadi punca kegagalan dalam ujian ini. Pihak penilai tidak mengenali perangai sebenar anda. Mereka akan menilai personaliti anda melalui jawapan yang anda pilih dalam ujian itu nanti.

Format Soalan MEdSI

Berdasarkan kepada ujian MEdSI yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik. Setiap soalan hanya diberikan dua pilihan jawapan atau empat pilihan jawapan seperti:

  • Ya atau tidak.
  • Betul atau salah.
  • Wajar atau tidak wajar.
  • Sangat setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju.

Dan ada juga soalan yang mempunyai tempat kosong. Anda sebagai calon perlu mengisi tempat kosong itu bersesuaian dengan pendirian anda sendiri. Nanti saya tunjukkan contoh soalan dekat bawah nanti.

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian kerajaan ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi temuduga dijalankan.

Apa Yang Dinilai Dalam MEdSI?

Berdasarkan kepada soalan MEdSI yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kesabaran dan impati seseorang calon. Seorang guru yang baik perlu mempunyai kesabaran dalam membantu murid memahami isi pelajaran.

Calon juga perlu memahami bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Jadi mereka perlu bersikap empati dan fleksibel dalam memberikan bantuan dan sokongan.

Contoh soalan: Sebagai guru, saya percaya bahawa pendekatan pengajaran yang paling berkesan adalah dengan memberi tumpuan kepada murid yang cepat faham sahaja.

A. Wajar
B. Tidak wajar

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui MEdSI ialah tahap inspiratif dan motivatif seseorang calon. Seorang guru yang baik mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada murid untuk minat dengan pembelajaran.

Calon perlu menunjukkan contoh positif, memberikan galakan, dan membuat murid berasa bermotivasi untuk mencapai potensi penuh mereka. Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap inspiratif dalam diri individu.

Contoh soalan: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan.
B. Mengejek dan mencabar kebolehannya.

Selain daripada cuba mencungkil jiwa seorang pendidik, MEdSI juga berfungsi untuk mencungkil subjek apakah yang paling sesuai dengan personaliti seseorang calon. Contohnya seperti soalan di bawah ini.

Contoh soalan: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

A. Setuju
B. Tidak setuju

Sama ada anda memilih jawapan ‘setuju’ ataupun ‘tidak setuju’, kedua-dua jawapan ini bakal mencerminkan bagaimanakah personaliti anda yang sebenar.

Jika anda memilih jawapan ‘tidak setuju’, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah sikap fleksibel dan boleh bertindak secara spontan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

  • Suka kepada kebebasan dalam bertindak.
  • Suka buat dulu kemudian merancang.

Dalam konteks seorang pendidik, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah pendidikan seni, muzik, sastera, atau sains sosial. Di mana subjek-subjek ini bersifat subjektif, lebih bebas dan tak ada jawapan salah ataupun betul.

Jika anda memilih jawapan ‘setuju’ pula, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah perilaku yang suka merancang dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

  • Tertib dan suka mengikut perancangan.
  • Suka merancang sebelum menjalankan tugas.

Dalam konteks seorang pendidik pula, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah matematik, sains dan sejarah. Di mana subjek-subjek seperti ini bersifat fakta dan menjadi keperluan kepada seorang guru untuk mengikut fakta-fakta yang tepat dalam sesi pembelajaran mereka.

Contoh Soalan MEdSI

Walaupun soalan MEdSI ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA. Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan MEdSI lebih terfokus kepada jawatan seorang guru itu sendiri. Kebanyakan soalan yang ditanya berkaitan dengan tanggungjawab seorang guru, murid, sekolah, integriti dan juga minat seseorang calon.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam MEdSI nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu. Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang guru yang dicari oleh pihak kementerian.

15 Soalan MEdSI Terkini

Di bawah ini merupakan 15 contoh soalan MEdSI yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Saya suka memberi arahan dan benci dibimbing.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 2: Saya percaya keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran komunikasi guru itu sendiri.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 3: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4: Apabila seorang murid menghadapi masalah dalam memahami konsep, saya biasanya mengulangi penjelasan dengan cara yang sama.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 5: Semasa mengajar, kadangkala saya bimbang keberkesanan pengajaran saya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 6: Saya merasa tidak selesa apabila seorang rakan sekerja menggunakan alat dan sumber sekolah untuk kepentingan peribadi.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 7: Semua budak adalah nakal dan hanya hukuman berat dapat menghalang mereka melanggar disiplin sekolah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 8: Saya rasa tidak perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah yang diadakan selepas waktu sekolah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 9: Apabila saya berjaya menangkap murid merokok di kawasan sekolah, saya akan ______.

A. melaporkannya kepada guru besar
B. berbicara secara peribadi dengan murid tersebut

Soalan 10: Saya merasa selesa untuk mengambil risiko dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran baru.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 11: Saya rasa tidak perlu memberi tumpuan kepada pembangunan personaliti murid selagi mereka mencapai keputusan akademik yang baik.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 12: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan
B. Mengejek dan mencabar kebolehannya

Soalan 13: Cara yang lebih berkesan untuk membantu muridnya membentuk konsep kendiri positif ialah ____.

A. membantu dan memberi nasihat
B. memberi galakan dan membimbing

Soalan 14: Saya berupaya mencadangkan kesimpulan alternatif apabila diberikan keputusan yang hanya mencadangkan satu kemungkinan kesimpulan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya lebih suka melaksanakan tugasan mengikut kebiasaan berbanding melakukannya mengikut kemahuan sendiri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju


Tips Lulus MEdSI

Salah satu cara untuk lulus dalam MEdSI ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan MEdSI ini menfokuskan kepada personaliti seorang pendidik dan kesesuaian personaliti seseorang dengan subjek. Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan seorang pendidik kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 300 Soalan MEdSI

Dalam ebook koleksi 300 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan MEdSI ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

RM95 RM40 sahaja.
Klik butang di bawah ini untuk pembelian.

Semoga Dipermudahkan.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan MEdSI ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab ujian MEdSI dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan MEdSI yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

6 thoughts on “300+ Contoh Soalan MEdSI 2024 Dan Tips Lulus”

    1. Cikgu Khairul

      Ya dapat terus. Saya dah set kan dalam sistem. Selepas bayar terus akan redirect ke halaman download. Sebagai backup, sekiranya tak redirect, saya dah set kan satu emel sebagai salinan pembayaran. Boleh download dekat emel jugak.

    1. Cikgu Khairul

      Hardcopy x ada, hanya ada softcopy shj. Nanti boleh download terus on the spot selepas selesai payment.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *