Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Contoh Soalan Dan Tips Lulus

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan U11? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan?

    Sebelum cikgu kongsikan tips menjawab dan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan?

    Bukan apa, cikgu tengok masih ramai calon yang pertama kali ambil ujian ni dan mereka masih kurang faham apa itu ujian ini sebenarnya.

    Asal Usul Ujian Psikometrik

    Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.

    Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang dijalankan untuk mencungkil sikap sebenar seseorang calon.

    Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.

    Ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

    Berdasarkan kepada ujian psikometrik sebelum ini, soalan ujian ini ditanya dalam bentuk soalan objektif.

    Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja, dan pilihan jawapan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

    • Ya atau tidak
    • Betul atau salah
    • Ya atau betul atau tidak pasti
    • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

    “Kalau senang mesti mudah la nak lulus kan cikgu?”

    Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

    Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

    “Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

    Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Contohnya soalan, siapakah perdana menteri Malaysia yang kesepuluh? Semua orang tahu jawapan yang paling tepat ialah Anwar Ibrahim.

    Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu jawapan yang anda pilih itupun betul bagi pihak SPA.

    Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan kenapa.

    Tujuan Ujian Psikometrik

    Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya.

    Cikgu pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

    Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

    Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Sebulan? Setahun?

    Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan.

    Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.

    “Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

    Ya memang macam itu dan itulah tujuan utama ujian ini dijalankan. Lulus dan gagal seseorang calon itu bergantung kepada kekosongan jawatan. Ada jawatan mempunyai 500 kekosongan, jadi pihak SPA akan meluluskan seramai 5,000 calon. 

    Ada jawatan hanya ada 2 kekosongan sahaja. Ketika ini pihak SPA hanya akan meluluskan seramai 20 orang calon sahaja. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.

    Persoalannya sekarang, anda bakal berada dalam kategori calon yang diluluskan ataupun digagalkan?

    Jom baca perkongsian di bawah ini agar anda lebih jelas bagaimana hendak berada dalam kelompok calon yang diluluskan ini.

    Ujian Psikometrik 154 Soalan

    “Biasa ujian psikometrik ini ada berapa soalan cikgu?” 

    Jumlah soalan ni sebenarnya bergantung kepada berapa banyak sikap yang ingin dicungkil daripada diri seorang calon. 

    Jika ketua jabatan mahukan banyak sikap dicungkil, semakin banyak lah soalan akan ditanya.

    Ada sesetengah jawatan, hanya ada 90 soalan sahaja. Ada jawatan ada 135 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. Untuk soalan pembantu perawatan kesihatan pula, SPA menggunakan set soalan 132.

    “Masa pulak macam mana tu cikgu?”

    Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Nak mudah kira, setiap 10 soalan, anda perlu peruntukan masa 7 minit untuk menjawab. Kalau terlebih, anda akan tak cukup masa nak jawab kesemua soalan.

    Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan?

    Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan pembantu perawatan kesihatan sepenuhnya bergantung kepada skop kerja pembantu perawatan kesihatan itu sendiri.

    Antara skop tugas seorang pembantu perawatan kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia ialah bertanggungjawab untuk:

    • Mengambil makanan dari dapur serta membantu memberi makanan kepada pesakit.
    • Menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada upaya.
    • Mengiringi pesakit untuk rawatan seperti ke unit fisioterapi dan lain-lain.
    • Membantu pesakit apabila diperlukan seperti mengiringi ke tandas dan sebagainya.

    1. Sikap Empati

    Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seorang yang bersikap empati.

    Empati adalah kemampuan untuk merasai dan memahami perasaan dan keperluan pesakit adalah sangat penting. Individu ini perlu bersikap penyayang dan mempunyai empati untuk memastikan pesakit merasa selesa dan dipedulikan.

    2. Sikap Teliti

    Antara tugas-tugas lain pembantu perawatan kesihatan ialah:

    • Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukanubat.
    • Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi pesakit.
    • Membantu dalam menyukat dan merekod intake & output pesakit.
    • Mengambil contoh urin, najis dan kahak serta melabel dengan betul dan menghantar ke makmal.

    Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang calon itu mempunyai tahap ketelitian yang tinggi dalam diri mereka.

    Kesalahan dalam mengambil atau merekod maklumat seperti sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, atau data inventori ubat boleh membawa kepada kesalahan perubatan yang serius. Oleh itu, individu perlu teliti dan tepat dalam pelaksanaan tugas ini.

    Wajib Ada Untuk Lulus.

    Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu perawatan kesihatan itu perlu personaliti empati dan juga ada ketelitian yang tinggi dalam diri mereka.

    Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.

    “Jadi ujian ni nak uji sikap empati dan teliti je ke cikgu?”

    Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

    Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu perawatan kesihatan, itu anda boleh semak semula nanti.

    Adakah Anda Layak?

    Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?

    Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Jika tidak ada, itu bermaksud jawatan pembantu perawatan kesihatan ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan

    Dalam ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan kesihatan.

    Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini. Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.

    20 Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan

    Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati elemen penilaian itu ataupun tidak.

    Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

    Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 3: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 4: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 5: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 6: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 7: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Tidak Pasti
    • Setuju
    • Sangat Setuju

    Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 11: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 12: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 13: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 14: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Kurang Setuju
    • Agak Setuju
    • Setuju
    • Sangat Setuju
    • Sangat Setuju Sekali

    Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Kurang Setuju
    • Agak Setuju
    • Setuju
    • Sangat Setuju
    • Sangat Setuju Sekali

    Soalan 18: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

    • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
    • Tidak Menggambarkan Diri Saya
    • Agak Menggambarkan Diri Saya
    • Menggambarkan Diri Saya
    • Sangat Menggambarkan Diri Saya

    Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

    • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
    • Tidak Menggambarkan Diri Saya
    • Agak Menggambarkan Diri Saya
    • Menggambarkan Diri Saya
    • Sangat Menggambarkan Diri Saya

    Soalan 20: Dalam mesyuarat, walaupun saya tidak setuju dengan sesuatu cadangan, saya memilih untuk diam sahaja kerana tidak mahu menimbulkan konflik.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Kuiz Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan

    Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

    Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?

    Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

    Tips Lulus Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan

    Soalan ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan, pihak yang menilai ialah SPA.

    Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik pembantu perawatan kesihatan.

    1. Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

    Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2 dan soalan 14 di bawah ini. Kedua-dua soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara dua soalan ini.

    Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

    Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

    2. Tetapkan Pendirian Anda.

    Soalan 9 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9 dan 15 ini.

    Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. 

    Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

    Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

    Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

    Kecenderungan perwatakan sangat gemar bersosial.

    Soalan 2 = sokong.
    Soalan 9 = sokong.
    Soalan 15 = bangkang.

    Kecenderungan perwatakan tidak gemar bersosial.

    Soalan 2 = bangkang.
    Soalan 9 = bangkang.
    Soalan 15 = sokong.

    Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.

    Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

    Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

    kategori sikap manusia spier pdrm

    “Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

    Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

    Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik dan paling positif. Sebenarnya salah pemahaman macam tu.

    Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain. Dan tak akan ada sesuatu jabatan kerajaan itu dipenuhi dengan semua staf berperwatakan extravertion.

    Tak percaya? Anda boleh check sendiri dekat pejabat kerajaan.

    “Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”

    Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai.

    Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan diberikan keutamaan. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mudah mesra yang wujud dalam diri mereka.

    Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

    Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia jabatan, sepastinya individu introvertion akan dipilih. Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi maklumat yang mereka tahu dengan orang lain.

    Tambahan pula, individu extravertion ini mempunyai ramai kenalan. Jadi, kebarangkalian untuk sesuatu maklumat terbocor tanpa sengaja itu tinggi.

    Nampak Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

    Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon.

    Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

    Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan.

    Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?

    Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

    • Sangat Tidak Setuju
    • Tidak Setuju
    • Tidak Pasti
    • Setuju
    • Sangat Setuju

    Soalan 11: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

    • Sangat Setuju
    • Setuju
    • Tak pasti
    • Tidak Setuju
    • Sangat Tidak Setuju

    Soalan 20: Dalam mesyuarat, walaupun saya tidak setuju dengan sesuatu cadangan, saya memilih untuk diam sahaja kerana tidak mahu menimbulkan konflik.

    • Sangat Kerap
    • Kerap
    • Tak pasti
    • Kadang-Kadang
    • Tidak Pernah

    Apa elemen penilaian disebalik pernyataan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon psikometrik gagal dalam ujian ini disebabkan pendirian mereka dipengaruhi oleh soalan seperti ini.

    Telegram Rasmi Psikometrik 2023

    Cikgu kongsikan banyak lagi soalan psikometrik sebenar & huraian jawapan dalam telegram ini. Terutama bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten.

    Sila klik butang di bawah untuk tengok bagaimana pemilihan jawapan konsisten ini dilakukan.

    Rekemendasi Daripada Cikgu.

    “Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan ini? Share lah sikit tips cikgu”

    Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Daripada situ anda akan lebih peka dengan soalan. 

    Apa elemen penilaian yang cuba dicungkil melalui setiap soalan. Jika anda dapat kesan elemen penilaian ini, ini akan dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).

    “Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna?”

    Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim Infokerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan.

    Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

    Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai. Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

    Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.

    Bonus Untuk Anda

    Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu.

    Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

    • 7 Set Soalan Psikometrik (Updated 2023)
    • 9 Set Kuiz Psikometrik
    • Rahsia Konsisten + Case Study
    • Bahan Study Dalam Telegram
    • Punca Calon Gagal Ujian Psikometrik
    • Koleksi Soalan Psikometrik Berkaitan Minat.
    • Private Group Perbincangan Psikometrik.

    Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya diterangkan dalam tiga muka surat sahaja.

    Dalam ebook bonus, saya sediakan kes study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.

    Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.

    Sila klik butang di bawah ini untuk claim bonus-bonus ini.

    Penutup.

    Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

    Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu perawatan kesihatan kelak. Aamiin.

    Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

    The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.