Ujian psikometrik online percuma – Adakah anda mencari contoh soalan ujian psikometrik SPA yang terbaru?
Anda nak tahu tak bagaimana format soalan ujian psikometrik ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa soalan psikometrik yang pernah ditanya pada ujian psikometrik minggu lepas.
Soalan 1: Saya berupaya mencadangkan kesimpulan alternatif apabila diberikan keputusan yang hanya mencadangkan satu kemungkinan kesimpulan.
Soalan 2: Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?
Soalan 3: Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
Soalan 4: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
Soalan 5: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
Soalan 6: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
Soalan 7: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
Soalan 8: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.
Soalan 9: Tidak mengapa mengambil sijil sakit dalam keadaan terdesak.
Soalan 10: Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkannya sahaja.
Soalan 11: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.
Soalan 12: Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi anda tidak melanggarnya.
Soalan 13: Saya tidak kisah apa yang orang lain fikirkan.
Soalan 14: Saya pernah meminjam barangan orang lain tanpa memberitahu sesiapa.
Soalan 15: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.
Soalan 16: Saya biasanya boleh membuat keputusan apabila diperlukan.
Soalan 17: Saya selalu bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir terlebih dahulu.
Soalan 18: Saya bekerja keras dari yang sepatutnya untuk sesuatu tugasan.
Soalan 19: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 20: Boleh dikatakan setiap individu ada sedikit sifat tidak jujur.
Soalan 21: Saya tidak perlu mencari pelbagai kemungkinan untuk menyelesaikan masalah.
Soalan 22: Saya berasa terikat apabila membuat temujanji yang ditetapkan hari dan masanya.
Soalan 23: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
Soalan 24: Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan hubungan romantik anda?
Soalan 25: Saya menawarkan diri untuk menjadi orang yang pertama belajar dan membuat tugasan baharu di tempat kerja.
Soalan 26: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.
Soalan 27: Saya suka mengenali orang-orang penting kerana ia membuat saya penting juga.
Soalan 28: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.
Soalan 29: Dalam membuat undian untuk memilih seseorang wakil saya memilih calon yang saya tahu sedikit tentang dirinya.
Soalan 30: Saya akan menghadiri mesyuarat yang saya anggap ianya penting walaupun tidak diwajibkan.
Soalan 30: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 31: Saya menawarkan diri untuk menjadi orang yang pertama belajar dan membuat tugasan baharu di tempat kerja.
Soalan 32: Saya boleh diharapkan apabila saya mengatakan yang saya akan melakukan sesuatu. Perkara itu akan dilakukan dengan baik dan tepat pada masanya.
Soalan 33: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.
Soalan 34: Pernahkah terlintas difikiran anda bahawa ibu bapa anda membenci anda?
Soalan 35: Saya selalu memikirkan cara untuk berada lebih ke hadapan berbanding rakan-rakan sekerja.
Ps.. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini bagi memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawat awam.
Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 40 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal ujian psikometrik online percuma dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti.
Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Ps… Tips mudah nak lulus ujian psikometrik, sila pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.
Pss.. Nak tengok lagi extra 200 soalan psikometrik dan huraian jawapan? Sila klik butang di bawah ini.
Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon psikometrik yang lain.