Soalan Temuduga Pegawai Bomba Gred KB19

oleh Cikgu Khairul

Adakah anda mencari contoh soalan temuduga pegawai bomba? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi.

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mendapat panggilan temuduga ini.

4 Topik Soalan Temuduga Pegawai Bomba

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga pegawai bomba ni?

Secara asasnya, terdapat empat topik utama akan ditanya oleh panel temuduga dalam sesi temuduga bomba, iaitu:

  • Soalan tentang diri anda.
  • Soalan berkaitan jawatan.
  • Soalan berkaitan kementerian dan jabatan bomba.
  • Soalan kemahiran berfikir.

Soalan Tentang Diri Anda

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. 

Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap.

Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.

“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Izzat bin Ismail berasal dari Kuantan, Pahang. Saya menerima pendidikan awal di SMK Seri Pekan dan melanjutkan pendidikan ke peringkat diploma.

Walaupun kecemerlangan akademik adalah salah satu kelebihan saya, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah saya dulu.

Saya memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti sosial dan kegiatan luar kelas kerana ia membentuk keperibadian dan keterampilan saya.

Dengan sikap berdisiplin dan amanah yang saya miliki, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggung jawab dengan baik dalam jawatan ini.

Tip menjawab: Fokus jawapan yang menjurus ke arah tugas pegawao bomba. Disebabkan skop pegawai bomba selalu terlibat dengan pemadam kebakaran, anda boleh tonjolkan minat terhadap aktiviti luar atau sosial.

Selepas panel dengar jawapan perkenalkan diri, mereka suka bertanya tentang perkembangan semasa tentang diri anda.

“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM, saya berkesempatan bekerja sebagai juruwang di kedai milik pakcik saya.

Selama di sana, saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai jenis pelanggan, memupuk kesabaran dalam menangani karenah mereka, serta mendapatkan pengalaman dalam membuat keputusan yang tepat dan pantas.

Saya yakin, pengalaman ini memberikan asas yang kuat bagi saya untuk berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat dengan lebih efisien.

Dan saya percaya pengalaman ini amat berguna untuk menjadi anggota bomba ini.

Tip menjawab: Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam anggota bomba.

Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.

Soalan Berkaitan Jawatan.

Berdasarkan kepada pengalaman calon sebelum ini, panel temuduga bertanya kepadanya kenapa dia berminat dengan jawatan ini.

“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan pegawai bomba ni?”, tanya panel temuduga.

Saya berminat dengan kerjaya dalam bomba kerana saya ingin memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Saya percaya pentingnya peranan bomba dalam menyelamatkan nyawa dan melindungi harta benda.

Kerjaya ini membolehkan saya menggunakan kemahiran saya dalam situasi yang mencabar dan dinamik, dan saya terinspirasi oleh keberanian dan dedikasi yang ditunjukkan oleh anggota bomba.

Selain itu, saya juga tertarik kepada aspek kerja berpasukan yang erat dalam perkhidmatan bomba. Saya percaya kerjasama pasukan penting untuk menangani situasi kecemasan dengan berkesan.

Tapi pertanyaan ini tidak terhenti di situ sahaja. Sebab setiap orang boleh claim apa-apa sahaja yang mereka suka. Katanya minat, tapi belum tentu minat tu betul-betul wujud.

Apabila panel temuduga berpuas hati dengan jawapan anda ini, panel akan bertanya pula tentang skop tugas jawatan.

Pastikan anda tahu skop tugas kerana itu akan menjadi bukti sejauh mana minat anda terhadap jawatan pegawai bomba itu.

“Sebagai seorang pegawai bomba, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.

Sebagai seorang pegawai bomba, saya bertanggungjawab dalam melaksanakan operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan.

Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk penyelenggaraan harian jentera bomba, memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan pada bila-bila masa.

Pemanduan jentera bomba juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab saya. Saya perlu memastikan jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian dengan selamat dan tepat pada masanya.

Selain itu, pemeriksaan premis juga menjadi sebahagian daripada tugas saya. Ini termasuk memeriksa bangunan dan kawasan untuk memastikan mereka mematuhi standard keselamatan kebakaran.

Kebanyakan calon akan gagal dalam temuduga bomba ini disebabkan mereka tak tahu apakah skop tugasan mereka akan lakukan nanti.

Minat memang penting, tapi minat sahaja tidak cukup untuk mengukur kesungguhan seseorang itu. Jika skop tugas pun tak tahu, cukup membuktikan tiada kesungguhan dalam diri mereka. Minat mereka hanya dimulut, tapi tidak dihati.

Selain itu, antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa sesi temuduga ialah:

  • Apa yang awak faham dengan tugas pegawai bomba ini?
  • Apakah ciri-ciri yang ada pada awak sehinggakan awak rasa layak menjadi pegawai bomba?
  • Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik?
  • Kenapa awak memohon jawatan pegawai bomba KB19? Sedangkan kelayakan awak lebih sesuai untuk jawatan penolong penguasa bomba KB29?

Soalan Berkaitan Kementerian Dan Jabatan Bomba

Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jawatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengetahuan kementerian dan jabatan.

Sebagai persediaan, saya syorkan anda untuk kaji dasar-dasar yang dikeluarkan oleh JBPM, misi dan visi JBPM.

Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?”, tanya panel temuduga.

Visi JBPM adalah untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi. Ini bermaksud, JBPM bercita-cita untuk dikenali sebagai organisasi yang unggul dalam bidang kebombaan dan penyelamatan. Tidak hanya disegani di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa, kerana kecemerlangan dalam operasi, inovasi, dan profesionalisme.

Selain daripada bertanyakan soalan berkaitan visi dan misi, panel juga suka bertanyakan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya JBPM.

“Boleh awak ceritakan sedikit sejarah penubuhan JBPM?”, tanya panel temuduga.

Sebagai calon temuduga, anda wajib tahu tentang sejarah penubuhan JBPM, bermula daripada Bomba Sukarela Selangor sehinggalah tertubuhnya JBPM pada hari ini. 

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • JBPM di bawah kementerian apa?
  • Selain JBPM, apa lagi jabatan atau agensi di bawah kementerian itu?
  • Apakah peranan JBPM yang awak tahu?
  • Ada berapa bahagian dalam JBPM yang awak tahu?
  • Awak tahu apa itu kod etika bomba? Apakah kepentingan kod etika ini dalam pentadbiran JBPM?
  • Bila Hari Bomba Sedunia di peringkat kebangsaan?
  • Di mana sambutan Hari Bomba Sedunia pada tahun ini berlangsung?
  • Kenapa bendera JBPM ada 15 jalur? Sedangkan bendera Malaysia ada 14 jalur sahaja. Jalur 15 tu bermaksud apa?
  • Apa itu Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara? Boleh awak terangkan kepada saya?

Soalan Kemahiran Berfikir.

Antara topik ‘hot’ dalam temuduga bomba ialah soalan berkaitan kemahiran berfikir. Soalan ini ditanya bertujuan untuk menguji kemampuan calon mengambil keputusan, kemampuan menyelesaikan masalah, dan menguji tahap kreativiti dalam diri calon.

“Awak tahu tak apa itu APA? Boleh ceritakan kepada saya tentang APA?”, tanya panel temuduga.

APA, atau Alat Pemadam Api Mudah Alih, adalah alat pemadaman kebakaran yang direka untuk kegunaan mudah dan cepat dalam situasi kecemasan.

Ciri utama APA adalah ia ringan dan mudah alih, dengan berat media pemadaman yang tidak melebihi 20 kg, membolehkannya dibawa dan dioperasikan menggunakan tangan dengan mudah.

Tapi soalan tidak terhenti dekat situ sahaja. Panel akan bertanya lebih mendalam tentang APA untuk menguji sejauh mana anda tahu tentang perkara ini.

Maklum balas calon temuduga sebelum ini, dia katakan panel bertanya soalan APA berbentuk situasi kepadanya.

“Saya nak berpindah dari premis A ke premis B. Boleh ke saya pindahkan APA yang telah didaftar di premis A untuk digunakan di premis B? Jika boleh, jelaskan kenapa”, tanya panel temuduga.

Bagi anda yang tidak tahu prosedur pengurusan APA, saya yakin anda tidak dapat jawab soalan ini dengan baik. Ini disebabkan panel cuba meminta fakta dalam jawapan anda.

Jadi, bagaimana nak jawab soalan seperti ini. Jom baca skrip jawapan di bawah ini.

Tuan tidak boleh sesuka hati memindahkan Alat Pemadam Api Mudah Alih (APA) yang telah didaftar di premis A untuk digunakan di premis B. Ini disebabkan setiap unit APA yang didaftar adalah spesifik kepada lokasi atau premis yang tertentu.

Pemindahan APA dari satu premis ke premis lain tanpa prosedur yang sah boleh mengakibatkan masalah dalam pengesanan dan pengurusan alat pemadam api, serta isu-isu berkaitan dengan kepatuhan dan rekod.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • Adakah kontraktor perlu menggantikan APA yang lain apabila mengambil APA untuk diselenggara dari premis? Kenapa?
  • Bagaimanakah mangsa kebakaran premis boleh mendapatkan Laporan Mengenai Punca Kebakaran dari JBPM?
  • Apakah keburukan memakai sarung tangan basah semasa mengendalikan periuk panas?
  • Bayangkan awak terperangkap di sebuah bangunan yang dipenuhi asap, bagaimanakah awak hendak menyelamatkan diri dengan cara paling selamat?
  • Bagaimana gejala rasuah boleh berlaku dikalangan anggota JBPM? Saya nak awak jawab dalam bentuk situasi.

100 Soalan Temuduga Bomba + Skrip Jawapan.

Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga bomba berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca koleksi 100 soalan temuduga bomba ini.

Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Kesemua soalan yang saya kongsikan di atas ini ada di dalam ebook ini. Setiap soalan lengkap dengan skrip jawapan. 

Penutup.

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga pegawai bomba ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti.

Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda ada pertanyaan tentang soalan temuduga bomba? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *