200+ Contoh Soalan Ujian MIT PDRM 2023

Adakah anda mencari contoh soalan MIT PDRM? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan MIT PDRM dan tips untuk lulus ujian ini.

cikgu khairul ajar ujian pustakawan s41

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian MIT PDRM?

Untuk pengetahuan anda, MIT merupakan singkatan daripada Malaysia Integrity Test. Ujian ini berfungsi sebagai alat untuk mengukur integriti dan kelakuan moral seseorang individu. Matlamatnya adalah untuk menilai sama ada seseorang calon itu mempunyai standard etika dan integriti yang tinggi ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud standard etika dan berintegriti tinggi, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.

Format Soalan MIT PDRM

Berdasarkan kepada ujian MIT yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik. Setiap soalan hanya diberikan empat pilihan jawapan seperti:

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian PDRM ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil ke peringkat seterusnya.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian MIT PDRM?

Berdasarkan kepada soalan MIT PDRM yang lepas, terdapat beberapa perkara yang cuba dinilai dalam ujian ini. Antaranya ialah mengenalpasti pasti tingkah laku yang mencerminkan integriti peribadi, seperti kejujuran, amanah dan tanggungjawab.

Contoh soalan seperti di bawah:

Contoh soalan: Saya tidak pernah berbohong.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian MIT PDRM ialah mendedahkan potensi risiko rasuah. Contohnya, jika seseorang itu menunjukkan sikap yang meremehkan atau menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Contoh soalan seperti di bawah:

Contoh soalan: Saya sedia terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan kuasa yang menawarkan ganjaran yang berpatutan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Perkara seterusnya yang cuba dicungkil melalui ujian ini ialah memahami nilai dan etika seseorang individu. Dan bagaimana etika mereka ini mempengaruhi keputusan dan tindakan mereka.

Contoh soalan seperti di bawah:

Contoh soalan: Saya tidak akan meninggalkan tempat bertugas begitu sahaja.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Contoh Soalan MIT PDRM

Walaupun soalan MIT ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA. Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan MIT PDRM lebih terfokus kepada jawatan seorang anggota PDRM itu sendiri.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian MIT nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu. Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang guru yang dicari oleh pihak PDRM.

10 Soalan MIT Terkini

Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian MIT PDRM yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya


Tips Lulus MIT PDRM

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian MIT ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan MIT ini menfokuskan kepada personaliti seorang anggota PDRM. Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan integriti seorang anggota PDRM kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 200 Soalan MIT PDRM

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan MIT ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

soalan MIT PDRM

RM49 RM27 sahaja.
Klik butang di bawah ini untuk pembelian.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan MIT PDRM ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan MIT PDRM yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

2 thoughts on “200+ Contoh Soalan Ujian MIT PDRM 2023”

  1. Shazieha Asma binti Mat Sood

    Assalamualaikum Cikgu Khai..Sy ingin bertanya berkenaan soalan-soalan MIT PDRM 2023.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *