Soalan Temuduga Polis PDRM Dan Skrip Jawapan

oleh Cikgu Khairul

Soalan Temuduga Polis PDRM – Adakah anda mencari contoh soalan temuduga polis? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi.

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya mendapat panggilan temuduga ini.

4 Topik Soalan Temuduga Polis PDRM

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga polis ni?

Secara asasnya, terdapat empat topik utama akan ditanya oleh panel temuduga dalam sesi temuduga polis, iaitu:

  • Soalan tentang diri anda.
  • Soalan berkaitan jawatan.
  • Soalan berkaitan kementerian dan PDRM.
  • Soalan berkaitan isu semasa.

Soalan Tentang Diri Anda

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. 

Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap.

Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.

“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Izzat bin Ismail berasal dari Kuantan, Pahang. Saya menerima pendidikan awal di SMK Seri Pekan dan melanjutkan pendidikan ke peringkat (sijil/diploma/ijazah).

Walaupun kecemerlangan akademik adalah salah satu kelebihan saya, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah saya dulu.

Saya memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti sosial dan kegiatan luar kelas kerana ia membentuk keperibadian dan keterampilan saya.

Dengan sikap berdisiplin dan amanah yang saya miliki, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggung jawab dengan baik dalam jawatan ini.

Tip menjawab: Fokus jawapan yang menjurus ke arah tugas polis. Disebabkan skop polis selalu terlibat dengan serbuan, anda boleh tonjolkan minat terhadap aktiviti luar atau sosial.

Selepas panel dengar jawapan perkenalkan diri, mereka suka bertanya tentang perkembangan semasa tentang diri anda.

“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM, saya berkesempatan bekerja sebagai juruwang di kedai milik pakcik saya.

Selama di sana, saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai jenis pelanggan, memupuk kesabaran dalam menangani karenah mereka, serta mendapatkan pengalaman dalam membuat keputusan yang tepat dan pantas.

Saya yakin, pengalaman ini memberikan asas yang kuat bagi saya untuk berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat dengan lebih efisien.

Dan saya percaya pengalaman ini amat berguna untuk menjadi anggota polis ini.

Tip menjawab: Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam polis.

Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.

Soalan Berkaitan Jawatan.

Berdasarkan kepada pengalaman calon sebelum ini, panel temuduga bertanya kepadanya kenapa dia berminat dengan jawatan ini.

“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan polis ni?”, tanya panel temuduga.

Saya berminat dengan jawatan polis di PDRM kerana saya mempunyai keinginan yang kuat untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. 

Saya percaya bahawa menjadi polis bukan hanya tentang menegakkan undang-undang, tetapi juga tentang menjadi pelindung kepada orang awam. 

Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan yang memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat, serta membantu mereka yang memerlukan.

Tapi pertanya ini tidak terhenti di situ sahaja. Sebab setiap orang boleh claim apa-apa sahaja yang mereka suka. Kata minat, tapi belum tentu minat tu betul-betul wujud.

Apabila panel temuduga berpuas hati dengan jawapan anda ini, panel akan bertanya pula tentang skop tugas jawatan.

Pastikan anda tahu skop tugas kerana itu akan menjadi bukti sejauh mana minat anda terhadap jawatan polis itu.

“Sebagai seorang polis, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.

Sebagai seorang anggota polis di PDRM, tugas utama saya adalah untuk menegakkan undang-undang dan memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat. Ini termasuklah bertindak balas terhadap panggilan kecemasan, melakukan rondaan, dan menyiasat jenayah. 

Saya juga bertanggungjawab untuk mengumpul bukti, menyediakan laporan kes, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam penyelesaian kes.

Selain itu, saya akan terlibat dalam aktiviti pencegahan jenayah, seperti memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai langkah-langkah keselamatan, dan bekerjasama dengan komuniti untuk mengidentifikasi dan menangani masalah keselamatan awam.

Kebanyakan calon akan gagal dalam temuduga polis ini disebabkan mereka tak tahu apakah skop tugasan mereka akan lakukan nanti.

Minat memang penting, tapi minat sahaja tidak cukup untuk mengukur kesungguhan seseorang itu dengan jawatan. Jika skop tugas pun tak tahu, cukup membuktikan tiada kesungguhan seseorang calon itu dengan jawatan yang mereka minat.

Selain itu, antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa sesi temuduga ialah:

  • Apa persediaan awak baca hadir temuduga?
  • Apa yang awak faham dengan tugas polis?
  • Apakah ciri-ciri yang ada pada awak sehinggakan awak rasa layak untuk jawatan ini?
  • Awak asal di semenanjung kan? Awak sanggup tak dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak? Saya difahamkan ada banyak kekosongan di sana.

Soalan Berkaitan Kementerian Dan PDRM

Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jawatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengetahuan kementerian dan jabatan.

Sebagai persediaan, saya syorkan anda untuk kaji dasar-dasar yang dikeluarkan oleh PDRM, misi dan visi PDRM.

Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi dan misi PDRM?”, tanya panel temuduga.

Visi Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ‘Peneraju Keselamatan Bagi Mengekalkan Malaysia Selamat dan Aman’. Visi ini menekankan peranan penting PDRM sebagai pemimpin dalam aspek keselamatan, dengan tujuan utama untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang selamat dan aman untuk semua warganya.

Sementara itu, misi PDRM adalah ‘Memberi Perkhidmatan Kepolisan yang Profesional, Berkualiti dan Berintegriti ke Arah Keselamatan dan Ketenteraman Awam’. Misi ini menggariskan komitmen PDRM untuk menyediakan perkhidmatan kepolisan yang tidak hanya efektif dalam menangani jenayah dan isu keselamatan, tetapi juga dilaksanakan dengan profesionalisme, kualiti, dan integriti yang tinggi.

Selain daripada bertanyakan soalan berkaitan visi dan misi, panel juga suka bertanyakan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya PDRM.

“Boleh awak ceritakan sedikit sejarah yang awak tahu tentang sistem PDRM?”, tanya panel temuduga.

Sebagai calon temuduga, anda wajib tahu tentang sejarah penubuhan PDRM, bermula daripada zaman kesultanan melayu. 

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Undang-undang yang wujud pada zaman tersebut lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan oleh institusi Temenggong serta para hulubalang.

Apabila soalan berkaitan sejarah ditanya, selalunya panel temuduga pasti akan bertanyakan bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh wujud dalam PDRM. 

“Bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh ada dalam PDRM? Boleh awak ceritakan kepada saya bagaimana perkara ini boleh berlaku?”, pinta panel temuduga.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • PDRM di bawah kementerian apa?
  • Selain PDRM, apa lagi jabatan atau agensi di bawah kementerian itu?
  • Apakah peranan PDRM yang awak tahu?
  • Bagaimana PDRM mendapat kuasa dalam menegakkan undang-undang? Boleh anda ceritakan kepada saya?
  • Awak tahu tak bila sambutan Hari Polis peringkat kebangsaan?
  • Kenapa perlu ada sambutan Hari Polis? Penting sangat ke sambutan ini?
  • Apa yang terkandung dalam kod etika PDRM?
  • Boleh awak huraikan salah satu daripada fokus utama kod etika itu?

Soalan Isu Semasa.

Apabila bercakap tentang isu semasa berkaitan dengan polis, isu rasuah merupakan isu yang paling kerap selalu muncul di televisyen, akhbar, dan di sosial media.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sektor penguat kuasa undang-undang merupakan sektor tertinggi cenderung terdedah kepada gejala rasuah.

Seperti maklum balas calon temuduga sebelum ini, kerap kali panel temuduga bertanyakan soalan berkaitan dengan rasuah kepada mereka. Boleh dikatakan soalan rasuah soalan killer dalam temuduga polis.

“Apa yang awak faham dengan hadiah? Adakah hadiah dikategorikan sebagai suapan?”, tanya panel temuduga.

Dalam pemahaman saya, hadiah adalah segala jenis bentuk pemberian tanpa mengharapkan balasan daripada pemberi hadiah. Hadiah boleh jadi dalam bentuk wang, kenderaan, komisen, cenderamata.

Sekiranya pemberi hadiah mengharapkan balasan di atas pemberian hadiah, ketika ini segala pemberian ini dikategorikan sebagai suapan.

Panel temuduga suka bertanyakan soalan menggunakan situasi. Mereka nak tahu adakah anda betul-betul faham apa yang dinamakan dengan rasuah ataupun tidak.

“Bayangkan awak berada dalam suatu majlis, penganjur cuba memberi hadiah kepada awak di hadapan hadirin. Adakah awak akan terima hadiah tersebut? Jelaskan kenapa”, tanya panel temuduga.

Untuk pengetahuan anda, soalan berkaitan rasuah ini boleh dikategorikan soalan kemahiran berfikir. Jika anda bijak dalam menghubung kaitkan nilai integriti dan fakta, ianya mudah untuk anda jawab soalan seperti ini.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • Baru-baru ini ada kes pegawai polis melanggar seorang pelajar sekolah sehingga maut. Ramai netizen mahukan anggota ini dijatuhkan hukuman berat hingga ada yang mahukan anggota ini dikenakan hukuman gantung. Apa pendapat awak?
  • Ada sesetengah masyarakat menganggap wujud ‘double standard’ apabila ada kes jenayah berkaitan dengan anggota PDRM. Apa pendapat awak?

Koleksi Soalan Temuduga Polis.

Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga polis berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca koleksi 100 soalan temuduga polis ini.

Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Kesemua soalan yang saya kongsikan di atas ini ada di dalam ebook ini. Setiap soalan lengkap dengan skrip jawapan. 

Penutup.

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga polis ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti.

Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda ada pertanyaan tentang soalan temuduga polis? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.

6 thoughts on “Soalan Temuduga Polis PDRM Dan Skrip Jawapan”

  1. Kalau individu tersebut merupakan anak kepada ibu yang berstatus ibu tunggal, adakah individu tersebut layak mendapat pekerjaan dalam PDRM?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *