Lima Penilaian Ujian Psikometrik SPA Yang Ramai Calon Tak Tahu

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Penilaian Ujian Psikometrik SPA – Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda lima penilaian ujian psikometrik SPA. Anda boleh teruskan pembacaan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kategori penilaian ujian psikometrik SPA ini.

Penilaian ujian psikometrik SPA boleh dikategorikan beberapa bahagia utama. Untuk contoh kali ini, saya akan kongsikan lima kategori yang selalu digunakan oleh pihak SPA dalam mencungkil perangai sebenar seseorang calon.

Kategori Penilaian Ujian Psikometrik SPA.

Dalam mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan, pihak SPA akan menggunakan lima kategori penilaian. Ianya bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik nanti betul-betul menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan. Di bawah ini merupakan lima kategori penilaian dalam soalan psikometrik SPA.

  • Bagaimana seseorang itu bersosial.
  • Bagaimana seseorang itu berfikir.
  • Bagaimana seseorang itu membuat keputusan.
  • Bagaimana seseorang itu bertindak.
  • Bagaimana seseorang itu berdepan dengan situasi.
soalan psikometrik spa

Bagaimana Seseorang Calon Itu Bersosial.

Kategori pertama yang cuba diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana pergaulan seseorang calon itu. Cara pergaulan ini akan mencerminkan perwatakan sebenar seseorang itu sama ada mempunyai sikap kerjasama, toleransi ataupun lebih selesa melakukan secara bersendirian.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil bagaimana cara pergaulan seseorang calon psikometrik.

Soalan 1. Kawan-kawan selalu mengatakan saya seorang yang mudah difahami.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 2. Ramai kenalan saya berkata bahawa saya seorang yang bersikap terbuka.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 3. Saya lebih gemar memperkenalkan diri saya sendiri dalam sesuatu majlis.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 4. Saya boleh berborak panjang dengan seseorang apabila individu itu mempunyai minat yang sama dengan saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 5. Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Ya
  • Tidak
soalan psikometrik spa 2

Bagaimana Seseorang Calon Itu Berfikir.

Selain daripada menguji cara pergaulan, kategori yang seterusnya diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon berfikir.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan psikometrik yang digunakan untuk mencungkil cara pemikiran seseorang calon psikometrik.

Soalan 6. Saya lebih mesra dengan orang yang mempunyai daya kreatif berbanding realistik.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 7. Saya selalu dianggap seorang yang bersikap praktikal berbanding panjang akal.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 8. Apabila mendengar berita kemalangan jalan raya saya cuba untuk mengetahui punca.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 9. Saya lebih gemar menyertai kursus yang mengajar konsep dan prinsip berbanding kursus maklumat tepat.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 10. Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya.

  • Ya
  • Tidak
soalan psikometrik spa 3

Bagaimana Seseorang Calon Itu Membuat Keputusan.

Kategori yang seterusnya cuba dicungkil melalui ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon itu membuat keputusan. Data yang diperoleh daripada soalan-soalan ini penting dalam memastikan kesesuaian perwatakan seseorang itu menepati dengan jawatan ataupun tidak.

Artikel Berkaitan: Empat Tips Lulus Ujian Psikometrik.

Lima soalan di bawah ini merupakan soalan yang digunakan dalam mencungkil cara seseorang calon itu membuat keputusan.

Soalan 11. Saya lebih gemar kepada perkara yang bersifat logik berbanding perkara bersifat sentimental.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 12. Saya rasa kasihan apabila peminta sedekah mendekati saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 13. Dalam membuat keputusan, saya lebih mementingkan perasaan dan pendapat orang lain.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 14. Saya lebih suka bekerja di bawah ketua yang baik hati berbanding ketua yang berlidah tajam tetapi sentiasa benar.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 15. Kawan-kawan selalu mengatakan bahawa saya ini seorang yang cekap.

  • Ya
  • Tidak
soalan psikometrik spa 4

Bagaimana Seseorang Calon Itu Bertindak.

Apabila sesuatu masalah itu sudah dikenalpasti, kini tiba masanya masalah itu perlu diselesaikan. Dalam kategori keempat ini, pihak SPA akan mengenalpasti bagaimana seseorang calon itu bertindak dengan masalah yang mereka hadapi.

Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan dalam mencungkil perwatakan sebenar seseorang calon itu bertindak.

Soalan 16. Saya tidak memerlukan panduan yang tepat untuk ke sesuatu majlis kerana saya boleh bertanyakan kepada orang lain di mana majlis itu diadakan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 17. Apabila saya mempunyai tugas untuk dilaksanakan, saya lebih suka mengurusnya dengan teliti sebelum memulakannya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 18. Saya lebih memilih untuk tunggu dan lihat apa berlaku, kemudian saya akan buat perancangan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 19. Apabila melaksanakan tugas yang besar, saya lebih cenderung membahagikan tugas kepada pecahan tugas-tugas yang kecil.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 20. Saya terbuka untuk menerima perubahan dan fleksibel dalam menghadapi situasi yang berubah-ubah.

  • Ya
  • Tidak
penilaian ujian psikometrik

Bagaimana Seseorang Calon Itu Berdepan Dengan Situasi.

Antara kategori penilaian ujian psikometrik paling susah ialah kategori bagaimana berdepan dengan situasi. Boleh dikatakan semua soalan berkaitan dengan kategori ini sukar dibezakan. Cuba anda tengok lapan soalan di bawah ini. Walaupun soalan-soalan dalam kategori berbeza, ianya seolah-olah berada dalam kategori yang sama.

Soalan 21. Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 22. Saya tidak mahu memaksa kehendak saya kepada orang lain, saya mahu mencari jalan tengah yang boleh diterima semua pihak.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 23. Saya mahu memastikan semua orang mempunyai peluang untuk menyumbang dan terlibat dalam proses membuat keputusan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 24. Saya menerima pandangan kumpulan walaupun bercanggah dengan prinsip hidup saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 25. Saya bersedia untuk mengorbankan beberapa kepentingan saya untuk mencapai kesepakatan yang dapat diterima oleh kedua belah pihak.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 26. Saya akan mempertimbangkan idea orang lain jika idea yang saya cadangkan tidak boleh diterima oleh orang lain.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 27. Saya akan mempertahankan apa sahaja prinsip yang telah dipersetujui walaupun ada orang yang mengungkit.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 28. Apabila ada kawan tidak berpuas hati dengan tindakan saya, saya akan cuba menjauhinya kerana saya tahu pertengkaran tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 'Bias' Dalam Psikometrik SPA.

Kalau anda perasan, setiap soalan dalam kategori yang sama nampak macam tak ada perkaitan antara satu sama lain kan? Ya! Memang begitulah soalan psikometrik SPA direka. Setiap soalan diterapkan elemen sukar diteka bagi memastikan setiap soalan tidak berlaku ‘bias’ kepada soalan yang lain. Contohnya…

Soalan 6. Saya lebih mesra dengan orang yang mempunyai daya kreatif berbanding realistik.

Soalan 8. Apabila mendengar berita kemalangan jalan raya, saya cuba untuk mengetahui punca berlakunya kemalangan itu.

Cuba tengok dua soalan di atas ini. Walaupun dua soalan ini dalam kategori yang sama, nampak macam soalan ini tidak berkaitan antara satu sama lain kan?

Soalan Psikometrik SPA Mencorakkan Perwatakan Anda.

Untuk apa lima kategori penilaian ujian psikometrik ini ditanyakan kepada anda? Kalau anda nak tahu, daripada lima kategori penilaian ujian psikometrik ini boleh mencorakkan perwatakan anda yang sebenar. Bagaimana anda berfikir, bagaimana anda bersosial, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak dalam sesuatu situasi. 

Selepas data-data perwatakan ini diperoleh, pihak SPA akan memadankan data-data perwatakan anda itu dengan keperluan perwatakan jawatan.

Jika terdapat banyak persamaan antara perwatakan anda dengan keperluan perwatakan jawatan, ketika ini anda bakal diluluskan oleh pihak SPA. Dalam masa kurang dua minggu, anda bakal menerima emel daripada pihak SPA berbunyi, “Anda melepasi tahap penilaian psikometrik bagi jawatan…”.

Jika corak perwatakan anda ada sedikit persamaan dengan keperluan perwatakan jawatan, maka pihak SPA akan menggagalkan anda di atas alasan tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Dalam masa dua minggu, anda bakal menerima emel dari pihak SPA berbunyi, “Anda tidak melepasi tahap penilaian psikometrik yang ditetapkan bagi jawatan…”

Penutup.

Saya harap dengan perkongsian lima kategori penilaian ujian psikometrik SPA ini dapat membantu anda dalam persediaan ujian nanti. Saya mendoakan agar anda bakal lulus dalam ujian itu nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda dah tahu bagaimana ujian psikometrik berfungsi? Jom baca artikel khas bagaimana ujian psikometrik berfungsi agar anda lebih konsisten ketika memilih jawapan. Klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *