Contoh Soalan Ujian SPiER PDRM Dan Jawapan Tahun 2023

Kongsi Artikel

Anda sedang mencari contoh soalan ujian SPiER PDRM dan jawapan? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan ujian SPiER PDRM berserta cara untuk menjawab soalan ujian SPiER yang betul.

Tapi sebelum itu, salam perkenalan daripada saya, Cikgu Khairul. Cikgu berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian SPiER PDRM

Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan ujian SPiER PDRM, cikgu nak kongsikan dulu secara ringkas apa itu ujian SPiER PDRM yang sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, ujian Sistem Pemprofilan Rekrutment (SPiER) ini dikendalikan terus oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dijalankan untuk jabatan di bawah KDN sendiri. Mungkin anda pernah terdengar pasal ujian psikometrik SPA kan. Ya, penilaian dalam kedua-dua ujian ini sebenarnya sama saja, cuma berbeza pada jabatan yang mengendalikan ujian sahaja.

Nak senang cerita, ujian SPiER PDRM atau spikometrik ini merupakan ujian yang pihak kerajaan lakukan untuk menilai sikap dan tabiat dalam diri setiap calon sebelum diserap ke dalam institusi kerajaan.

Berdasarkan ujian SPiER yang dijalankan sebelum ini, soalan-soalan yang ditanya mempunyai empat pilihan jawapan seperti di bawah ini.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak Setuju
  • Sangat Tak Setuju

Ataupun..

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Kadang-Kadang
  • Tak Pernah

Ataupun..

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Mudah kan? Sebab anda hanya perlu memilih daripada empat pilihan jawapan ini saja. Tak perlu buat kira-kira, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu power grammar.

“Kalau mudah, mesti ramai yang lulus kan Cikgu?”

Opss… Anda jangan fikir macam tu dulu. Ujian SPiER PDRM ini bertujuan nak menapis sebanyak mungkin calon. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki sahaja yang akan melepasi ujian ini.

“Ujian SPiER PDRM tak sama ke dengan exam online yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan SPiER PDRM. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak KDN pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.

Tujuan Ujian SPiER PDRM

Tujuan ujian SPiER PDRM sama saja dengan ujian online yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan KDN tentang kenapa ujian ini satu kewajipan untuk memasuki sektor kerajaan.

Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk mengendalikan calon-calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian SPiER PDRM diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Setahun? Atas sebab itulah kenapa ujian SPiER PDRM ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam.

“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

Ya, tepat sekali. Anda perlu tahu, tak semua calon yang dipanggil exam tu nanti berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ada yang berfikir apa salahnya dia mencuba nasib, ada rezeki lulus lah kan.

Hanya calon yang berkualiti dan betul-betul inginkan jawatan itu sahaja yang berusaha untuk lulus ujian itu nanti.

Ujian SPiER PDRM 90 Soalan

Jika ditanyakan berapakan jumlah soalan ujian SPiER PDRM ini? Berdasarkan exam gred jawatan yang lepas, terdapat 90 soalan bakal ditanyakan kepada anda.

Masa yang diberikan pula dalam 40 minit. Jika dinisbahkan dalam julat yang dekat, anda perlu peruntukan 4 minit dalam menjawab 10 soalan. Tapi jumlah soalan ini tak tetap, ia berbeza-beza mengikut gred jawatan. Ada gred jawatan tu ada 60 soalan, ada 90 soalan, dan yang paling banyak ialah 199 soalan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Ini?

Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian SPiER, ujian psikometrik selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian. Antara elemen yang cuba dicungkil melalui ujian ini ialah:

  • Kepimpinan
  • Kebolehan bersosial
  • Cara berkomunikasi
  • Kerjasama
  • Kestabilan emosi
  • Tahap disiplin diri
  • Kejujuran

Agak-agak anda ada tak elemen ini dalam diri anda? Jika ada peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tinggi kerana perwatakan diri anda menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

20 Contoh Soalan SPiER PDRM

Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan SPiER akan ditanyakan kepada anda. Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.

Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian SPiER yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tak Pernah

Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tak Pernah

Soalan 5: Kerja secara berkumpulan menyebabkan saya perlu selalu mengalah dengan setiap tindakan ahli kumpulan walaupun saya tidak menyetujuinya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 6: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 7: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tak Pernah

Soalan 8: Saya bangga untuk bertugas sebagai anggota PDRM.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 9: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tak Pernah

Soalan 11: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tak Pernah

Soalan 12: Lagu Polis Sedia Berkhidmat menaikkan semangat saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 13: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 15: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 16: Saya sedia terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan kuasa yang menawarkan ganjaran yang berpatutan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 17: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan sekerja saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Soalan 18: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tak Pernah

Soalan 19: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 20: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak Setuju
D. Sangat Tak Setuju

Kuiz SPiER

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajid ada dalam diri seorang penjawat awam.

Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.

Tips Lulus Ujian SPiER

Soalan ujian SPiER ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian SPiER, pihak yang menilai ialah KDN.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak KDN inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara KDN menilai sesuatu soalan ujian SPiER.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian SPiER ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.

Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak KDN akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2
 = sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang

Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2
 = bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak KDN ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

kategori sikap manusia spier pdrm
Dua golongan perwatakan manusia.

“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni. Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik. Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Dalam sesuatu jabatan PDRM, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain.

“Apa kepentingan pihak KDN nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”

Dalam ujian SPiER, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan ataupun pangkat. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon ada perwatakan extravertion akan dipilih.

Jika jawatan kali ini ketua jabatan mahukan seorang calon yang ada kebolehan dalam menyimpan rahsia, sepastinya golongan introvertion akan dipilih. Golongan extravertion pula tidak akan dipilih kerana mereka ada kecenderungan untuk berkongsi apa yang mereka tahu dengan orang lain.

Tambahan pula golongan extravertion ini gemar bergaul dengan ramai orang. Kebarangkalian untuk sesuatu rahsia itu bocor tanpa sengaja adalah tinggi.

Telegram Rasmi SPiER 2023

Cikgu kongsikan banyak lagi contoh soalan & huraian jawapan dalam telegram ini.

Koleksi 200 Soalan Ujian SPiER

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan ujian SPiER PDRM ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

RM49 RM27 sahaja.
Klik butang di bawah ini untuk pembelian.

Penutup

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian SPiER PDRM dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER PDRM yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada rungan komen di bawah ini ya.

13 thoughts on “Contoh Soalan Ujian SPiER PDRM Dan Jawapan Tahun 2023”

  1. Soalan no 5 tu jawapan apa ya cikgu? Setahu saya, kerja berkumpulan memang la banyak perkara yg kita tak setuju kan.

    1. Sepatutnya memang macam tu la. Kerja berkumpulan ni banyak perkara yang kita tak boleh ikut suka hati kita sendiri, ada perkara perlu ikut pendapat ahli yang lain.

      Nak jadi anggota PDRM kenalah ada semangat kerja berkumpulan. Sebab semua kes dalam PDRM perlu diselesaikan secara berkumpulan.

      Jawapan paling tepat: SANGAT SETUJU

    1. Kena berpihak kepada kerajaan selagi mana tidak melanggar peraturan dan prinsip integriti sebagai anggota penguatkuasa PDRM.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *