Anda sedang mencari contoh soalan ujian SPiER PDRM dan jawapan? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan ujian SPiER PDRM berserta cara untuk menjawab soalan ujian SPiER yang betul.
Tapi sebelum itu, salam perkenalan daripada saya, Cikgu Khairul. Cikgu berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian SPiER semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Itu Ujian SPiER PDRM
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan ujian SPiER PDRM, cikgu nak kongsikan dulu secara ringkas apa itu ujian SPiER PDRM yang sebenarnya.
Untuk pengetahuan anda, ujian Sistem Pemprofilan Rekrutment (SPiER) ini dikendalikan terus oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dijalankan untuk jabatan di bawah KDN sendiri.
Mungkin anda pernah terdengar pasal ujian psikometrik SPA kan. Soalan nampak macam sama kan?
Mungkin soalan nampak sama. Tapi penilaian dalam ujian ini sebenarnya sangat berbeza. Di mana ujian SPiER direka khas untuk menapis calon-calon yang mempunyai personaliti penguatkuasa undang-undang.
Format Soalan SPiER
Berdasarkan ujian SPiER yang dijalankan sebelum ini, soalan-soalan yang ditanya mempunyai empat pilihan jawapan seperti di bawah ini.
- Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
- Jarang Mencerminkan Diri Saya
- Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
- Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Mudah kan? Sebab anda hanya perlu memilih daripada empat pilihan jawapan ini saja. Tak perlu buat kira-kira, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu power grammar.
“Kalau mudah, mesti ramai yang lulus kan Cikgu?”
Opss… Anda jangan fikir macam tu dulu. Selain daripada mencari calon yang menepati personaliti, ujian SPiER PDRM juga bertujuan nak mengecilkan jumlah calon. Hanya 10 peratus sahaja calon akan diluluskan dalam ujian ini.
“Ujian SPiER PDRM tak sama ke dengan exam online yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan pengetahuan am, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, siapakah perdana menteri ke-10? Pasti jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan SPiER PDRM. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak KDN akan berikan jawapan yang betul.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER PDRM
Berdasarkan kepada soalan SPiER PDRM yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kecergasan seseorang calon.
Seorang anggota polis yang baik memerlukan tahap kecergasan badan yang tinggi bagi memastikan anggota itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Perkara ini penting kerana anggota seringkali melakukan tugas-tugas yang memerlukan tenaga fizikal yang baik.
Ini mungkin termasuk mengejar suspek, berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang, atau mengendalikan peralatan yang berat.
Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap kecergasan seseorang calon.
Contoh soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER PDRM ialah tahap integriti seseorang calon. Ini adalah ciri yang sangat penting bagi setiap anggota polis. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika dan moral.
Anggota polis adalah pihak berkuasa yang diberikan kepercayaan oleh masyarakat untuk melindungi ketenteraman awam.
Jika anggota tidak memiliki integriti, masyarakat mungkin hilang kepercayaan kepada pasukan PDRM dan sistem keadilan dan undang-undang negara secara keseluruhan.
Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon.
Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Contoh Soalan SPiER PDRM
Walaupun soalan SPiER ini menggunakan format psikologi, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA.
Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan SPiER lebih menfokuskan kepada personaliti penguatkuasa undang-undang.
Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.
Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang anggota polis yang dicari oleh pihak PDRM.
10 Contoh Soalan SPiER PDRM
Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER PDRM yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai karakter seorang anggota polis ataupun tidak.
Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 2: Saya akan menilai seseorang yang baru saya jumpa.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Kuiz SPiER PDRM
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Adakah perwatakan anda sesuai untuk jadi anggota polis ataupun tidak.
Sila klik butang di bawah untuk jawab kuiz.
Tips Lulus Ujian SPiER PDRM
Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada perwatakan seorang anggota polis.
Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan perwatakan anggota polis kalau nak lulus ujian ini.
Koleksi Soalan Ujian SPiER PDRM
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan ujian SPiER PDRM ini.
Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.
RM50 RM30 sahaja.
Klik butang di bawah ini untuk pembelian.
Penutup
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian SPiER PDRM dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti.
Cikgu doakan agar anda diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER PDRM yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada rungan komen di bawah ini ya.
Soalan no 5 tu jawapan apa ya cikgu? Setahu saya, kerja berkumpulan memang la banyak perkara yg kita tak setuju kan.
Sepatutnya memang macam tu la. Kerja berkumpulan ni banyak perkara yang kita tak boleh ikut suka hati kita sendiri, ada perkara perlu ikut pendapat ahli yang lain.
Nak jadi anggota PDRM kenalah ada semangat kerja berkumpulan. Sebab semua kes dalam PDRM perlu diselesaikan secara berkumpulan.
Jawapan paling tepat: SANGAT SETUJU
Cikgu, kalau soalan melibatkan soal politik, kita kena memihak kepada yang mana ya?
Kena berpihak kepada kerajaan selagi mana tidak melanggar peraturan dan prinsip integriti sebagai anggota penguatkuasa PDRM.
Terima kasih ciku atas tunjuk ajar, saya dah lulus ujian spier
Tahniah ya sebab dah lulus ujian spier. Gunakan peluang ni sebaik mungkin.
Kalau soalan saya suka mengumpat tu macam mana pulak cikgu? Kena setuju ke?
Kena pilih sangat tidak setuju. Sebab mengumpat ni tabiat buruk.
Terima kasih tuan
Sama-sama. Semoga bermanfaat.
Soalan 7 apa interpretasi dia cikgu?
Nak beli buku untuk spier ni kat mana ye?
Boleh order di https://examspier.com/pdrm
Kalau soalan tanya
Saya akan menyokong apa keputusan yang dibuat oleg kerajaan . Apa yang perlu dipilih ya , cikgu?
Soalan 7: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.
Saya tidak minat baca kedua-dua buku. apakah yang saya wajar jawab “sangat kerap atau tidak penah”? Dan contoh soalan lain; antara novel fiksyen dan majalah hiburan yg mana lebih baik?
Cikgu soalan nombor 10 tu jawapan ap ya? Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.