Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 Peperiksaan Online

Anda mencari contoh soalan Penolong Jurutera JA29? Kini anda berada di blog yang tepat. Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Saya lebih dikenali sebagai Cikgu Khairul dikalangan rakan-rakan saya.

Cikgu yakin korang semua mesti dapat panggilan untuk menduduki exam online Penolong Jurutera JA29 kan? Kalau tak takdanya nak jumpa blog cikgu ini. Mesti korang tengah kelam-kabut nak cari contoh soalan penolong jurutera JA29 kan? Samalah macam cikgu dulu, setiap kali ada panggilan exam, setiap kali itulah cikgu jadi kelam kabut nak buat persediaan.

Maklumlah kan, semua penilaian yang ditanya dalam exam semuanya dah ingat-ingat lupa. Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan penolong jurutera JA29 yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.

Cikgu harap dengan perkongsian cikgu yang tak seberapa ini boleh memberikan gambaran sebenar korang bagaimana contoh soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Tahap Soalan Yang Ditanya Dalam Exam Online Penolong Jurutera JA29

Untuk contoh soalan exam online Penolong Jurutera gred JA29, ada dua seksyen yang akan ditanya kepada korang. Iaitu seksyen daya menyelesaikan masalah dan juga seksyen kefahaman bahasa inggeris.

Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?

Berdasarkan pengalaman cikgu dalam mengambil exam online SPA, boleh dikatakan tahap kesukaran soalan yang ditanya itu hanyalah tahap SPM. Lebih-lebih lagi soalan berkaitan dengan matematik dan bahasa inggeris.

Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..

Ya memang kacang pun. Tapi apabila soalan diuji dengan melibatkan masa menjawab yang suntuk, memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu. Sampaikan satu tambah dua pun ada calon kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katanya.

Kepada korang yang dah lama tinggal silibus SPM tu, naik serabut jugak lah nak studi balik. Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Penolong Jurutera JA29 kepada korang. Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu korang dalam persediaan exam nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Jurutera JA29

Dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, terdapat tiga cabang penilaian yang diuji kepada calon. Tiga penilaian itu ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.

Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?

Ya! Memang banyak pun. Kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau. Diorang saja nak bagi korang perah otak sikit dalam menjawab soalan-soalan exam ini. Taklah datang exam lenggang kangkung jer, mentang-mentang masa SPM dulu skor banyak subjek.. haha..

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data.

Jadi data apa yang perlu ditafsir tu cikgu? Tak sabar pulak rasanya kitorang nak menuntut ilmu tafsir-mentafsir ni..

Kalau dulu kita pernah kan selesaikan masalah yang soalannya bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.

Selalunya kita akan jumpa soalan-soalan ini dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Ingat lagi tak?

Cikgu harap korang ingat lagi, maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan.

Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini. Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 kemahiran mentafsir data ini.

contoh soalan penolong jurutera ja29 graf 1
Carta 1

1. Carta 1 di atas menunjukkan jualan dua jenis motosikal. Berapakah peratus jualan bulan April bagi motosikal jenis R berbanding dengan jumlah jualan kedua-dua jenis motosikal bagi 4 bulan berkenaan.

A. 16.13 %
B. 16.67 %
C. 17.24 %
D. 20.00 %

Jawapan yang tepat ialah 16.67%

contoh soalan penolong jurutera ja29 pasal carta
Jadual 1

2. Piktograf dalam Jadual 1 menunjukkan jualan kereta bagi sebuah syarikat untuk 3 bulan tertentu. Jumlah jualan pada bulan Mei tidak ditunjukkan. Jualan kereta pada bulan Mei adalah 60% kurang berbanding jualan pada bulan April. Jika maklumat dalam piktograf di atas diwakili oleh sebuah carta pai, kira sudut sektor yang mewakili jumlah kereta yang dijual pada bulan Mei.

A. 25°
B. 36°
C. 50°
D. 90°

Jawapan yang tepat ialah 90°

contoh soalan penolong jurutera ja 29 sukan

3. Jadual 2 menunjukkan data yang diperoleh daripada satu kaji selidik ke atas 80 orang pembaca majalah. Rajah 14 ialah gambar rajah Venn yang mewakili sebahagian maklumat dalam Jadual 1. Cari bilangan pembaca yang membaca majalah sukan atau kesihatan dan juga majalah hiburan.

A. 10
B. 15
C. 17
D. 19

Jawapan yang tepat ialah 19

Macam mana? Okey tak contoh soalan Penolong Jurutera JA29 mentafsir data tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu. Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir, macam soalan nombor 3 tu.

Contoh Soalan Konsep Matematik.

Cabang soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

Ermm.. soalan konsep matematik ini macam mana pula cikgu?

Bila soalan melibatkan konsep matematik, skop soalan automatik akan menjadi luas. Kalau SPM dulu, antara subtopik yang berada dalam subjek matematik ialah geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi.

Itu kenalah korang buka balik nota matematik, penat la cikgu nak senaraikan ke semua subtopik tu. 

Jom cikgu tunjukkan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.

1. Diameter sebuah molekul minyak zaitun ialah 0.000 000 850 cm. Apakah diameter, dalam m, sebuah molekul minyak zaitun dalam bentuk piawai?

A. 8.50 x 10⁻⁵
B. 8.50 x 10⁻⁷
C. 8.50 x 10⁻⁹
D. 8.50 x 10⁻¹⁰

Jawapan yang tepat ialah 8.50 x 10⁻⁹

2. Jarak diantara Matahari dan Bumi ialah 1.5 x 10⁸ km. Diberi laju cahaya ialah 3.0 x 10⁸ ms⁻¹ , cari masa dalam saat, untuk cahaya itu merambat dari Matahari ke Bumi.

A. 1.57 x 10
B. 1.30 x 10
C. 5.70 x 10³
D. 5.0 x 10²

Jawapan yang tepat ialah 5.0 x 10²

contoh soalan penolong jurutera ja 29 bulatan
Rajah 2

3. Gambar rajah Venn dalam Rajah 2 menunjukkan set P , set Q dan set R. Antara berikut, yang manakah mewakili kawasan berlorek dalam gambar rajah Venn?

A. P’ ∩ (Q ∪ R)
B. Q ∩ (P’ ∩ R)
C. R ∩ (P’ ∪ Q)
D. P’ ∩ (Q ∩ R

Jawapan yang tepat ialah R ∩ (P’ ∪ Q)

4. Sebuah kilang menghasilkan 2500 bateri dalam sehari. Sebuah bateri dipilih secara rawak daripada semua bateri itu. Kebarangkalian memilih bateri yang rosak ialah 1/50. Cari bilangan bateri yang tidak rosak itu.

A. 50
B. 1,950
C. 2,050
D. 2,450

Jawapan yang tepat ialah 2,450

5. Asmadi mempunyai 2 keping wang kertas RM1, 1 keping wang kertas RM5 dan 3 keping wang kertas RM10. Dia membelanjakan sebahagian wangnya untuk membeli sebuah buku rujukan. Sekarang dia hanya ada 2 keping wang kertas RM10. Cari nisbah bagi nilai wang yang dibelanjakan oleh Asmadi kepada nilai wang yang dia ada pada mulanya.

A. 14 : 39
B. 18 : 37
C. 17 : 37
D. 17 : 35

Jawapan yang tepat ialah 17:37

Macam mana sekarang? Masih okey tak contoh soalan konsep matematik Penolong Jurutera JA29 ini? Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 25 peratus je. Selebihnya tu korang kenalah studi sendiri, jangan malas-malas okey.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik.

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik.

Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?

Dalam cabang ini, korang nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Korang akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian korang perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

contoh soalan penolong jurutera ja 29 pola 1
Jadual 3
  1. Perhatikan Jadual 3 di atas, apakah huruf yang berikutnya?

A. B
B. D
C. K
D. M

Jawapan yang tepat ialah D iaitu ? = D

2. Diberi 10101212PP232. Apakah PP?

A. 01
B. 02
C. 12
D. 13

Jawapan yang tepat ialah 13

3. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

Jawapan yang tepat ialah 4

contoh soalan penolong jurutera ja 29 pola 2

4. Apakah nilai bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

Jawapan yang tepat ialah 25

Korang okey tak tu? Alaa… soalan ni pendek je pun. Tapi itulah, kena guna logik untuk menjawab soalan seperti ini. Kebanyakan calon akan menghabiskan banyak masa untuk menjawab soalan berkaitan dengan logik ini.

Kalau korang nak tahu, contoh soalan logik Penolong Jurutera JA29 ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.. haha..

Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Jurutera JA29

Cikgu! Apa yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini?

Dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Lagipun subjek bahasa inggeris ini merupakan subjek favorite cikgu.. oppss!

Okey cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..

Dalam seksyen bahasa inggeris, ada dua cabang soalan yang bakal ditanya. Pertama sekali, berkaitan dengan grammar. Yang kedua pula berkaitan dengan kemahiran memahami text karangan dalam bahasa inggeris.

Contoh Soalan Grammar Bahasa Inggeris.

Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.

  • Pronoun (kata ganti)
  • Noun (kata benda)
  • Verb (kata kerja)
  • Adjective (kata keterangan)
  • Adverb (kata keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (kata depan)
  • Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.

Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.

Let’s go…

Contoh Soalan Pronoun.

Pronoun atau kata ganti digunakan untuk menggantikan kata benda untuk orang atau benda. Contohnya seperti I, me, mine, dan myself.

Contoh soalan pronoun Penolong Jurutera JA29 seperti berikut:

1. The solicitor wrote a letter to Ann and ______ in which he asked us if we could settle the matter between ______ .

A. I, us
B. me, us
C. myself, ours
D. mine, our

Jawapan yang tepat ialah me, us.

2. The old woman lived alone, with ______ to look after ______ .

A. someone, her
B. anyone, herself
C. everyone, she
D. no one, her

Jawapan yang tepat ialah no one, her.

3. A baby learns the meaning of words as ______ are spoken by others and later uses ______ in sentences.

A. their, they
B. they, them
C. they, themselves
D. it, them

Jawapan yang tepat ialah they, them.

Contoh Soalan Collective Noun.

Collective noun atau penjodoh bilangan selalu digunakan untuk menamakan sekumpulan manusia, benda, dan haiwan. Contoh collective noun ialah seperti, a brood of chickens.

Contoh soalan collective noun Penolong Jurutera JA29 seperti berikut:

1. The farmer moved his ______ of cows to higher ground to avoid the flood.

A. pack
B. herd
C. audience
D. crowd

Jawapan yang tepat ialah herd.

2. The ______ ants built a huge home.

A. pride
B. colony
C. bundle
D. pod

Jawapan yang tepat ialah colony.

3. My dad bought my mom a wonderful ______ of flowers.

A. school
B. bouquet
C. stack
D. pod

Jawapan yang tepat ialah bouquet.

4. The ______ of birds flew over my house.

A. colony
B. group
C. pile
D. flock

Jawapan yang tepat ialah flock.

Contoh Soalan Verb.

Verb atau kata kerja selalu digunakan dalam menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh subjek, peristiwa atau keadaan.

Verb ini banyak pecahannya. Kalau korang masih ingat, dekat sekolah dulu kita selalu dengar cikgu bahasa inggeris mengajar tentang present tense dan past tense kan. Ha’a, itulah merupakan cabang verb.

Contoh soalan verb Penolong Jurutera JA29 seperti berikut:

1. We ______ three major snowstorms so far this winter. I wonder how many more we will have.

A. are having
B. have
C. have had
D. has

Jawapan yang tepat ialah have had.

2. When a group ______ to a new country, its members ______ that they have to modify their way of life, including their celebrations of significant events.

A. will immigrate, find
B. immigrated, would find
C. are immigrating, will be found
D. immigrate, find

Jawapan yang tepat ialah immigrate, find.

3. She said she ______ late at the office that evening and that she ______ home till about eleven.

A. is working, got
B. would work, isn’t getting
C. was working, gets
D. would be working, wouldn’t get

Jawapan yang tepat ialah would be working, wouldn’t get.

4. As soon as there ______ even a temporary break in the weather the climbers ______ their attempt to reach the summit.

A. is, will renew
B. was, renew
C. will be, renewed
D. is, renewed

Jawapan yang tepat ialah is, will renew.

Contoh Soalan Adjective.

Adjective atau dikenali juga sebagai kata sifat merupakan kata yang menerangkan kata benda atau kata ganti. Contoh adjective ialah seperti, she ate the whole bread. Kata sifat di dalam ayat ini ialah whole.

Contoh soalan adjective Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

1. My students’ sleepless nights became ______ as the finals approached.

A. so frequently
B. more frequent
C. as frequent
D. much more frequently

Jawapan yang tepat ialah more frequent.

2. The plot of the novel was ______ it was completely incomprehensible.

A. more complicated
B. such complicated
C. so complicated that
D. much more complicated than

Jawapan yang tepat ialah so complicated that.

3. According to the recent election’s results, the Democrats are ______ of the four main political parties.

A. the smaller
B. smallest
C. much smaller
D. the smallest

Jawapan yang tepat ialah the smallest.

Contoh Soalan Adverb.

Adverb atau dikenali juga sebagai kata keterangan. Ianya digunakan untuk menerangkan kata kerja dan kata sifat. Contoh adverb ialah seperti, the fighters fight bravely. Kata keterangan bagi menunjukan sifat fight di dalam ayat ini ialah bravely.

Contoh soalan adverb Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

1. The Mediterranean Sea, which means ‘in the midst of lands’ In Latin, is the world’s ______ inland sea and surrounded by Europe, Asia, and Africa.

A. larger
B. as large
C. largest
D. the larger

Jawapan yang tepat ialah largest.

2. He started to work even ______ when he saw his supervisor.

A. as hurried as
B. hurried enough
C. more hurriedly
D. the most hurried

Jawapan yang tepat ialah more hurriedly.

3. The new language school has a ______ exam pass rate than the other schools in the area.

A. so high
B. higher
C. the highest
D. highest

Jawapan yang tepat ialah higher.

Contoh Soalan Determiner.

Determiner merupakan kata yang ditempatkan di depan kata benda yang bertujuan untuk membatasi maksud kata benda. Contoh determiner yang ialah, the, a, an, some, many dan banyak lagi.

Contoh soalan determiner Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

1. According to the studies, dolphins, whales and ______ other sea creatures use highly sophisticated navigation systems.

A. any
B. a little
C. many
D. much

Jawapan yang tepat ialah many.

2. In the first ______ months of life, an infant learns how to lift its head, how to smile and how to recognize its parents.

A. many
B. a lot of
C. any
D. few

Jawapan yang tepat ialah few.

3. Heavy fines and jail sentences have made ______ difference in preventing elephant poaching for their tusks.

A. the number of
B. a few
C. little
D. many

Jawapan yang tepat ialah little.

Contoh Soalan Preposition.

Preposition atau kata depan selalu digunakan di depan kata benda atau kata ganti. Ianya bertujuan untuk menunjukkan arah atau waktu dengan kata benda. Contoh preposition yang selalu digunakan ialah seperti, at, in, by dan on.

Contoh soalan preposition Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

1. We may play football. It depends ______ the weather.

A. on
B. of
C. from
D. the

Jawapan yang tepat ialah on.

2. She has a lot of admiration ______ all that you have done.

A. of
B. for
C. from
D. on

Jawapan yang tepat ialah for.

3. I ran ______ Tom while I was in the library. I haven’t seen him for ages.

A. in
B. at
C. on
D. into

Jawapan yang tepat ialah into.

Contoh Soalan Conjunction.

Conjunction atau kata hubung digunakan dalam menghubungkan kata, ayat atau perenggan. Contoh conjunction yang biasa digunakan ialah seperti, for, and, or, so, dan banyak lagi.

Contoh soalan conjunction Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

1. Due to ______ a lack of production ______ increasing housing prices, Liverpool is now ranked as one of the least affordable cities countrywide.

A. neither, nor
B. no sooner, than
C. scarcely, before
D. both, and

Jawapan yang tepat ialah both, and.

2. The inhabitants of our village claim that pedestrians have no choice but to risk their lives crossing the dangerous road as there is ______ a pedestrian bridge ______ a crosswalk.

A. not only, but also
B. both, and
C. neither, nor
D. no sooner, than

Jawapan yang tepat ialah neither, nor.

3. Continued high-blood pressure is dangerous ______ it can increase the risk of heart disease and stroke.

A. however
B. so that
C. as
D. no matter although

Jawapan yang tepat ialah as.

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Penolong Jurutera JA29

Di dalam seksyen ini, korang akan diberikan satu text pendek ataupun panjang.

Contoh Soalan Memahami Text Pendek Bahasa Inggeris.

Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan korang untuk memahami text.

Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

Read and answer.

LOST CAT !

  • Orange and white
  • Four years old
  • Missing since July 11, 2020
  • Answer to the name of TOM
  • Reward RM500

1. From the notice we know that the lost cat

A. have been missing for four years
B. sold for RM500
C. has a pet’s name Tom
D. likes to eat orange

Jawapan yang tepat ialah has a pet’s name Tom.

2. Which statement shows that the owner really loves the cat?

A. he knows the age of the cat.
B. he named it Tom.
C. he calls it all the time.
D. he offers some money as a reward.

Jawapan yang tepat ialah he offers some money as a reward.

Contoh Soalan Memahami Text Panjang Bahasa Inggeris.

Selain daripada penyataan pendek seperti di atas, korang juga akan diuji dalam kebolehan memahami keseluruhan text panjang. Tak seperti text yang pendek tadi, text yang panjang ini memerlukan korang memahami keseluruhan karangan.

Kalau korang sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara anda memahami text. Apabila anda tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal anda pilih nanti.

Contoh soalan memahami text panjang bahasa inggeris Penolong Jurutera JA29 adalah seperti berikut:

Read and answer.

Prince Frederick of Prussia. later celebrated as Frederick the Great, was cultured and artistic. His stern and practical father was known as the ‘Soldier King’. As the prince grew older the two clashed repeatedly. The prince became so frustrated that he conceived a grand plan escape plan aided by his friend Lieutenant von Katte.

At seven o’clock in the morning of November 6. 1730, a roll of drums echoed around the courtyard of the fortress at Kustrin (known today as Kostrzyn in western Poland). The bodyguard of Frederick William I of Prussia encircled the condemned man. Lieutenant Hans Hermann von Katte. Above him. a voice begged for von Katte’s forgiveness.

From his cell in the fortress, Crown Prince Frederick of Prussia was force to watch the execution of his friend. The lieutenant replied. ‘I know of nothing for which you require my forgiveness’, and the prince fainted from shock and grief. By the time he had recovered. von Katte had been beheaded. The king was without mercy – von Katte’s breach of trust in aiding and abetting the Prince in his attempt to escape the hated parental home was too much to forgive.

1. From the passage we know that

A. Prince Frederick was beheaded by his father
B. Frederick the Great was title given to Prince Frederick of Prussia
C. The prince and his friend being caught because of stealing
D. Prince Frederick’s father was a kind and loving father

Jawapan yang tepat ialah Frederick the Great was title given to Prince Frederick of Prussia.

2. Whose voice begged for Von Katte’s forgiveness?

A. Lieutenant Hans Hermann Von Katte
B. Frederick William 1
C. Frederick the Great
D. the bodyguard

Jawapan yang tepat ialah Frederick the Great.

3. From the passage, Frederick William I of Prussia can be described as follows, except

A. Stern and practical father
B. A person without mercy
C. Being hated by his own son
D. Caring and loving father

Jawapan yang tepat ialah caring and loving father.

4. The phrase ‘aiding and abetting’ in the third paragraph can best be replaced with

A. assisting and encouraging
B. serving and backing
C. mitigating and endorsing
D. sustaining and urging

Jawapan yang tepat ialah assisting and encouraging.

5. What happened to Prince Frederick of Prussia in his cell?

A. He yelled for help and was forced to watch the execution
B. He was forced to watch the execution of his friend and get fainted from the shock and grief
C. He asked for forgiveness from his father
D. He get fainted, shock and grief

Jawapan yang tepat ialah he was forced to watch the execution of his friend and get fainted from the shock and grief.

Cikgu Siapa Sebenarnya?

Ha’a lah, dari awal lagi kitorang nak tanya, cikgu siapa sebenarnya. Concern sangat siap bagi contoh soalan Penolong Jurutera JA29 kat kitorang ni.

Cikgu ni bukan sapa-sapa pun. Korang jangan fikir cikgu ni orang SPA pulak. Sebab cikgu pun pernah ambil exam SPA ini dulu. Apa yang korang rasa sekarang ini cikgu dah rasai dulu. Tak salah rasanya cikgu nak berkongsi pengalaman cikgu ni.

Semua contoh soalan Penolong Jurutera JA29 yang cikgu kongsikan ini berdasarkan pengalaman cikgu sendiri dalam mengambil exam online SPA. Ambil exam dan lulus okey.. ehem.. ehemm..

Rekemendasi Daripada Cikgu

Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini je cikgu buat, iaitu buat latih tubi. Contoh fokus pada soalan Penolong Jurutera JA29 yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah contohnya, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.

Untuk latih tubi, cikgu syorkan korang dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Penolong Jurutera JA29 sahaja.

rujukan contoh soalan penolong jurutera ja29

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi korang taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa korang pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau korang beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau korang fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Penolong Jurutera JA29 tu nanti. Buang masa korang jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Penolong Jurutera JA29 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Korang kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak korang lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar macam tu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Penolong Jurutera JA29 dapat membantu korang semua nanti. Cikgu doakan agar korang semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

pss.. jika korang ada apa-apa pertanyaan , sila tinggalkan pertanyaan korang di ruangan komen di bawah. Dengan sepantas kilat cikgu akan menjawab pertanyaan korang itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *