Contoh Soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor

oleh Cikgu Khairul

Anda mencari contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Negeri Johor? Kini anda berada di website yang tepat. Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Anda boleh panggil saya Cikgu Khairul pun dah okey.

Cikgu pasti dan yakin mesti anda dapat panggilan untuk mengambil exam Pegawai Tadbir Gred N41 Negeri Johor pada 17 Januari nanti kan?

“Aik! Macam tahu-tahu jer ni cikgu!”

Kalau tak, takdanya anda nak google lepas tu jumpa blog cikgu ni. Mesti anda sekarang tengah mencari-cari contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor kan?

Bukan apa, apa yang anda rasa sekarang ini cikgu dah pernah lalui dah dulu. Setiap kali ada panggilan exam, setiap kali itulah cikgu jadi kalut nak buat persediaan. Al-maklumlah, semua topik yang bakal masuk exam nanti dah ingat-ingat lupa dah kan. 

Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.

Apa yang cikgu harapkan, dengan perkongsian cikgu yang tak seberapa ini boleh memberikan gambaran sebenar kepada anda. Gambaran bagaimana contoh soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Sesukaran Soalan Exam Pegawai Tadbir Gred N41 Johor

Bagi exam Pegawai Tadbir Gred N41 Johor nanti, anda hanya perlu fokus kepada dua seksyen sahaja. Seksyen pertama berkaitan dengan soalan daya menyelesaikan masalah. Manakala seksyen yang kedua ialah berkaitan dengan soalan kefahaman bahasa inggeris.

Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?

Berdasarkan pengalaman cikgu menjawab exam negeri Johor sebelum ini, cikgu boleh rumuskan soalan-soalan yang ditanya dalam exam nanti hanyalah tahap SPM. Lagi-lagi soalan yang berkaitan dengan matematik dan bahasa inggeris.

Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..

Ya memang kacang pun. Tapi anda kena ingat, soalan-soalan ini dah ditetapkan masa menjawab. Masa menjawab yang diberikan tu pun cukup-cukup jer nak jawab soalan. Memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu.

Sampaikan satu tambah dua pun ada calon kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katanya. Kepada anda yang dah lama tinggal silibus SPM tu, naik pening jugak lah kepala nak buat ulangkaji balik.

Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor kepada anda. Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam persediaan exam nanti.

Table of Contents

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Gred N41 Johor

Terdapat tiga penilaian yang ditanya di dalam seksyen daya menyelesaikan masalah. Tiga penilaian yang ditanyakan kepada calon exam ialah 

1. Kemahiran mentafsir data, 
2. Kemahiran konsep matematik, dan 
3. Kemahiran pemerhatian atau logik.

Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?

Ya! Memang banyak pun. Kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau. Soalan pasal logik ini lebih kepada soalan pemikiran diluar kotak.

Soalan-soalan ini memang diorang rangka nak bagi anda perah otak sikit semasa menjawab exam tu. Taklah nanti anda datang exam lenggang kangkung jer kan. Tau lah masa SPM dulu skor banyak subjek.

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data

“Jadi data apa yang perlu ditafsir tu cikgu? Tak sabar pulak rasanya kitorang nak menuntut ilmu tafsir-mentafsir ni..”

Kalau dulu kita pernah kan selesaikan masalah yang soalannya bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.

Selalunya kita akan jumpa soalan-soalan ini dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Ingat lagi tak?

Cikgu harap anda ingat lagi, maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan. Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini. 

Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor kemahiran mentafsir data ini.

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

1. Rajah di atas ialah carta palang yang menunjukkan peratusan taburan gred yang diperoleh oleh murid dalam suatu ujian matematik. Jika perbezaan bilangan pelajar yang gagal ujian itu dan pelajar yang peroleh gred A ialah 36, hitung bilangan pelajar yang lulus ujian itu.

A. 61
B. 83
C. 249
D. 300

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

2. Carta palang dalam Rajah di atas menunjukkan bilangan pembeli yang mengunjungi restoran Pak Bul pada hari Isnin, Selasa dan Rabu dalam satu minggu tertentu. Beza antara jumlah pembeli lelaki dan perempuan dalam tempoh tiga hari itu ialah

A. 30
B. 60
C. 90
D. 120

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

3. Piktograf dalam jadual di atas menunjukkan jualan kereta bagi sebuah syarikat untuk 3 bulan tertentu. Jumlah jualan pada bulan Mei tidak ditunjukkan. Jualan kereta pada bulan Mei adalah 60% kurang berbanding jualan pada bulan April. Jika maklumat dalam piktograf di atas diwakili oleh sebuah carta pai, kira sudut sektor yang mewakili jumlah kereta yang dijual pada bulan Mei.

A. 25⁰
B. 36⁰
C. 50⁰
D. 90⁰

Jawapan: 90⁰

Contoh Soalan Konsep Matematik

Jenis soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

“Ermm.. konsep matematik ini macam mana pula cikgu?”

Dulu masa SPM kan kita ada belajar banyak subtopik dalam subjek matematik. Tapi itulah, soalan yang melibatkan konsep matematik ini akan menjadikan skop soalan menjadi luas.

Banyak soalan boleh ditanyakan dalam seksyen konsep matematik ini. Contohnya seperti geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi. Kalau nak tahu lebih, anda kenalah buka balik nota matematik.

Jom cikgu tunjukkan contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

1. Dalam rajah di atas, sudut dongakan bagi sebuah belon udara panas dari titik M pada sebuah bangunan ialah 42.3°. Cari tinggi, dalam m, belon udara panas itu dari lantai.

A. 500.5
B. 565.5
C. 604.4
D. 669.4

Jawapan: 565.5

2. Diberi set A = { 10, 20, 30} dan set B = {5, 10, 15, 20}. Empat pernyataan dibuat oleh dua orang individu berdasarkan dua set yang diberi.

I. 10 ∈ A
II. 30 ∉ B
III. 20 ⊂ A
IV. 15 ⊄ A

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

A. I
B. I dan II
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: I dan II

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

3. Lapan keping kad yang tertulis nombor disusun di atas sebuah meja. Sekeping kad dipilih secara rawak. Cari kebarangkalian bahawa satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 9 dipilih.

A. 1/8
B. 1/4
C. 3/8
D. 1/2

4. Senaraikan semua integer x yang memuaskan kedua-dua ketaksamaan linear serentak di dalam rajah di atas.

A. 3, 4, 5
B. 2, 3, 4, 5
C. 3, 4, 5, 6
D. 2, 3, 4, 5, 6

Jawapan: 3, 4, 5, 6

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik.

“Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?”

Dalam cabang ini, anda nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Anda akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian anda perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

1. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

contoh soalan pembantu antidadah gred s19

2. Perhatikan jadual di atas di atas, apakah huruf yang berikutnya?

A. B
B. D
C. K
D. M

Jawapan: ? = D

Macam mana sekarang? Okey tak soalan penyelesaian menggunakan logik ini? Walaupun soalan dia pendek jer, tapi anda kena berfikir di luar kotak untuk menyelesaikannya.

Berdasarkan respon daripada calon yang pernah ambil exam negeri Johor, kebanyakan mereka akan menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan soalan ini.

Kalau anda nak tahu, contoh soalan logik Pegawai Tadbir Gred N41 Johor ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.. haha..

Kalau anda rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Sekiranya anda nak dapatkan lagi contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Gred N41 Johor, boleh download koleksi soalan di bawah ini. Koleksi soalan ini disertakan dengan penerangan dan nota exam.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Gred N41 Johor

“Cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..”

Ada dua perkara jer yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini. Pertama, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kedua ialah kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. 

Lagipun subjek bahasa inggeris ini merupakan subjek favorite cikgu.. oppss!

Contoh Soalan Grammar Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Gred N41 Johor

Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.

1. Pronoun (kata ganti)
2. Noun (kata benda)
3. Verb (kata kerja)
4. Adjective (kata keterangan)
5. Adverb (kata keterangan)
6. Determiner
7. Preposistion (kata depan)
8. Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.

Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.

Let’s go…

Contoh Soalan Bahasa Inggeris (Grammar)

1. Most monkeys don’t like water, but ______ can swim well when they have to.

A. he
B. it
C. they
D. them

2. There was a ______ of ants moving a leaf outside my window.

A. swarm
B. herd
C. pack
D. school

Jawapan: swarm

3. When I went to Paris, I could speak French fluently because I ______ a French course at university before.

A. took
B. taken
C. taked
D. had taken

Jawapan: had taken

4. The story I just finish reading was ______ than the one I read last week.

A. interesting
B. more interesting
C. interested
D. more interested

Jawapan: more interesting

5. Khairul was reading a story book in ______ kitchen just now.

A. a
B. an
C. the
D. –

6. My books were ______ this table, where did they go?

A. on
B. at
C. in
D. behind

7. We not only dressed up for the holiday ______ decorated the school.

A. or
B. nor
C. and
D. but also

Jawapan: but also

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Gred N41 Johor

Dalam seksyen memahami text bahasa inggeris, terdapat dua pecahan soalan yang ditanyakan kepada calon exam. Pecahan itu ialah kebolehan memahami text pendek dan kebolehan memahami text panjang.

Contoh Soalan Memahami Text Pendek

Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan anda untuk memahami text.

Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Pegawai Tadbir Gred N41 Johor adalah seperti berikut:

2. From the quote above, we can conclude that

A. Unmotivated people always make excuses.
B. Doing something successfully requires a way.
C. Finding an excuse to do something will lead to success.
D. Motivated people always have one way to do something.

Jawapan: Unmotivated people always make excuses.

Contoh Soalan Memahami Text Panjang

Selain daripada penyataan pendek seperti di atas, anda juga akan diuji dalam kebolehan memahami keseluruhan text panjang. Tak seperti text yang pendek tadi, text yang panjang ini memerlukan anda memahami keseluruhan karangan.

Kalau anda sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara anda memahami text. Apabila anda tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal anda pilih nanti.  

Contoh soalan memahami text panjang bahasa inggeris Pegawai Tadbir Gred N41 Johor adalah seperti berikut:

Read and answer.

Dear Editor,
I would like to complain about the traffic jams in Taman Bahagia. Motorists who park in front of Tandem Mall and Superbest Hypermarket have caused congestion at this area. The jam often happens at the narrowed road in the area. Another reason is people do not follow the exact traffic rules, hence it causes other motorists to be stuck on the roads. This had led to people not being able to reach their destination on time and miss appointments. I hope the council can play its part in tackling this problem.
Annoyed Shopper

1. What is Annoyed Shopper complaining about?

A. The narrowed road in the area.
B. Bad habits of some irresponsible motorists.
C. The local council work ethics at Taman Bahagia.
D. Shoppers unable to reach their destination on time.

Jawapan: Bad habits of some irresponsible motorists.

Read and answer.

Baby Survives Colombia Landslide

Colombians are celebrating the rescue of an 11-month-old baby who survived a huge landslide that killed at least 78 people, including the child’s mother and 11 other relatives. Joseph Diaz was found buried face down in the mud on Monday, more than 2 km from where he had been sleeping when a flash flood swept away dozens of homes in Salgar. The baby suffered multiple abrasions and light bruises as well as a broken rib but otherwise recovering well.

2. From the extract, which statement is correct?

A. The baby suffered from multiple broken ribs.
B. Most of the baby’s relatives survived.
C. The baby was found lying face down.
D. The landslide occurred in Salgar.

Jawapan: The landslide occurred in Salgar.

Sekiranya anda nak dapatkan lagi contoh soalan Pemahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Gred N41 Johor, boleh download koleksi soalan di bawah ini. Koleksi soalan ini disertakan dengan penerangan dan nota exam.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Kalau contoh soalan yang cikgu kongsikan tu cikgu tak bagi jawapan sekali, agak-agak anda lah kan, berapa jawapan yang betul mungkin anda dapat?

Tips Lulus Dari Cikgu

Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini je cikgu buat, iaitu buat latih tubi. Contoh fokus pada soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor yang masuk jer. 

Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah contohnya, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna”

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor sahaja.

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

“Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?”

Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Pegawai Tadbir Gred N41 Johor tu nanti.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Pegawai Tadbir Gred N41 Johor tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. 

Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda  lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Pegawai Tadbir Gred N41 Johor dapat membantu anda semua nanti. 

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

psss… kalau anda mahukan extra soalan dan jawapan, boleh komen dekat bawah ni. Nanti cikgu kongsikan link download.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *