Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

oleh Cikgu Khairul

Korang mencari contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41? Kini korang berada di website yang tepat. Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Korang boleh panggil saya Cikgu Khairul pun dah okey.

Soalan Ini Pernah Keluar Exam!

Jom cikgu kongsikan contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 yang pernah masuk exam lepas.

Khairul menyimpan RM30,500 ke dalam akaun bank pada 1 Januari 2018 dengan kadar faedah 4% setahun. Pada tahun 2020, kadar faedah tahunan meningkat sebanyak 0.5%. Berapakah jumlah wang simpanan Khairul pada akhir tahun tersebut jika Khairul tidak mengeluarkan wangnya sejak 2018?

    A. RM34,473.30
    B. RM34,308.35
    C. RM32,988.80
    D. RM31,720.00

Faedah tahun pertama = 4/100 x RM30,500 = RM1,220

Jumlah duit permulaan + duit faedah tahun pertama
= RM30,500 + RM1,220 = RM31,720

Faedah tahun kedua = 4/100 x RM31,720 = RM1,268.80

Jumlah duit tahun kedua + duit faedah tahun kedua
= RM31,720 + RM1,268.80 = RM32,988.8

Faedah tahun 2020 meningkat 0.5%. Maka, jumlah faedah tahun ketiga ialah 4% + 0.5% = 4.5%

Faedah tahun ketiga = 4.5/100 x RM32,988.8 = RM1,484.50

Jumlah duit tahun ketiga + duit faedah tahun ketiga
= RM32,988.8 + RM1,484.50 = RM34,473.30

Maka, jumlah simpanan Khairul pada akhir 2020 ialah RM34,473.30

Pss.. ini merupakan salah satu soalan yang cikgu kongsikan dalam artikel ini. Sila baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan puluhan contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41. 

Cikgu pasti dan yakin mesti korang dapat panggilan untuk mengambil exam Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 pada 2 Disember nanti kan?

“Aik! Macam tahu-tahu jer ni cikgu!”

Eleh.. Kalau tak, ada exam takdanya korang nak google lepas tu jumpa blog cikgu ni. Mesti korang sekarang tengah mencari-cari contoh contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 kan?

Bukan apa, apa yang korang rasa sekarang ini cikgu dah pernah lalui dah dulu. Setiap kali ada panggilan exam, setiap kali itulah cikgu jadi serabut kepala nak buat persediaan.

Al-maklumlah, semua topik yang bakal masuk exam nanti dah ingat-ingat lupa dah kan. Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.

Apa yang cikgu harapkan, dengan perkongsian cikgu yang tak seberapa ini boleh memberikan gambaran sebenar korang. Gambaran bagaimana contoh soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.

Contoh Sesukaran Soalan Exam Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Bagi exam Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 nanti, anda hanya perlu fokus kepada dua seksyen sahaja. Seksyen pertama berkaitan dengan soalan daya menyelesaikan masalah. Manakala seksyen yang kedua ialah berkaitan dengan soalan kefahaman bahasa inggeris.

“Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?”

Berdasarkan pengalaman cikgu menjawab exam SPA sebelum ini, cikgu boleh rumuskan soalan-soalan yang ditanya dalam exam nanti hanyalah tahap SPM. Lagi-lagi soalan yang berkaitan dengan matematik dan bahasa inggeris.

“Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..”

Ya memang kacang pun.

Tapi korang kena ingat, soalan-soalan ini dah ditetapkan masa menjawab. Masa menjawab yang diberikan tu pun cukup-cukup jer nak jawab soalan. Memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu.

Sampaikan satu tambah dua pun ada calon kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katanya. Kepada korang yang dah lama tinggal silibus SPM tu, naik pening jugak lah kepala nak buat ulangkaji balik.

Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 kepada korang. Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu korang sedikit sebanyak dalam persediaan exam nanti.

Table of Contents

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Terdapat tiga penilaian yang ditanya di dalam seksyen daya menyelesaikan masalah. Tiga penilaian yang ditanyakan kepada calon exam ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.

“Banyak juga ye cikgu cabang soalan seksyen ini?”

Ya! Memang banyak pun.

Kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau. Soalan pasal logik ini lebih kepada soalan pemikiran diluar kotak.

Soalan-soalan ini memang diorang rangka nak bagi korang perah otak sikit semasa menjawab exam tu. Taklah nanti korang datang exam lenggang kangkung jer kan. Tau lah masa SPM dulu skor banyak subjek.

Contoh Soalan Kemahiran Mentafsir Data

“Jadi data apa yang perlu ditafsir tu cikgu? Tak sabar pulak rasanya kitorang nak menuntut ilmu tafsir-mentafsir ni..”

Kalau dulu kita pernah kan selesaikan masalah yang soalannya bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.

Selalunya kita akan jumpa soalan-soalan ini dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Ingat lagi tak?

Cikgu harap korang ingat lagi, maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan.

Cara mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap exam daya menyelesaikan masalah ini. Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 kemahiran mentafsir data ini.

1. Rajah di atas ialah carta pai yang menunjukkan taburan gred yang diperolehi pekerja dalam satu ujian. Diberi bahawa jumlah pekerja ialah 1,340 orang, cari bilangan pekerja yang memperolehi gred B.

A. 496
B. 516
C. 536
D. 556

2. Rajah di atas ialah carta palang yang menunjukkan peratusan taburan gred yang diperoleh oleh murid dalam suatu ujian matematik. Jika perbezaan bilangan pelajar yang gagal ujian itu dan pelajar yang peroleh gred A ialah 36, hitung bilangan pelajar yang lulus ujian itu.

A. 61
B. 83
C. 249
D. 300

3. Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar dalam kelas yang berbeza di SMK Kurnia. Seorang pelajar dipilih secara rawak daripada sebuah kelas. Jika kebarangkalian memilih kelas adalah sama, cari kebarangkalian untuk memilih seorang pelajar India.

A. 1/19
B. 1/56
C. 19/56
D. 31/90

Jawapan: 31/90

4. Jadual di atas menunjukkan keputusan suatu tinjauan pendapat bagi 138 orang pembaca majalah. Gambarajah Venn pula mewakili sebahagian dari maklumat itu. Cari bilangan pembaca majalah yang suka membaca majalah fesyen atau majalah sukan dan juga majalah hiburan

A. 39
B. 64
C. 68
D. 93

Macam mana? Okey tak contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 mentafsir data tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu.

Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir, macam soalan nombor 4 tu.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Jenis soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.

“Ermm.. konsep matematik ini macam mana pulak cikgu?”

Dulu masa SPM kan kita ada belajar banyak subtopik dalam subjek matematik. Tapi itulah, soalan yang melibatkan konsep matematik ini akan menjadikan skop soalan menjadi luas.

Banyak soalan boleh ditanyakan dalam seksyen konsep matematik ini. Contohnya seperti geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi. Kalau nak tahu lebih, korang kenalah buka balik nota matematik.

Jom cikgu tunjukkan contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.

contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 2g

5. Safawi Rasid menendang sebiji bola ke arah sebuah gol. Ketinggian, h, dalam meter, bola itu pada masa t saat selepas ditendang ialah h = −t² − 2t + 35. Bilakah bola itu tiba di permukaan tanah.

A. 5
B. -7
C. -5
D. 7

6. Dalam rajah di atas, sudut dongakan bagi sebuah belon udara panas dari titik M pada sebuah bangunan ialah 42.3°. Cari tinggi, dalam m, belon udara panas itu dari lantai.

A. 500.5
B. 565.5
C. 604.4
D. 669.4

Jawapan: 565.5

7. Rajah di atas menunjukkan satu set data dengan keadaan R mewakili satu integer. Mod bagi data itu ialah 11 dan median ialah 13. Dua nombor baharu, 13 dan 19 dimasukkan ke dalam kumpulan data baharu itu. Hitung median bagi data baharu itu.

A. 13
B. 14
C. 15
D. 16

8. Satu cabutan bertuah akan diadakan di sebuah pasaraya sempena sambutan ulangtahun ke-15 pasaraya berkenaan.Terdapat 100 orang pelanggan wanita, 200 orang pelanggan lelaki dan 150 orang kanak-kanak memohon untuk mengambil bahagian. Nama bagi setiap pelanggan wanita diletakkan sebanyak 3 kali di dalam kotak cabutan, nama bagi setiap pelanggan lelaki adalah sebanyak sekali dan nama bagi kanak-kanak adalah sebanyak 2 kali. Apakah kebarangkalian bahawa pelanggan wanita terpilih?

A. 1/8
B. 2/9
C. 2/7
D. 3/8

Macam mana sekarang? Korang masih okey ke dengan contoh soalan konsep matematik Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 ini?

Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik. Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 10 peratus je. Selebihnya tu korang kenalah ulangkaji sendiri, jangan malas-malas okey.

Contoh Soalan Pemerhatian Dan Logik

Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik.

“Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?”

Dalam cabang ini, korang nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.

Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Korang akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian korang perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.

Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.

9. Apakah nilai bagi K?

A. 26
B. 25
C. 24
D. 23

10. Jumlah nilai abjad S E L A M A T ialah 48. Jumlah nilai abjad konsonan ialah 40. Berapakah nilai E apabila E = 2A?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

11. Perhatikan jadual di atas, apakah huruf yang berikutnya?

A. B
B. D
C. K
D. M

Jawapan: ? = D

Macam mana sekarang? Okey tak soalan penyelesaian menggunakan logik ini? Walaupun soalan dia pendek jer, tapi korang kena berfikir di luar kotak untuk menyelesaikannya.

Berdasarkan respon daripada calon yang pernah ambil exam SPA, kebanyakan mereka akan menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan soalan ini.

Kalau korang nak tahu, contoh soalan logik Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.. haha..

Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

“Cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..”

Ada dua perkara jer yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini. Pertama, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kedua ialah kebolehan memahami text karangan.

Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.

Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Lagipun subjek bahasa inggeris ini merupakan subjek favorite cikgu.. oppss!

Contoh Soalan Grammar Bahasa Inggeris Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.

1. Pronoun (kata ganti)
2. Noun (kata benda)
3. Verb (kata kerja)
4. Adjective (kata keterangan)
5. Adverb (kata keterangan)
6. Determiner
7. Preposistion (kata depan)
8. Conjunction (kata hubung)

Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.

Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.

Let’s go…

Contoh Soalan Grammar

Contoh soalan grammar Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 seperti berikut:

12. Most monkeys don’t like water, but ______ can swim well when they have to.

A. he
B. it
C. they
D. them

13. A ______ of birds

A. sloth
B. bunch
C. flock
D. pride

Jawapan: flock

14. We don’t know where Kellie is. She ______ be in the garden.

A. can
B. must
C. might
D. should

Jawapan: might

15. My grandparents have been ______ married for 20 years.

A. happily
B. happier
C. happy
D. most happy

Jawapan: happily

16. All the pupils listened ______ when the headmaster was delivering a speech.

A. attentively
B. sadly
C. heavily
D. merrily

Jawapan: attentively

17. Last year there was a lot of crime, but there is even ______ crime this year.

A. more
B. few
C. little
D. most

18. We are going away ______ a week. We’ll be back on September 9th.

A. since
B. from
C. for
D. during

19. You can find road maps ______ in this book ______ on the Internet.

A. neither, nor
B. whether, or
C. either, or
D. both, and

Jawapan: either, or

Contoh Soalan Memahami Text Bahasa Inggeris Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

Dalam seksyen memahami text bahasa inggeris, terdapat dua pecahan soalan yang ditanyakan kepada calon exam. Pecahan itu ialah kebolehan memahami text pendek dan kebolehan memahami text panjang.

Contoh Soalan Memahami Text Pendek

Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan korang untuk memahami text.

Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 adalah seperti berikut:

20. From the extract above, we know that the person is

A. Lazy.
B. Slow.
C. Creative.
D. Proactive.

21. From the quote above, we can conclude that

A. Unmotivated people always make excuses.
B. Doing something successfully requires a way.
C. Finding an excuse to do something will lead to success.
D. Motivated people always have one way to do something.

Jawapan: Unmotivated people always make excuses.

22. What can we conclude from the above statistics about Summit Magazine?

A. The majority spent a minimum of 15 minutes reading it.
B. The percentage of people reading it is increasing.
C. The maximum time spent reading it is one hour.
D. The average reader finds it easy to read.

Jawapan: The maximum time spent reading it is one hour.

Contoh Soalan Memahami Text Panjang

Selain daripada penyataan pendek seperti di atas, korang juga akan diuji dalam kebolehan memahami keseluruhan text panjang. Tak seperti text yang pendek tadi, text yang panjang ini memerlukan korang memahami keseluruhan karangan.

Kalau korang sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara korang memahami text. Apabila korang tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal korang pilih nanti.

Contoh soalan memahami text panjang bahasa inggeris Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 adalah seperti berikut:

Read and answer.

Smile for Bone Health

Enjoying life may pay off in an unexpected way. Finnish researchers collected data from more than 2000 women and followed up after ten years. Women aged 60 to 70 who found life less satisfying experienced 52% more bone weakening in their later years than those who found life more satisfying; the results were independent of lifestyle, diseases, physical activities, and other health factors. Experts say promoting good spirits in the elderly is just as important as promoting a healthy lifestyle.

23. The extract says that

A. Life is meant to be experienced.
B. Aging women face more bone weakening than men.
C. Appreciating life will benefit people as they age.
D. Smiling more is good for bones.

Jawapan: Appreciating life will benefit people as they age.

Read and answer.

Words are the most of what we have to solve just about everything. The new social media is the most powerful medium for words ever invented. It means you can possess an opinion that can reach around the world without the media or the government putting a spin to it. Your opinion coupled with countless others can stop wars and destroy tyrants. Use it and if you choose the right words, inequity and hardship, even poverty can be solved forever. You are a person with a point of view that counts so use it! Find the right words and change the world.

24. According to the text above, words can help you

A. Go anywhere in the world.
B. Invent powerful social media.
C. Spread beliefs to make the world better.
D. Influence the media and the government.

Jawapan: Influence the media and the government.

Adakah Korang Sudah Bersedia?

Kalau contoh soalan yang cikgu kongsikan tu cikgu tak bagi jawapan sekali, agak-agak korang lah kan, berapa jawapan yang betul mungkin korang dapat?

Jawab Kuiz Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 Ini

Apa kata korang cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor korang dapat A okey. Itu cukup membuktikan korang dah betul-betul bersedia ataupun tak.

Menggunakan skala di bawah ini sebagai tanda aras, jom uji persediaan anda dengan kuiz mudah ini. Sila pastikan korang jawab betul 10/10 soalan okey!

contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 2e.jpg

Mahukan Lebih Soalan & Nota Exam?

Jika korang nak dapatkan contoh soalan lain, siap dengan jalan kira step by step, korang boleh join group telegram rasmi Pegawai Belia dan Sukan S41 ini.

Segala info, nota dan contoh soalan cikgu kongsikan dalam group telegram ini. Klik butang di bawah untuk join.

Tips Lulus Dari Cikgu

Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini je cikgu buat, iaitu buat latih tubi. Contoh fokus pada soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah contohnya, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.

Untuk latih tubi, cikgu syorkan korang dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 sahaja.

contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 4a

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi korang taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa korang pun jimat dan taklah pening kepala kan.

“Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?”

Tak boleh lulus pun kalau korang beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau korang fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 tu nanti. Buang masa korang jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Korang kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak korang lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 dapat membantu korang semua nanti. Cikgu doakan agar korang semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

psss… kalau korang dah kira-kira tapi tak dapat jawapan, boleh komen dekat bawah ni. Nanti cikgu kongsikan jalan kira step by step.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *