Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan 2024

Adakah anda mencari contoh soalan latihan separa perubatan? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Latihan Separa Perubatan?

Latihan separa perubatan adalah kursus perubatan dan perawatan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama peringkat sijil, dan kedua pula peringkat diploma.

Disebabkan kursus ini melibatkan perubatan dan perawatan, KKM hanya inginkan calon yang betul-betul mempunyai minat ke arah ini sahaja untuk menyertai kursus ini.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Apabila berbicara tentang minat, siapa-siapa sahaja boleh claim bahawa mereka ini bersungguh-sungguh berminat nak menyertai kursus ini.

Tapi sejauh mana kebenaran claim mereka itu. Minat sikit atau minat banyak?

Kalau anda nak tahu, itulah punca kenapa ujian psikometrik ini diwajibkan kepada semua calon. Tujuan ujian ini adalah nak menentukan adakah personaliti dan minat seseorang calon itu betul-betul sesuai ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini.

Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi dan peluang untuk lulus itu sedikit rendah.

Format Soalan Psikometrik Separa Perubatan

Berdasarkan kepada ujian latihan separa perubatan yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik.

Setiap soalan hanya diberikan dua pilihan jawapan sahaja, seperti:

  • Ya atau tidak.

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian online kerajaan ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon.

Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil.

Ini disebabkan terdapat kouta dalam setiap ambilan calon pada setiap tahun. Hanya calon yang betul-betul menepati ciri-ciri yang dikehendaki sahaja akan diluluskan dalam ujian ini.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik?

Perkara yang cuba dinilai untuk layak menduduki latihan separa perubatan bergantung kepada ke arah mana kecenderungan minat seseorang.

Sekiranya minat seseorang itu ke arah seorang perawatan, peluang untuk lulus dalam ujian ini akan lebih tinggi. Jika kecenderungan itu hanya ada sikit, ataupun minat ke arah yang lain, maka seseorang calon itu akan digagalkan.

Mereka digagalkan bukan sebab mereka bersifat negatif, tapi disebabkan personaliti dan minat mereka yang tidak sesuai untuk menjalani program latihan separa perubatan.

Sekiranya calon-calon yang tiada minat yang mendalam ini diserap masuk ke dalam latihan ini, mereka selalunya tidak akan mengabiskan tempoh latihan mereka.

Apabila ada peluang pekerjaan yang lebih menarik minat mereka, mereka sanggup untuk berhenti daripada program latihan ini, dan mengejar apa yang mereka sebenarnya minat.

Anda perlu tahu, tak kesemua calon yang menyertai program latihan separa perubatan ini disebabkan atas kerelaan mereka sendiri. Ada sesetengah kes, mak ayah yang beria nak anak mereka menyertai latihan ini.

Sedangkan anak mereka sendiri tidak berminat. Atas sebab tak nak mengecewakan mak dan ayah mereka, mereka secara terpaksa menyertai program latihan ini.

Calon seperti inilah pihak kementerian tak nak ambil. Calon seperti ini akan disingkirkan seawal ujian online lagi bagi mengelakkan kes calon minta berhenti ketika menjalani program latihan dapat dikurangkan.

Contoh Soalan Psikometrik Separa Perubatan

Dalam ujian psikometrik latihan separa perubatan, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan.

Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini.

Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.

15 Soalan Separa Perubatan

Di bawah ini merupakan soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. 

Soalan 1: Saya suka melakukan kerja yang melibatkan pengendalian peralatan di dalam makmal.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 2: Saya berasa puas apabila saya boleh memberikan sokongan atau bantuan kepada orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 3: Saya suka pekerjaan yang membolehkan saya bebas mencipta dan berinovasi.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4: Saya gemar menghasilkan produk-produk daripada kayu.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 5: Saya suka kerja yang melibatkan penyimpanan rekod dan laporan.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 6: Saya suka bekerja dengan kanak-kanak atau orang muda.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 7: Saya suka memahami dan belajar tentang tingkah laku manusia.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 8: Saya suka kerja yang melibatkan persembahan atau teater.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 9: Saya merasa puas bekerja dengan bahan fizikal seperti kayu, logam, atau elektronik.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 10: Saya berasa puas apabila saya dapat mencapai matlamat dan sasaran perniagaan.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 11: Saya cekap melakukan banyak kerja bertulis dalam masa yang singkat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 12: Saya suka pekerjaan yang memerlukan kemahiran organisasi dan perancangan.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 13: Saya berasa puas apabila saya boleh mempengaruhi atau memujuk orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 14: Saya suka menggunakan perisian atau teknologi untuk memproses dan mengurus data.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 15: Saya suka menghadiri pameran seni, konsert atau pertunjukan.

A. Ya
B. Tidak

Kuiz Psikometrik

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil sama ada personaliti anda sesuai mengikuti kursus latihan separa perubatan ataupun tidak sahaja.

Adakah anda memiliki personaliti ini? Jom jawab kuiz 24 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda.


Tips Lulus Psikometrik Separa Perubatan

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Ujian ini menfokuskan kepada personaliti seseorang yang minat ke arah perubatan dan perawatan.

Setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian ini akan digunakan sebagai data. Kemudian, data-data ini digunakan untuk membentuk satu profil personaliti.

1. Kena Ada Karakter Perawatan

Lulus atau gagal ujian ini bergantung sepenuhnya kepada profil personaliti anda. Jika profil anda itu cenderung ke arah karakter seorang perawatan, memang mudah anda nak lulus dalam ujian ini.

2. Jangan Tersalah Soalan.

Saya yakin mesti anda ada mencari contoh soalan psikometrik kan? Mesti dah google contoh soalan sebelum ini kan?

Ujian psikometrik ini skopnya luas. Terdapat banyak soalan psikometrik yang boleh anda cari. Tapi soalan yang betul-betul sesuai dengan latihan separa perubatan tak sama dengan soalan psikometrik yang lain.

Ini disebabkan skop penilaian ujian ini tak sama dengan jawatan SPA yang lain. Latihan separa perubatan hanyalah program sesi pembelajaran dan bukannya bekerja. Jadi skop penilaian juga akan dinilai melalui sudut mencari seorang pelajar.

Apabila skop penilaian berbeza, format soalan pun pastinya akan berbeza. Dan tak akan sama dengan soalan-soalan psikometrik untuk jawatan yang lain.

Koleksi 192 Soalan Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Dalam ebook koleksi 192 soalan ini, saya telah pun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Ya, soalan sebenar yang pernah ditanya dalam ujian pada tahun 2021 dan 2023.

Klik butang di bawah ini untuk download.

Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan psikometrik ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan psikometrik latihan separa perubatan ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

12 thoughts on “Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan 2024”

    1. Akan dapat dapat on the spot selepas selesai payment. Saya dah set kan dalam sistem. Selepas bayar terus akan redirect ke halaman download. Sebagai backup, sekiranya tak redirect, saya dah set kan satu emel sebagai salinan pembelian. Boleh download dekat emel jugak.

    1. Ya memang soalan sebenar yang pernah keluar masa ujian latihan separa perubatan pada tahun lepas. Jumlah soalan yang keluar masa tu ada 192 soalan. Kalau diikutkan, pihak SPA menggunakan soalan yang sama masa tahun 2021 dan 2022. Jadi sangat sesuai dijadikan panduan untuk ujian pada tahun ini.

    1. Boleh apply di portal SPA. Masukkan latihan jururawat dalam senarai permohonan. Untuk tahun ni, ambilan dah ditutup. Nanti boleh tunggu ambilan untuk tahun depan ya.

    1. Untuk ujian separa perubatan bertarikh 23 & 27 Februari nanti, format ujian tak sama dengan format dalam ebook ini. Atas sebab itu saya tak buka jualan. Kalau cik beli sekalipun, lebih kpd pembaziran sebab format soalan tak sama. Ebook ini khas utk gabungan 8 latihan shj, tak sesuai untuk gabungan 10 latihan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.