Adakah anda mencari cara lulus ujian SPiER PDRM? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara atau tips menjawab ujian SPiER PDRM mengikut format terkini ujian KDN.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian SPiER PDRM semenjak tahun 2009 lagi.
Cara Lulus Ujian SPiER PDRM
Soalan 1: Selalu mengawal tindak-tanduk saya tanpa memikirkan perasaan saya sendiri.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tidak Pernah
Cuba anda jawab dulu soalan ini. Pilih jawapan yang positif. Apakah agaknya jawapan yang paling tepat? Apakah trick dan cara lulus ujian SPiER PDRM seperti ini?
Cara Lulus #1: Sentiasa Positif Jawab Ujian SPiER PDRM
Pertama sekali, apa sebenarnya soalan ini nak sampaikan kat kita?
Selalu mengawal tindak-tanduk tu apa maksud dia?
Tanpa memikirkan perasaan sendiri itu apa maksud dia?
Jom kita buat analisa.
Nak senang faham, saya bagi satu situasi mudah.
Samad selalu dibuli di tempat kerja. Disebabkan dia tak nak perbesarkan masalah, dia diamkan diri tanpa beritahu sesiapa. Samad kini rasa tertekan.
Berdasarkan kisah Si Samad ini, kalau sikap mendiamkan diri ketika dibuli macam ini berlaku sekali atau dua kali, tak ada masalah. Tapi dalam soalan tu, penggunaan perkataan ‘selalu’ itu telah menjerat ramai untuk bersetuju dengan soalan ini.
Jika sikap ini ‘selalu’ diamalkan, hari-hari orang ini lalui selalunya penuh dengan tekanan terutamanya tekanan emosi.
Jadi bila kita tak setuju dengan soalan ini, kita sudah pun buat pilihan jawapan yang positif.
“Kalau saya bersetuju, apa pula yang akan jadi Cikgu?”
Itu memberi perspeksi buruk KDN terhadap diri anda. Pihak KDN akan nampak diri anda mempunyai sikap seperti ini jugak. Maaf cakap, memang mereka tolak anda awal-awal lagi.
Nampak tak kat situ, macam mana soalan psikologi ini berjaya mengorek perangai sebenar anda?
Ini baru huraian satu soalan. Cuba bayangkan ada 199 soalan dalam exam nanti. Dengan masa yang singkat, nak fikir pun tak cukup masa, memang kantoi habislah perangai yang cuba anda sembunyikan dalam diri tu.
Cara Lulus #2: Konsisten Jawab Ujian SPiER PDRM
Selain daripada perlu memilih jawapan positif, calon juga perlu konsisten dalam memilih jawapan. Sama ada jawapan tu salah atau betul, itu kita letak tepi dulu.
Apa yang ramai calon exam sebelum ini gagal buat ialah konsisten dalam pemilihan jawapan. Kalau anda nak tahu, topik soalan dalam ujian SPiER PDRM ini berulang-ulang.
“Berulang-ulang macam mana tu? Boleh Cikgu Khairul terangkan sikit?”
Okey, macam ni…
Soalan 21: Saya suka kemaskan meja kerja saya sebelum meninggalkan pejabat.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tidak Pernah
Soalan 47: Bangun awal pagi untuk pergi kerja kadangkala menyusahkan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
Soalan 79: Memotong barisan jika nak cepat adalah perkara yang boleh dimaafkan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
Soalan 132: Saya akan memecutkan kereta apabila lampu isyarat bertukar kuning.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tidak Pernah
Soalan 148: Saya akan kongsikan berita yang sahih apabila menggunakan sosial media.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Kadang-Kadang
D. Tidak Pernah
Macam saya tunjukkan kat atas, lima soalan ini berkaitan dengan topik disiplin. Soalan ni dicampur-adukan dengan topik yang lain, seperti topik kerjasama, tanggungjawab, kejujuran dan lain-lain.
Dalam memberi jawapan kepada lima soalan ini, pastikan anda menunjukkan pendirian anda yang sama.
Contohnya…
Soalan 21 bersifat positif, maka anda perlu sokong.
Soalan 47 bersifat negatif, maka anda perlu bangkang.
Soalan 79 bersifat negatif, maka anda perlu bangkang.
Soalan 132 bersifat negatif, maka anda perlu bangkang.
Soalan 148 bersifat positif, maka anda perlu sokong.
Positif anda perlu sokong, negatif anda perlu bangkang. Inilah yang dipanggil sebagai konsisten.
“Macam mana pulak kalau calon tu sokong dengan soalan negatif, soalan seterusnya dia sokong jugak dengan soalan positif?”
Itu cukup membuktikan pendirian dia tak kukuh. Calon macam ini selalunya takut untuk buat keputusan sendiri, suka mengikut apa yang orang lain buat. Kalau dia dalam mesyuarat, kejap sokong yang tu, kejap sokong yang ni. Tak ada pendirian.
Maaf kalau saya cakap, mana-mana majikan pun tak nak ambil calon seperti ini sebagai pekerja. Kerana calon macam ini lah yang bakal mengundang banyak masalah kepada jabatan ataupun syarikat nanti.
Cikgu harap dengan perkongsian tips cara lulus ujian SPiER PDRM ini akan dapat membantu anda dalam membuat persiapan nanti. Jika anda mahukan contoh-contoh soalan ujian SPiER PDRM, sila klik butang di bawah ini.