Adakah anda mencari cara lulus ujian SPiER PDRM? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara atau tips menjawab ujian SPiER PDRM mengikut format terkini ujian KDN.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER PDRM
Berdasarkan kepada soalan SPiER PDRM yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kecergasan seseorang calon.
Seorang anggota polis yang baik memerlukan tahap kecergasan badan yang tinggi bagi memastikan anggota itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Perkara ini penting kerana anggota seringkali melakukan tugas-tugas yang memerlukan tenaga fizikal yang baik.
Ini mungkin termasuk mengejar suspek, berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang, atau mengendalikan peralatan yang berat.
Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap kecergasan seseorang calon.
Contoh soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER PDRM ialah tahap integriti seseorang calon. Ini adalah ciri yang sangat penting bagi setiap anggota polis. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika dan moral.
Anggota polis adalah pihak berkuasa yang diberikan kepercayaan oleh masyarakat untuk melindungi ketenteraman awam.
Jika anggota tidak memiliki integriti, masyarakat mungkin hilang kepercayaan kepada pasukan PDRM dan sistem keadilan dan undang-undang negara secara keseluruhan.
Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon.
Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Pss.. Adakah anda inginkan lebih soalan SPiER dan huraian jawapan? Jom klik butang di bawah untuk download.
kalau dia tanya ;
Orang yang mencuri barang adalah sama dengan orang yang membeli barang yang dicuri.
betul
salah
saya telah pilih betul, betulkah?
Itu bukan soalan SPiER, tapi soalan psikometrik. Jangan salah soalan ya, nanti banyak masa akan terbuang. Boleh download koleksi soalan SPiER di https://examspier.com
tiada huraian ke cikgu?
Ya ada. Boleh download di https://examspier.com