Adakah Anda Mendapat Panggilan Menduduki Exam Online SPA Pada Bulan Ini?

oleh Cikgu Khairul

Dah Ulangkaji, Tapi Masih Gagal?

Ramai calon yang ambil exam SPA merungut, dah ulangkaji semua topik pun masih gagal exam ini.

Berdasarkan daripada maklum balas calon exam sebelum ini, ramai yang mendapat keputusan gagal kerana tak tahu format exam terkini. Kebanyakan mereka fikir semua topik akan keluar dalam exam.

Bukanlah sebab mereka tak buat ulangkaji, tapi mereka terlalu over ulangkaji sehinggakan topik yang tak masuk exam pun mereka tetap buat ulangkaji.

Sub-Seksyen Exam SPA

Ada empat seksyen yang ditetapkan oleh SPA dalam exam online. Iaitu:

  • Pengetahuan am
  • Daya menyelesaikan masalah.
  • Kefahaman bahasa inggeris.
  • Ujian psikometrik

Keempat-empat seksyen ini tidaklah masuk semuanya dalam exam online. Bergantung kepada jawatan yang hendak dipohon juga.

Contoh, jawatan terbaru yang ada panggilan exam sebelum ini ialah Pembantu Antidadah S19. Calon hanya diuji dalam dua seksyen, iaitu seksyen daya menyelesaikan masalah dan seksyen kefahaman bahasa inggeris.

Berbeza pula dengan jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, hanya ujian psikometrik sahaja bakal diuji oleh pihak SPA.

Secara keseluruhan, setiap seksyen yang di dalam exam SPA mempunyai skop soalan yang berbeza-beza.

Pengetahuan Am

Skop soalan dalam seksyen ini terlalu luas. Sekiranya exam anda duduki nanti tiada seksyen ini, syukur sangat-sangat kerana seksyen semua sudut soalan boleh ditanyakan kepada anda.

Antara skop soalan dalam seksyen ini ialah:

  • Isu-isu semasa.
  • Hal ehwal politik.
  • Dasar-dasar awam.
  • Dasar pengurusan sumber kewangan.
  • Dasar pengurusan teknologi maklumat.
  • Dasar keselamatan negara.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.
B. Keturunan Melayu.
C. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

Daya Menyelesaikan Masalah

Antara skop soalan untuk seksyen ini ialah:

  • Kemahiran mentafsir data
  • Konsep matematik
  • Pemerhatian dan logik

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Carta palang dalam rajah di atas menunjukkan bilangan pembeli yang mengunjungi restoran Pak Bul pada hari Isnin, Selasa dan Rabu dalam satu minggu tertentu. Beza antara jumlah pembeli lelaki dan perempuan dalam tempoh tiga hari itu ialah

A. 30
B. 60
C. 90
D. 120

Kefahaman Bahasa Inggeris

Hanya dua skop soalan sahaja yang ditanya dalam seksyen ini, iaitu:

  • Tatabahasa (grammar)
  • Kebolehan memahami text

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

It was Simon. I waved at him, but he got into a car and drove ______ the lake.

A. under
B. away from
C. through
D. along

Ujian Psikometrik

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini adalah penamaan semua daripada ujian sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, ujian ini ditukarkan kepada ujian psikometrik.

Berbeza dengan seksyen pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah, dan kefahaman bahasa inggeris. Soalan psikometrik tiada betul ataupun salah.

Contoh Soalan Psikometrik

Apabila menginginkan sesuatu, saya hanya memikirkan cara yang mudah untuk mencapainya.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju

Nak Contoh Soalan Exam?

Team saya telah pun mengumpulkan contoh-contoh soalan exam SPA. Anda boleh dapatkan koleksi soalan ini secara percuma sahaja.

Sila pastikan anda letak nama jawatan berserta dengan gred. Ianya untuk memastikan tahap kesukaran soalan yang diemelkan kepada anda nanti disesuaikan mengikut gred jawatan.

Contoh, jawatan “Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41”. Dan kemudian pilih seksyen soalan yang anda inginkan.

Pss.. Sila berikan saya kurang 24 jam untuk menghantar contoh soalan ini kepada anda. Sila gunakan emel yang aktif bagi memastikan soalan yang saya emel anda sampai kepada anda.