Tujuan ujian psikometrik dijalankan – Mesti anda mendapat panggilan menduduki ujian psikometrik pada bulan ini. Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kepada anda.
Jika anda mendapat panggilan menduduki ujian, itu bermaksud anda telahpun lulus pada tapisan pertama. Iaitu tapisan kelayakan syarat-syarat minimal untuk jawatan ini.
Tujuan Sebenar Ujian Psikometrik
Tujuannya hanyalah satu. Iaitu untuk mencari calon yang betul-betul layak dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam sesuatu jawatan.
Kelayakan ini bukanlah diukur berdasarkan kelayakan akademik. Tapi berdasarkan kepada sikap ataupun perwatakan dalam diri seseorang individu.
Adakah perwatakan seseorang calon itu betul-betul layak untuk memikul tanggungjawab yang bakal diamanahkan kepadanya.
Saya bagi contoh bagi memudahkan kefahaman anda. Untuk contoh ini, saya gunakan jawatan seorang jurujual kerana jurujual lebih dekat dengan kita.
Agak-agak anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang jurujual?
Kalau saya katakan seorang jurujual itu perlu anda sikap peramah, anda setuju tak? Dengan sikap peramah ini, pastinya akan boleh menarik perhatian orang ramai untuk mendekati mereka kan.
Cuba anda bayangkan jika jurujual ini bersifat tegas. Anda rasa ada tak orang nak mendekati jurujual ini? Mesti tak ada kan. Sedangkan sikap tegas itu pun salah satu sikap yang positif.
Anda nampak tak bagaimana perwatakan seseorang itu dinilai berdasarkan kepada jawatan.
Jika jawatan itu memerlukan calonnya berperwatakan peramah, maka pihak SPA akan menapis calon-calon yang bersifat peramah melalui ujian psikometrik.
Jika seseorang calon itu gagal ujian ini bukanlah bermaksud mereka ini bersikap negatif, cuma perwatakan yang mereka miliki tidak sesuai dengan jawatan.
Saya harap dengan perkongsian tujuan ujian psikometrik ini bakal memberi pemahaman kepada anda apakah tujuan utama ujian psikometrik ini dijalankan.
Jika anda mahukan contoh-contoh soalan ujian psikometrik, sila klik butang di bawah untuk baca.
Terima kasih cikgu atas perkongsian.