Contoh Soalan Jarak Masa Laju SPA Dan Jawapan

Adakah anda mencari contoh soalan jarak masa laju SPA dan jawapan? Ini merupakan laman yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya bakal kongsikan kepada anda contoh soalan jarak masa laju SPA berserta jawapan kepada anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan jarak masa laju merupakan soalan popular dalam exam SPA. Tak kisahlah gred jawatan apa yang anda pohon, soalan ini boleh dikatakan akan keluar pada setiap exam online SPA.

Sepanjang saya melakukan analisa terhadap soalan-soalan exam SPA yang lepas, hampir semua soalan jarak masa laju SPA ini berbentuk kepada situasi.

Situasi ini bermaksud anda diberikan satu cerita seseorang seperti sedang memandu dari bandar A ke banda B. Daripada cerita itu, anda perlu cari informasi penting seperti jarak, masa dan laju sesuatu kenderaan.

Contoh Soalan Jarak Masa Laju SPA Mencari Masa

Dalam soalan ini, soalan bertanyakan berapakah jumlah masa yang diperlukan. Berdasarkan maklumbalas calon exam sebelum ini, ramai di antara mereka keliru dalam mengira penggunaan masa dalam jam dan minit. Jom saya kongsikan kepada anda contoh soalan jarak masa dan laju SPA ini.

1. Pak Cik Karim memandu kereta dengan kelajuan 90km per jam. Hitungkan masa yang diperlukan untuk Pak Cik Salim bergerak sejauh 400 batu.

A. 4 jam 44 minit
B. 4 jam 27 minit
C. 7 jam 15 minit
D. 7 jam 9 minit

2. Maisarah tinggal di kawasan bandar yang jarak dari kampungnya ialah 290km. Jika dia bertolak pada pukul 8.30 pagi dari rumahnya, pukul berapakah jangkaan Maisarah bakal tiba di kampungnya sekiranya dia memandu dengan kelajuan 110km per jam?

A. 10.38 pagi
B. 11.08 pagi
C. 11.33 pagi
D. 11.03 pagi

3. Kamal sedang memandu dari rumahnya menuju ke resort percutian dengan kelajukan 60 batu per jam. Jika jarak resort dengan rumahnya ialah 330km, pukul berapakah Kamal akan tiba di resort itu jika dia bertolak dari rumahnya tepat pukul 11.45 pagi?

A. 3.10 petang
B. 3.26 petang
C. 5.15 petang
D. 5.35 petang

Contoh Soalan Jarak Masa Laju SPA Mencari Jarak

Dalam soalan ini pula, anda perlu mencari jumlah jarak perjalanan berdasarkan kepada jumlah masa dan kelajuan kenderaan. Jom saya kongsikan kepada anda contoh soalan jarak masa dan laju exam SPA ini.

4. Sazali bertolak dari rumahnya tepat pukul 11.30 malam menuju ke rumah kawannya. Jika dia tiba tepat pukul 2.48 pagi keesokan harinya, berapakah jarak perjalanan yang dilaluinya jika kelajuan pemanduannya ialah 90km per jam?

A. 250 km
B. 260 km
C. 287 km
D. 297 km

5. Zamani seorang pemandu lori yang perlu menghantar sebuah kontena ke destinasi pembeli. Dia bertolak pada pukul 10 pagi dan berhenti berehat selama sejam pada pukul 1.30 tengahari. Setelah selesai berehat, dia meneruskan perjalanan. Jika dia tiba ke destinasi tepat pukul 7.30 petang, hitungkan jarak perjalanan jika purata kelajuan lori ialah 80km per jam.

A. 680 km
B. 780 km
C. 880 km
D. 980 km

6. Sebuah kapal terbang berlepas dari Kota Kinabalu dan terbang menuju ke Kuala Lumpur. Purata kelajuan kapal terbang itu ialah 400 knot. Hitungkan jumlah jarak yang telah dilalui dalam penerbangan itu jika masa penerbangan ialah 2 jam 30 minit.

A. 920.0 km
B. 1,000.0 km
C. 1,703.8 km
D. 1,852.0 km

Contoh Soalan Jarak Masa Laju SPA Mencari Laju

Sama seperti soalan mencari jarak dan masa, soalan mencari laju juga boleh ditanyakan berdasarkan informasi masa dan jarak yang diberikan dalam soalan. Jom saya kongsikan contoh soalan jarak masa dan laju SPA kepada anda.

7. Sebuah kereta api berangkat pukul 7.30 pagi dari Stesen A menuju Stesen B yang berjarak 420km. Berapakah kelajuan kereta api tersebut jika ianya tiba di Stesen B tepat pukul 11.00 pagi hari yang sama?

A. 105 km/jam
B. 120 km/jam
C. 127 km/jam
D. 134 km/jam

8. Sebuah bas bergerak dengan kelajuan purata 96km/jam dan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk bergerak dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu, bas itu telah mengambil masa 30 minit lebih lama. Hitung kelajuan purata perjalanan balik bas itu.

A. 63.6 km/jam
B. 70.0 km/jam
C. 73.6 km/jam
D. 80.0 km/jam

9. Sebuah kapal terbang menuju ke destinasi yang berjarak 1,389km. Jika masa yang diperlukan untuk kapal terbang itu tiba ke destinasi ialah 1 jam 30 minit, berapakah kelajuan purata, dalam knot, kapal terbang itu?

A. 500.0 knot
B. 576.9 knot
C. 926.0 knot
D. 1,068.5 knot

Jawapan: 1.D 2.B 3.A 4.D 5.A 6.D 7.B 8.D 9.A

Rekemendasi Daripada Cikgu

Cikgu! Macam mana nak lulus exam SPA ini? Share lah sikit tips cikgu.

Satu perkara ini saja perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus pada contoh soalan jarak masa laju SPA yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.

Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..

Cikgu! Rekemen la sikit nota dan latih tubi cikgu..

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan jarak masa laju SPA. Dalam tu lengkap dengan jalan kira step by step. Mudah nak faham bagaiamana jawapan dikira.

contoh soalan jarak masa laju spa (1)

Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.

Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?

Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam nanti.

Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam nanti lebih daripada 10 ribu orang. Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan jarak masa laju SPA dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan, sila whatsapp cikgu dekat sini. Whatsapp Di Sini

12 thoughts on “Contoh Soalan Jarak Masa Laju SPA Dan Jawapan”

    1. Cikgu Khairul

      Pertama sekali, kena tukar unit batu tu kepada unit kilometer.

      400 batu = 643.738km

      Formula bagi Masa = Jarak ÷ Laju
      = 643.738km ÷ 90km per jam
      = 7.1526 jam

      Tukarkan kepada jam dan minit.
      7.1526 jam = 7 jam 9 minit

    1. Cikgu Khairul

      Formula bagi Masa = Jarak ÷ Laju
      = 290km ÷ 110km/jam
      = 2 jam 38 minit

      8.30 pagi + 2 jam 38 minit
      = 10.68
      = 11.08 pagi

  1. Saya confius yg ni.. Macam mana cikgu bahagikan 290 ÷110 dapat jawapan 2 jam 38 minit
    Sedangkan sy dapat 2 jam 63 minit dan jika di tukarkan patutnya jadi 3 jam 03 minit

    1. Cikgu Khairul

      290 ÷ 110 tu jawapan dalam unit jam. Kena tukarkan dulu kepada jam dan minit.

      290 ÷ 110
      = 2.6363 jam
      = 2 jam + 0.6363 jam

      Tukarkan 0.6363 jam kepada minit.

      Jam x 60 = unit minit.
      = 0.6363 x 60 = 38 minit

      Jadi,

      2.6363 jam = 2 jam 38 minit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *